Follower kesayangan

Monday, September 14, 2015

Ani pakai mask, jerebu dah tebal!

Assalammualaikum,

Hari ni walaupun jerebu teruk kat KL, tapi masih lagi boleh bernafas.. Korang semua please jangan lupe pakai mask ye.. sebut mask, nak menyimpang sikit... 

Sumber nasa: 2 hari lepas... terukkan?

Seram tengok jerebu yang makin menebal.. harini beberapa sekolah kat beberapa negeri dah mula tutup. apa kes dengan kami pulak? kami pon ada hidung dan paru-paru juga.. sabo jela..

Dalam keadaan yang jerebu ni, CC nak ingatkan diri sendiri dan semua, jangan lupa pakai mask. Sebaiknya pakailah mask N95. Tapi kalau tak ada, pakailah mask yang ada sebab mask N95 ni memang susah sikit nak dapat. Selalunya kat kedai-kedai jual mask jenis surgical mask dan boleh dibeli kat farmasi, guardian, watson atau kedai runcit. 

Pastu kalau korang perasan setiap kali jerebu je ade viral kat fb pasal pakai cara pemakaian surgical mask.Surgical mask sebenarnya digunakan untuk doktor/ nurse pakai masa dalam bilik pembedahan.. supaya kalau diaorang selsema ke, tidak menjangkiti pesakit yang sedia sakit... dengan cara mencegah penyakit dari menular. Cara pakai surgical mask yang betul ialah putih didalam dan yang berwarna di luar.  Tapi dalam keadaan yang jerebu ni, disarankan memakai secara terbalik; yang putih di luar dan yang berwarna di dalam untuk mencegah partikel-partikel habuk di udara dari masuk ke dalam tubuh kita. 


sumber :  kaskus

Lipatan mask bahagian putih dan berwarna boleh menapis partikel debu


Katanya.... Sebenarnya CC pon tak berapa pasti pasal ni ? Ada sape-sape boleh confirmkan?

With love, 
Ct cucubi


Monday, September 7, 2015

Hotel Pintar, Parit Raja , Batu Pahat

Assalammualaikum

Lepas hampir 2 bulan bergelumang denagn tesis.. baru harini dapat mencuri masa update blog dan blog walking..  correction pre viva baru je hantar, jd sekarang tengah tunggu untuk tarikh viva... semoga Allah permudahkan segala urusan.. 

Jujurnya memang penat gila nak berulang alik KL ke Parit Raja. nasib ada keluarga dan suami yang baik ati nak menghantar. tapi kdg2 tu pakcik bas yang hantar... sian kan tengok dorang drive jauh2... tapi kalau naik bas pon x de lah murah pon sebab bas akan berhenti kat stesen Batu Pahat. Bagi sesiapa yang terlebih masa nak jalan-jalan boleh naik bas ke Parit Raja betul-betul belakang tempat bas ekspress berhenti. Since CC pergi naik bas balik hari ke KL, masa sangat berharga... so naik kereta sewa je. kereta sewa betul2 kat tempat bas ekspress berhenti dengan harga RM20-35 bergantung pada budi bicara pemandu.. huhuu.. kalau kita ramah2 sikit bolehlah dpt murah skit2.. =P

Bagi yang tak pernah ke Parit Raja. Parit Raja ni pekan kecil sahaja. Jadi agak susah nak dapatkan public transport. bas ade, tapi bagi yang dah biase ade komuter lrt.. huhuhu terasa jugak kesusahannya.. lagi2 CC memang tak reti drive. MAKAN? jangan risau. sini nak cari makan senang je. banyak kedai-kedai makan di sepanjang jalan. Setakat ni makan belum ada yang dimasukkan dlm kategori tak sedap.. sederhana - sedap. dan masih MURAH. nak layan kelas sikit boleh makan kat Cili Giling atau Restoran Muhamad Long pekene Chinese Food, Asam Kari memang sedap, 

CC x nak cerita panjang2 pasal parit raja.. kalau salah cerita kene baling penyapu dengan Pn. Sal, org asal Parit Raja.. just nak share pasal hotel yang CC tidor masa pre-viva. kat sana CC tidor  kat Hotel Pintar, Pn. Sal yg rekemen. Mula-mula CC rasa, harga bilik single RM100 + 50 (deposit) boleh dikatakan agak mahal bagi hotel kecil kawasan kampung. Tapi sebab hotel ni yang paling dekat, CC amik jugak supaya senang nak berulang ke UTHM. 

