Follower kesayangan

Showing posts with label My BeaDingS. Show all posts
Showing posts with label My BeaDingS. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Simple crumble di pagi raya

Assalammualaikum

Semua orang masih dalam mood raya ke? CC rasa penat giler minggu ni namun syukur sebab majlis pertunangan adik CC berjalan dengan lancar. CC harap semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan Allah. 

simple crumble

Sebenarnya ni first crumble yang CC buat yang puas hati. Sebelum ni puas cari tutorial nak buat crumble memang susah nak jumpa. Jadi dengan terhasilnya simple crumble ni CC cuba buat simple tuto... tapi tutorial ni memang tak detail sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar.. huhu.. Harap simple tutorial ni dapat bantu dan bagi idea pada yang baru2 nak belajar buat crumble. 

 Buatkan satu garis lurus. CC buat garisan 1 inci dari hujung tangan.

 Jahitkan lurus Peral besar bersaiz 8mm berselang dengan manik / kristal kecil

Jahitkan pearl bersaiz 6mm dikiri dan kanan seperti dalam gambar. Warna manik adalah terpulang ikut kretiviti sendiri,

Jahitkan manik kecil corak daun di sebelah kanan dan kiri.

Kalau ada yg senget benget skit tu tak pe, orang tak perasan pon. ahaks! jom kita jangan putus asa dan terus berusha k!

Itu saja.. Daa..

With love,
Ct cucubi

Sunday, August 3, 2014

Selamat hari raya!!!


Selamat Hari Raya semua!
harap belum terlewat untuk menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala terkasar bahasa atau menyinggung perasaan ye..

Tahun ni CC beraya kat rumah mak mertua, kat Melaka. Jumaat malam Sabtu dah bertolak dari Bangi tumpang adik ipar balik Melaka. alhamdulillah.. jln clear. ade sikit je jem tu pon sebab ada accident. Jadi sampai awal jugak kat Melaka. 

Seronok juga dapat rasa suasana hari raya kat tempat lain walaupun macam rasa sesedih jugak tak dapat beraya dengan keluarga sendiri. Perbezaan yang ketara terasa sgt kat rumah mertua ni ialah dorang 3 beradik semua pakat2 buat persediaan raya sama2... masing-masing tahu tugas masing2.. jadi semuanya berjalan lancar je. Macam CC dah cakap, tahun ni mak mertua dah bagi kontrak buat rendang.. tu pon rendang2 nya hampir2 je tak jadi kikiki.. tapi alhamdulillah bolehlah untuk makan2 sendiri~ =P

Raya kedua CC dengan suami balik kat Kampung suami kat Alor Gajah.. Then raya ke tiga shoot ke Pahang tengok Atok dan wan. Kecewa sikit sebab plan nak bawa suami mandi sungai kat belakang rumah terpaksa kansel sebab hujan agak lebat dan air sungai naik dan jadi keroh.. =(

Tahun ni raya CC ada 2 helai baju baru je. Sempat memanik sehelai untuk diri sendiri... Kalau sempat nak buat untuk  umi dan MIL pulak sebelum raya haji, insyaAllah... =)   

  Projek malam raya. Masa gambar ni di snap tak siap sepenuhnya lagi. 

Selamat hari raya semua!

With love,
Ct cucubi


Monday, June 16, 2014

Dah lama tak beading dan cerita donut & karipap.


Rasa macam dah lama sangat tak update apa2 pasal beading2 dan buat kraft. Satu peel CC yg buruk ialah salu buat bermusim.. bila time datang angin rajin tu kus semangat mak mertua lalu pon tak prasan khusyuk sangat.. bila time malas.. ya ampun.. memang gertak macam mana pon tak jalan.. 

