Follower kesayangan

Thursday, May 29, 2014

Meaauuww~


Salam jumaat semua. hampir sebulan jugak x update blog.. bz sgt dgn keroje dan master. Hari ni nak update skit je spesel untuk peminat2 kucing.. 



PENTING :
SILA AMBIL PERHATIAN LAST DAY TO REGISTER 
ON 05 JUNE 2014 ATAU MUNGKIN AWAL 
KERANA TEMPAT SANGAT TERHAD
HANYA 120 KUCING SAHAJA.

PUTRAJAYA FLORA FESTIVAL 2014
KKM INTERNATIONAL CAT SHOW 2014
VENUE : PROMENADE PRECINCT 4, PUTRAJAYA

DATE : 15 JUNE 2014 , AHAD
MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG

************************************

14 JUNE 2014 - PAMERAN KHAS DI RAJA (sabtu)

15 JUNE 2014 - PERTANDINGAN ANTARABANGSA 2014 (ahad)

16 - 22 JUNE 2014 - PAMERAN KUCING CANTIK (isnin -ahad)

********************************************

Yuran :
Rm100 non fife cat pedigree non member rm 30 household...rm60 non fife cat kkm member...rm40 fife cat rm25 household cat member

PERTANDINGAN SAMPINGAN:
*Pertandingan Fashion Show kucing
*Pertandingan Hiasan Sangkar sahaja.

waktu show :
10.00 pagi - 6.00 petang

Tempat sangat terhad HANYA 120 KUCING SAHAJA 
so sila daftar segera 

SYARAT2 NYA :
* Sila pastikan kucing mesti lah berumur EMPAT (4) BULAN keatas dan telah di Vaksin.
* Terbuka kepada Pedigree dan non Pedigree cats
* Sila pastikan anda menyertakan sekali pedigree paper kucing anda semasa pendaftaran untuk kucing2 pedigree (non pedigree tak perlu)
* Tiada pedigree paper dilampirkan bermakna penyertaan anda akan di tolak
* Sila buat bayaran dengan cara bank in ke account Kelab Kucing Malaysia (Maybank 0141 2340 2469 ) dan email slip pembayaran kepada En Habbil ,di email : kkmshow@gmail.com
*Bayaran juga hendaklah di buat terus ke akaun Kelab Kucing Malaysia dan anda hanya perlu membawa resit sebagai bukti. Cash tidak akan diterima semasa hari show.
*Hanya yang telah membuat bayaran sahaja akan di terima untuk masuk show ini dan kepada kucing pdgree sila serta kan pdgree kucing anda semasa register jika tidak KKM tidak akan melayani.
* Sila buat segala bayaran sebelum hari show. KKM tidak akan menerima bayaran semasa hari pertandingan.
*Hanya yang membuat bayaran sahaja akan dibenarkan join show KKM.
* Segala Pertanyaan sila call En Habbil , 013 698 1978 or
Pak Khalid 012-2200982
*************************
PERHATIAN:
KEPADA SEMUA PESERTA UNTUK SETIAP SHOW. SILA BERADA DI VENUE SHOW JAM 9.30 PAGI DAN JANGAN LUPA BAWA ALAS / PELAPIK SANGAR UNTUK SETIAP KUCING ANDA.
SURAT KHABAR TIDAK DIBENARKAN DI GUNA SEBAGAI PELAPIK
SILA PASTIKAN ANDA FAHAM WAKTU PERTANDINGAN BERMULA DAN TAMAT PADA SETIAP SHOW YANG DIADAKAN.
ANDA TIDAK DIBENARKAN PULANG AWAL SEHINGGA DIBENARKAN OLEH KKM.
JIKA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SILA PASTIKAN ANDA TIDAK JOIN SHOW KKM.
KERJASAMA ANDA SANGAT KAMI HARGAI DAN KKM MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH


meauwww~

Wednesday, May 7, 2014

The Kite runner




Sebenarnya CC dah pernah review buku ni kat sini dan sambungan kat sini... so kat sini x de nak review sgt. Tapi terjumpa buku ni versi graphic masa kat Big Bad wolf, jadi beli lagi untuk koleksi.. seronok bila dpt baca dalam bentuk gambar!!! cuma kalau nak lg feeling better baca novel yg asal k.


" There is a way to be good again.."

With love,
Ct cucubi

Monday, May 5, 2014

Projek memikat mak mertua 1


Memang poyo jer tajuk atas tu... kihkihkih.. ni bukan ape, terpengaruh sikit dengan drama Projek memikat suami.. tp x de lah exterem mcm tu..

Sedar x sedar dah masuk bulan Rejab, tak lama lagi dah Syaaban...  ni yang jadi kalut ni sebab ramadhan dah nak dekat, korang dah ganti puasa belum?  alhamdulillah CC dah ganti, jd dengan tanpa rasa bersalah dah membeli kain utk bj raya.. over btul!  tapi benda yg paling merisaukan bukan pasal ganti puasa.. tapi sebab mak mertuo den dah ckp tahun ni time raya kene PIC utk rendang dan biskut raya..

Ni semua gara2 haritu suami request nak mkn rendang, apa lagi terus minta pertolongan Mr Google.. saje buat banyak dan bagi sikit kat mertuo.. tak pasal2 trus jd PIC untuk rendang.

http://eemoticons.net
Den cuak!!!

Tapi apakah kaitan biskut dalam hal ni?...mmm

Disebabkan lambakan resipi kat internet, jadi agak confuse gak nak ikut yang mana, akhirnya semalam sempat buat 2 resipi. Dua2 amik kat myresipi.com.. suke tgk kat sini sebab boleh baca testimoni org yg dah try dan brapa org 'like' resipi tu.. budget kalau byk org testi dan 'like' tu sedaplah kot kan.. k, dua resipi telah dipilih.. dua-dua  biskut coklat chips, gigih makcik buat dua2 tau sebab nak tahu yg mane lagi sedap..


Resipi Nor
abaikan bentuk yg ngeri itu ye.. idea adik suruh letak dlm piping bag

Resipi Nadia

Hasilnya...

Kesian kawan2 dipaksa mkn sebab nak dptkan testi yang paling best.. ;-)
tp don worry yg hangus2 semua dah tinggal kat rumah.. =P
tapi hari ni baru terjumpa resipi yang lagi banyak orang like : resipi Syari
rajin kah diriku nak menerai resipi coklat chips lagi??

With love,
Ct cucubi

Thursday, May 1, 2014

Bunga telur smarties hijau-putih pulak


Kejap je dah hari Jumaat!.. yea!
rasa macam tak sabar nak tunggu petang. ngeee
tengah hari ni tak pergi mana2 pon, kebetulan ada request minta tolong ajar bunga telur smarties
fuh..nasib baik bahan2 ajar syaz haritu masih ada bawa meja..
jadi tgh hari ni x de lah nak merayap kat pesat buku.. 

k, sape masih ingat bunga telur smarties?
tadaa!..


k, kali ni buat guna bahan-bahan baki sahaja...
yang tinggal butang warna coklat.


Tetibe dpt semangat nak buat projek baru! tunggu~

Sesiapa berminat nak tempah bunga telur ni
boleh email kat ct_cucubi@yahoo.com..
jgn last minit tau sebab bunga telur ni mkn masa skit..

k, tu je.. selamat bercuti!

with love,
ct cucubi