Tapi bila dah duduk kat hotel ni, CC rasa macam best pulak.. jom kite terjah! 


pandangan dari luar dari luar

CC capture gambar ni dari gerai depan hotel. memang dekat je. jadi x perlu risau nak cari makan ye...

 Simple but nice...  
suke tengok tema hotel ni.. fresh!
almari baju tak disediakan, tapi ada tempat sangkut baju
standard keperluan dalam bilik: katil, meja kerusi, tong sampah,
bilik single x de cermin ye.. huhu

cermin muka, tv dan ekon

 sisi kiri meja: plug, usb, suis lampu dan remote control
x yah pening cari remote.. sbb remote ni bersambung wayar ke dinding.. sure x hilang punya..

sisi kanan meja: plug, usb, suis lampu, jam
kalau takut x bangun boleh set alarm ye 
x yah rebut plug nak charge fon





kiri: torchlight, majalah, pensel, kertas, tisu
kanan: mineral bottle, nescaffe dan milo


toilet: hair dryer, towel, tissue, GREEN, CLEAN!!!

toileteries... : 2 toothbrush, 2 toothpaste, 1 shower cap, 1 hand soap, 1 comb, 4 cotton buds, 1 razor, 1 emery board
best sebab siap ade plastik beg yg boleh seal semula dan boleh bawa balik..yg kurang best puas cari gunting nak gunting plastik ni..  x de gunting.. macam mane nak sabun??! hantuk kepala ke dinding..


bath cream and shampoo

k, nasib ade sabun dan syampoo disediakan kat tempat shower tu..  terus main buih... =P

suis, 

sory gambar ni sekerat je.. kat sebelah kiri tu ada suis kalau nak suh dorang bersihkan bilik atau x nak diganggu.. nanti kat luar tu ada monitor yg ada gambar dan berlampu untuk suis yang ditekan tu.. so x yah nak tinggal kan kertas bergantung kat tombol tu ye 

hotel ni berkonsepkan hotel pintar.. mmm mcm mane nak citer ye.. contohnya tv akan auto tutup kalau kite x tgk.., dan lampu kat corridor akan on kalau ade orang lalu je.. ha macam tu.. pintar x?

Pintarlah kan untuk RM100/ room.. ;-)

So sapa2 yang nak pergi parit raja.. bolehlah dok sini, kalau tak nak, homestay pon banyak.. pastu jangan lupa ye pekena sekali putu bambu juriah kat ayer hitam.. memang terbaek!!!

Daaa
With love
Ct cucubi

Monday, July 13, 2015

Project raya dari jari amatur

Assalammualaikum

Lamanya cc hibernate.. huhu.. bz memanjang... arini nak update pendek je.. baru smlm Cc berkesempatan pergi kl raya festival kat pwtc. Itupon pergi kejap je, curi masa waktu rehat. Ha!! Kantoi ponteng tadarus!! Ahaks!! Nasib office blkg pwtc je.. jln kaki 5-7 mnit dah sampai. klau jauh mungkin x sampai jugak..

Misi kali ni nak cari bj melayu untuk abah dan tudung raya.  Bkn je nak cari kat jln tar.. saje nk usha2 kat pwtc.. mane tahu ade special discount kan ;-)

Cc tgk trend tahun ni jenis2 jahit batu2 kat tudung dan baju. First tgk design ni kat Neng Guilis, butik si cantik manis Felixia Yap. Terus CC jatuh chenta ♡♥♡♥. Tapi masa tu dah ada barang target nak beli dan budget ketat sendat.  Jadi fokus pada list supaya tak terlebih budget.

Pusing punya pusing..akhirnya sampai juga kat booth Neng Geulis kat hall 4. tapi sedih sangat sebab shawl yg dihajatkan tak ada pulak warna tema tahun ni, grey.  Pusing lagi kat booth lain, pon tak ada design macam tu warna grey.. huhu.. Dah penat screening hall 3 dan 4.. jam dah nak dekat pkl 2.. tshawl x dapat baju Melayu pon tak jumpa. uwaaa.....rasa dah nk putus asa... macam nk kene cari kat Jalan TAR je ni..

Tapi last minit alhamdulillah jumpa booth jual batu2 yg boleh beli berasingan!! RM10/ 20 biji. Cc dah cuba cari batu mcm ni kat Bunga Riben Jalan TAR tapi tak ada. CC betul2 tak ingat no booth yang jual tu. Happy sangat dapat beli. So ape lg.. berprojek la kite.. =)

Light grey shawl 2 loops dari Marshmallowscarf

Hasil projek

Simple je
jadilah kan asal dapat :-P

Di kesempatan ni, CC nak mohon maaf zahir dan batin, terkasar bahasa tersinggung jiwa. Semoga ramadhan dan syawal kali ini lebih bermakna dan diberkati. Ramadhan kareem... 

With love;
Ct cucubi

p/s: CC tak sabar nak habiskan master.. rindu sangat nak berblogging

Monday, June 15, 2015

Struggling

Assalammualaikum



With love, 
Ct cucubi

Tuesday, April 7, 2015

Umi

Assalammualaikum,

Dah lama kan tak update blog.. nak menerjah blog lain pon x berkesempatan. bz memanjang.. Pak Jib pon x bz mcm ni.. huhuuhuhu. uopss cakap siang pandang-pandang!

CC memang agak bz sekarang ni, sebab kene siapkan thesis yang tak siap2 tu. Target kene hantar draft kat pasca hujung bulan ni.. jadi kene fokus lebih.. no play play! rotan kang!

Harini nak curi masa skit sharing2 story. first CC nak ucap tahniah pada umi sebab baru dapat formal letter kenaikan pangkat. walaupun mungkin tak setinggi pangkat orang-orang lain... tapi CC memang bangga sangat dengan umi. Benda pertama CC fikir... semoga dengan rezki lebih skit ni umi boleh shopping-shopping, sebagai reward untuk diri sendiri.

Selama ni umi terlalu banyak berkorban untuk keluarga, menyara 9 orang anak yang semuanya masih belajar. Umi jarang shopping untuk diri sendiri... kalau shopping pon ala kadar, tak seperti orang lain yang sama gaji dengan dia. Duit banyak habis untuk belanja poket kami, bayar rumah, kereta, duit dapur dan macam-macam lagi.... Jarang sekali umi mengungkit walaupun hakikatnya tanggungjawab itu patut digalas oleh seorang ayah.

Umi teringin sangat pergi haji.... tapi kesian.. sampai sekarang masih belum berpeluang ke sana.. CC nak bantu pon gaji sendiri pon tak cukup. Setiap bulan umi peruntukkan sedikit untuk tabung haji, tapi bila nak buka sekolah, duit itu juga yang akan dikorek untuk bayaran yuran sekolah dan universiti, bila kereta rosak pon begitu juga....kesian umi.

Tapi umi tenang je cakap:
"Pergi haji adalah dengan jemputan Allah, mungkin masih belum diizinkan lagi untuk ke sana"

Tabahnya umi.. sabarnya umi.... Alhamdulillah umi dah register giliran ke tanah suci .. (tapi lama lagi..).. semoga dipermudahkan segala urusan umi. 

Umi, terima kasih atas pengorbanan selama ini... walaupun sehingga kini umi masih lagi menggalas tanggungjawab-tanggungjawab itu.. tapi bebannya alhamdulillah semakin berkurangan kerana 6 dari kami dah habis belajar. Semoga umi terus dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, ibu, guru, pekerja, kakak, ......


* * * * * *
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..semoga CC diberi peluang menjadi ibu dan menjadi ibu seperti dia

Tahniah kepada ibu-ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya... Tiada ganjaran yang setimpal didunia ini yang layak untuk dianugerahkan... semoga syurga firdausi tempat kalian....

* * * * * *
Seseorang pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:"Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian? siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut bertanya kembali: " Kemudian siapa lagi?". Beliau menjawab : "Ibumu". Orang tersebut kembali bertanya: " Kemudian siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab "Kemudian ayahmu". (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

from love, 
Ct Cucubi

Tuesday, February 24, 2015

CAUTION women at work



Work till drop
and keep writing!!!

hait hait hait!!! 

**** 
lama tak update blog
lama tak blog walking
=(

With love,
Ct cucubi

Tuesday, January 13, 2015

Strawberry, Oren dan Tembikai susu

Assalammualaikum, 

Nak sambung sikit entry semalam..

Pin felt Strawberry, oren dan tembikai susu untuk kazen2 kesayangan hamba =)

Itu aje

With love,
Ct Cucubi

Monday, January 12, 2015

Cerita akhir tahun 2014

Assalammualaikum semua,

Entry pertama untuk tahun baru. Sibuk memanjang. Walapun macam2 happened ujung tahun lepas tapi memang tak sempat nak update blog ni. 

Macam tahun2 sebelum ni, bila hujung tahun, pekerja sambilan yang guna budget project mcm CC ni memang akan 'dicutikan'. Kebetulan family CC buat family day kat Cameroon Highland. Jadi memang sesuai sangat lah kan.. =) So rombongan Mak Kiah berkumpul kat sana. Bila 60 orang berkumpul hmm boleh takbayangkan betapa meriahnya? happening gila! Sepanjang 3 hari kat CH, kitaorg memang dah ada tentatif. Tapi aktiviti melawat2 sikit aje sebab sepanjang hari hujan. Tapi untuk entry ni CC tak nak cerita pasal CH atau xtvt kat sana sebab nak post entry simple and short je k.


Kalau nak tahu, sebenarnya CC ni cucu pertama, jadi tak hairanlah kazen2 ada yang belum sekolah. kalau jalan sama memang dah macam mak dengan anak! tapi kadang2 rasa syok pulak sebab rasa muda je bila dorang panggil kakak.. ahaks!  Untuk kazen-kazen tersayang, family day tahun ni CC buatkan pin felt untuk diorang.

Pin felt in d making. cer teka cer teka~

Untuk saudara-saudara kita yang mengalami banjir tahun lepas, CC doakan semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,, tapi percayalah Allah hanya menguji hambanya mengikut kemampuan mereka.
Semoga tahun baru 2015 akan lebih berkah untuk kita semua

Itu je, tak macam simple dan short pon.. hehe terlebih suda... =P
nanti sambung lagi

With love, 
Ct Cucubi

Wednesday, December 17, 2014

Jom ler kite ke Klebang

Assalammualaikum,

Kejap je dah nak ujung tahun kan, cuti2 sekolah ni mesti ramai yang nak mendirikan rumahtangga... Untuk mereka, CC doakan semoga ikatan yang dibina diberkati Allah. Rasa dah lama tak update, jadi hari ni CC cuma nak share story pergi survey kat Klebang, Melaka aritu  =).

Sebenarnya, kawan CC yang patut pergi, tapi pagi nak pergi tu ahli kelurga dia meninggal..  jadi terpaksalah jadi bidan terjun gantikan kawan. Walaupun terpaksa tinggalkan banyak kerja, tapi pucuk dicita ulam mendatang, hehe dapat balik Melaka free. Yippie!

Cerita pasal Klebang, sejak kawen suami selalu je promote coconut shake Pantai Klebang.. telan2 air liur je bila dengar. Nasib tak preknen, kalau tak kesian bayi dalam kandungan. Walaupun tak jauh mana pon, tapi tak de kesempatan lagi nak pergi. Jadi kali ni memang tak nak lepaskan peluang. Coconut shake sini memang popular dan harganya pon murah je RM2. ++ dan rasanya pon boleh tahan tapi terlupa pulak nak snap gambar air.. haha =P

Pada sesiapa yang berminat nak rasa coconut shake Klebang, stall coconut shake tu betul2 tepi jalan, depan rumah banglow, berdekatan dengan stesen minyak Caltex. Tapi kalau nak duduk lepak2, kat sebelah stall tu ada simpang, kedai Coconut shake berada di hujung lorong. Masuk je bawa kereta, sebab dekat situ disediakan kawasan parking yang agak luas untuk pelanggan.
Dari jauh dah nampak banner


Pintu gerbang Klebang Original


 Pandangan dalam kedai..

Sambil minum coconut shake boleh layan kuih muih kat sini sebab terdapat banyak pilihan kuih muih dijual. 

Dah layan coconut shake jom kita makan kepok lekor pulak

Stall Lekor KIng ni betul-betul sebelah stall coconut shake.


 Terdapat pilihan 3 pilihan kropok lekor; Lekor ori (sos cili), Lekor Black pepper, dan Lekor Cheesy.


Lekor Cheese RM3.++... apa macam terliur tak?

Apalagi.. jom le kite ke Klebang =)

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, November 4, 2014

Barang lama

Bapaku pulang dari kota
Bapaku beli kan kereta
Kereta kecil warna hijau
Boleh ku bawa jumpa engkau. ;-)

vroom vrooom!

Nilah hasil tangkapan hp kat pasar karat
singgah masa balik dari breakfast sate kat Muar
Come kan?..
antik wooo
Ada gak tergerak hati nak beli
tapi bila tengok cik abang jeling2
Batalkan la hasrat tu
lagipon tak ada tempat nak simpan..
Verangan jela ada rumah sendiri.. huhu

With love,
Ct cucubi

Thursday, October 16, 2014

5 Tip asas beli mesin basuh

Assalammualaikum

Rase lame x update blog.. standard lah tu.. ade angin hari2 nak update.. ade angin xde mood nak update langsung. Sekarang ni CC tengah survey mesin basuh untuk rumah Umi, dah tahap kene pusing pakai bontot sudu.. nampak benor uzurnya.. Untuk orang macam CC yang tak pernah beli mesin basuh.. memang pening kepala nak pilih yang mana... tapi tengah survey2 mesin basuh, terjumpa tip yang bagus untuk share dengan korang cara untuk memilih mesin basuh. 5 tip asas yang perlu tahu :

1. Jenis mesin basuh.
Macam yang korang semua tahu, mesin basuh ada yang jenis sumbat pakaian ikut atas dan ada yang boleh ikut depan. Nak tahu pro dan cons? korang boleh tengok jadual ni.. =)

Sumber: Lazada

Sebenarnya mesin basuh ni ada 2 jenis, Semi auto atau Fully auto. Kalau jenis semi auto kene masukkan baju dari atas dan akan ada 2 bahagian. Satu  bahagian untuk membasuh / bilas dan yang satu bahagian lagi untuk keringkan baju. Tapi kalau Fully auto ada satu bahagian je, kat situ tempat cuci dan kat situ tempat keringkan juga. Kelebihan semi auto ni lebih murah dan boleh buat 2 keje dalam satu masa; boleh cuci dan kering kan baju serentak. Tapi leceh skit sebab kene alihkan baju secara manual ke bahagian keringkan baju. Lagi satu kalau pakai yg Semi auto ni akan makan space skit dan kene alert kalau tengah tadah air.. Nanti tak pasal2 banjir satu rumah pulak.. huhu...

*nak beli yang Fully auto tapi yang top load aje sebab sesuai dengan budget

2. Saiz mesin basuh
Then, kita kena pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan jumlah pakaian yang nak dicuci supaya boleh menggunakan secara maksima dengan baik.

Sumber : Lazada

*CC pilih yang untuk "large family" ambik yang minimum aje 8 kg. 

3. Spin speed.
Spin speed ni kelajuan bahagian yang nak keringkan baju tu berpusing. Semakin laju berpusing pakaian akan lebih kering tapi kekurangannya pakaian akan jadi lebih renyuk. Dengan kelajuan 1200rpm pon dah ok.

4. Jenis 'drum'.
Kalau nak bagus, pilihlah yang stainless steel drum sebab lebih cekap dan tahan lasak.

5. Brand dan warranty
Yang ni CC tak tahu sangat tapi mungkin boleh rujuk dengan tukang kedai. Oh ye, jangan lupa tengok tempoh waranti sekali tau.

OK, itu je 5 tip asas nak pilih mesin basuh. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dipilih contohnya ada pilihan suhu, aras air, childlock, yang bising dan tak bising dan banyak lagilah. Kalau nak baca lebih  mendalam lagi boleh klik kat sini ye =)

With love,
Ct cucubi



Friday, August 22, 2014

A love story... auwccchhh!

Assalammaualaikum,


sakit woooo~

With love,
Ct cucubi

Monday, August 11, 2014

Simple crumble di pagi raya

Assalammualaikum

Semua orang masih dalam mood raya ke? CC rasa penat giler minggu ni namun syukur sebab majlis pertunangan adik CC berjalan dengan lancar. CC harap semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan Allah. 

simple crumble

Sebenarnya ni first crumble yang CC buat yang puas hati. Sebelum ni puas cari tutorial nak buat crumble memang susah nak jumpa. Jadi dengan terhasilnya simple crumble ni CC cuba buat simple tuto... tapi tutorial ni memang tak detail sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar.. huhu.. Harap simple tutorial ni dapat bantu dan bagi idea pada yang baru2 nak belajar buat crumble. 

 Buatkan satu garis lurus. CC buat garisan 1 inci dari hujung tangan.

 Jahitkan lurus Peral besar bersaiz 8mm berselang dengan manik / kristal kecil

Jahitkan pearl bersaiz 6mm dikiri dan kanan seperti dalam gambar. Warna manik adalah terpulang ikut kretiviti sendiri,

Jahitkan manik kecil corak daun di sebelah kanan dan kiri.

Kalau ada yg senget benget skit tu tak pe, orang tak perasan pon. ahaks! jom kita jangan putus asa dan terus berusha k!

Itu saja.. Daa..

With love,
Ct cucubi

Sunday, August 3, 2014

Selamat hari raya!!!


Selamat Hari Raya semua!
harap belum terlewat untuk menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala terkasar bahasa atau menyinggung perasaan ye..

Tahun ni CC beraya kat rumah mak mertua, kat Melaka. Jumaat malam Sabtu dah bertolak dari Bangi tumpang adik ipar balik Melaka. alhamdulillah.. jln clear. ade sikit je jem tu pon sebab ada accident. Jadi sampai awal jugak kat Melaka. 

Seronok juga dapat rasa suasana hari raya kat tempat lain walaupun macam rasa sesedih jugak tak dapat beraya dengan keluarga sendiri. Perbezaan yang ketara terasa sgt kat rumah mertua ni ialah dorang 3 beradik semua pakat2 buat persediaan raya sama2... masing-masing tahu tugas masing2.. jadi semuanya berjalan lancar je. Macam CC dah cakap, tahun ni mak mertua dah bagi kontrak buat rendang.. tu pon rendang2 nya hampir2 je tak jadi kikiki.. tapi alhamdulillah bolehlah untuk makan2 sendiri~ =P

Raya kedua CC dengan suami balik kat Kampung suami kat Alor Gajah.. Then raya ke tiga shoot ke Pahang tengok Atok dan wan. Kecewa sikit sebab plan nak bawa suami mandi sungai kat belakang rumah terpaksa kansel sebab hujan agak lebat dan air sungai naik dan jadi keroh.. =(

Tahun ni raya CC ada 2 helai baju baru je. Sempat memanik sehelai untuk diri sendiri... Kalau sempat nak buat untuk  umi dan MIL pulak sebelum raya haji, insyaAllah... =)   

  Projek malam raya. Masa gambar ni di snap tak siap sepenuhnya lagi. 

Selamat hari raya semua!

With love,
Ct cucubi


Tuesday, July 15, 2014

Projek raya jimat kedekut


Apa khabar semua? Confirm semua org tengah sebok dengan persiapan raya.. Sure dah berbalang2 biskut raya korang buatkan beli.. Semalam CC baru je siapkan kuih semperit.. alhamdulillah jadi juga biskut kali ni.. =P K, psl biskut kite cerita lain kali.. hari ni nak share psl project raya jimat kdekut ngeee. Bila tengok org buat persiapan raya, CC pon x nak ketinggalan jugak.. tapi org lain hias ruang tamu, CC pulak ngerjakan ruang dapur rumah mak... =P

tolong abaikan sepah2 tu ye.. =P

actually kat dapur rumah ni, kitaorg ada tambah skit kat belakang tu, tapi buat separuh je simen, separuh lagi grill je.. untuk tak nak bagi masuk hujan, adik CC ikatkan banner kat situ... tapi bila dah bertahun banner pon dah jadi buruk... kebetulan tengah kemas2 jumpa cadar masa sekolah asrama dulu... lama kot simpan berbelas tahun.. nak buang sayang tapi tak pakai2 pon.. jadi dengan mesin jahit yang beli kat lazada aritu, jom buat projek melangsir!

 tadaa!!!

Jahit lurus je adik2.. pastu masok tali. Kalau korang mesti tak sanggup nak guna cadar jadi langsir kan? lagi2 cadar asrama! kikiki.. tapi tak pe, korang boleh beli kain kat kedai.. sekarang pon tengah sale giler2 nak raya ni.. K, selamat membuat persiapan raya semua.. sambil2 tu jgn lupe sedekahkan doa untuk saudara2 di GAZA ye...

With love, 
Ct cucubi

Sunday, July 6, 2014

Bantal Brazil


Hi semua,  alhamdulillah CC masih puasa penuh. Harap terus berpuasa penuh lah yek tahun ni 
Ok, sape ingat entry pasal projek FIFA 2014?.. 


Sebenarnya projek ni khas untuk suami sebab dia peminat fanatik Brazil,  Kebetulan birthday dia baru je berlalu, jadi dapat idea nak buatkan sesuatu. ;-)


100% handmade bantal Felt Brazil.. 

Sori comot skit lagi2 part tulisan FIFA 2014 tu dan masa ni lupa nak gunting benang terkeluar kat huruf '0'. ngeeee 

Since, CC memang tgh nak cr side income, jadi member2 suggest jadikan business bantal bola ni. series memang ada terfikir tapi buat masa ni memang tak ada masa nak buat. Untuk bantal ni pon CC ambik masa 3 malam nak siapkan..lagi2 nak jahit tulisan tengah tu.. huhuhuhuhu.. Walaupun dulu memang pernah jugak cuba-cuba jahit felt ( coklat  felt, keychain felt, coklat kek felt, bookmark felt dan donut n karipap ), tapi CC rasa masih belum ckup confident untuk berniaga dan rasa banyak yang perlu belajar lagi tentang felt.

Yang penting, walaupon bantal tu tak cukup sempurna tapi rasa happy sangat sebab suami suke, dan rasa nak gelak pulak bila dia show off masa tengok bola.. hihi...

Apapun, untuk peminat-peminat felt, Susndfelt sekarang tengah buat promosi mesin pemotong felt Boleh bayar ansur2 tau! Memang best giler, rasa nak beli satu... tapi tak beli kot, sebab banyak duit nak guna untuk raya.. lagipon blom ada masa nak buat business ni betul2 lagi... =(

ok, ni je nak cerita hari ni.. da~...

With love =) , 
Ct cucubi

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 5



There are many good deeds that can be done by righteous Muslims and one of it is to provide meal (iftar) for your fasting family members, friends or other fellow Muslims.. B-)

Nampak gayanya minggu ni berbuka dalam kenderaan aje...=(

Tip nak ganti puasa


Sedar tak sedar dah hari ke 4 kita di bulan ramadhan. Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang sebelumnya.. uops ayat cliche setiap tahun.. ahaks!.. tahun ni first time beraya sebagai isteri.. dalam keterujaan ada juga kesebakan disitu masa tarawikh....poyo lah awak ni =P

OK, rasanya macam dah lama tak share tip.. kali ni tip ganti puasa. Aik, belum habis puasa dah cerita pasal ganti puasa.. bikin spoil mood je kan.. tak kira, nak jugak share tip ni sebab rasanya sangat berguna. Tip ni khusus untuk orang perempuan, maklum sajelah orang perempuan kalau bulan ramadhan kompem tak penuh puasa, ngeee~ 

Dulu-dulu CC selalu je lupa brapa hari dah 'cuti'.. pastu bila nak ganti puasa mulalah berlebih-lebih sebab asyik lupa je dah berapa hari ganti puasa. huhuu... Jadi untuk mengelakkan dari terlupa hari nak ganti, jadi kita boleh buat kalendar berpuasa. Tip ni CC mula praktis bila ada geng office yang buat dan agih kan kat satu office, sangat berguna dan sampai sekarang CC amalkan. tahun ni punya blom print =P 



kalendar 2012, tanda slash tu yang dah ganti. 

Kalau terlebih rajin boleh lekat-lekat stiker macam ni. Tak yah bazir2 beli stiker.. yang ni CC gunakan stick note, pastu punch kat bahagian yang ada gam tu je. Pastu lekat lah. Tak sangka masih simpan lagi kalendar ni, lama sangat simpan kalendar ni, sampai dah tercabut2 sticker. =P 

Kalendar ni bila dah raya jangan pulak terbuang ye.. Simpan sampai habis ganti puasa tau.. OK, selamat berpuasa semua, selamat menanda~ =)


With love, 
Ct cucubi