Tetiba minggu lepas pada hari yang sama 3 org bertanya ambil tempahan manik lagi ke tak.. actually CC x pandai sangat pon beading ni.. experimen sendiri je.. last menjahit manik sejak projek baju nikah dekat 10bulan lalu sampai mana pergi kotak manik pon dah tak ingat, apapun sempat jugak rembat 1 buku jahitan manik crumble kononnya untuk projek baju raya nanti.. harap2 terjahit lah yek.. huhuhu

Cerita pasal donut dan karipap.. tak tahan tengok mainan budak2 sekarang come sgt.. bila tengok rege..hmm 2-3 kali tekan calculator henpon.. =P So untuk baby sis.. sori dah beli baju raya dah tak mampu nak belikan menan. Jadi nah donut dan karipap dari FELT.. 

Karipap 3 singgit sebab tu kurus semacam.. 



Donut yang dah jadi keychain.. =P

*****
Sebelum terlupa , sape2 yang singgah TBSBTS tu mai lah beli Sambal Goreng Kentang CC, boleh dapati kat kedai Hop In kat tingkat atas tak jauh dari The Baker's cottage
Rasakan kepedasan yang sebenar ;-)

With love,
Ct cucubi

Wednesday, August 21, 2013

Jahit hentam aje


Setelah berhempas pulas
jahit x jd 
jahit x jd

akhirnya jd mcm ni

kain kosong

jahit ala2 pucuk rebung

tambahan pearl..

baru siap skit je.. dah x lrt..
nak tido dah
x sbr nk tunggu esok
ade mkn2 jamuan raya kat office.

esok boleh lah pakai eye shadow yg x berusik
sbb dah ambil lense
:)

Tuesday, July 24, 2012

Baju nikah wani

Salam, 
Dah lama x buat entry psl project beading..
hari ni nak post gmbar nikah wani.

Mcm yg die nak..
simple je sbb lepas tu nak pakai2 semula.
:)



Sunday, March 11, 2012

my kazen's wedding dress

Congrate to my kazen for her wedding!
 Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga

hope awak suke dgn dress yg kita dah make up dgn manik ni :
leher dress

 lengan dress.. simple je
sbb dah x sempat nak tmbh lagi...
huhuhu

dress lapisan dlm
comot.. huhuhu..
kesimpulanya
sy harus berusaha lebih tekun lagi!

Sunday, January 29, 2012

Black and white

Terkezut makcik bila dpt tahu
tarikh kawen kazen dipercepatkan dr bulan 9 ke bulan 3. 
Sies x sentuh satu pon lagi!
Uols pun tahu betapa kura2 nya diri ini nak menyipakan tempahan baju org
ni pulak baju pengantin yg dah kompem2 kene lebih lip lap. 
dengan jiwa kecuakan
cepat2 siapkan bj ni.
alhamdulillah berjaya siapkan
walaupun sbenarnya byk je lg nak tambah
tp sesungguhnya masa amat mencemburui kita.. tet...


Tuesday, December 27, 2011

My Bro's wife baju kawen

Alhamdulillah
kenduri berjln lancar
walaupun nak buat kecik2 je..
tp mmg ramai yg dtg
nasib mkanan mmg cukup
sbb byk yg dpt sponsor..
hikhikhik
nanti kenduri I, uolsss jgn lupe sponsor tau.. :P

K, aritu dah post ttg bj kawen bhgn tgn..
ok kali ni utk keseluruhan pulak
[snap bila teringat jer.. hehehe..]




Ekceli byk lagi nak tambah,,
tp mmg x sempat..
hok ni pon tido sampai pkl 2 pagi..
:P

* * * * * * * * * * *
asyik jahit bj nikah org jer..
bila pulak nak buat bj sendiri ni?
http://www.emoticonizer.com
* * * * * * * * * * *

Monday, December 5, 2011

Friday, November 4, 2011

Bersawang

Sian blog ni dah bersawang..
[sapu2 sawang]
k, cuma nak post gmbar ni je..

heheheh comot kan?
sbb nak cepat sgt sampai x sempat2 nak iron..
buruk betul perangai..
kalau ade pakwe kompem kene reject dgn calon mak mertua..
:P

kain chiffon mmg cantek sgt kalau pakai..
lembut dan jatuh..
dan nampak comel & sweet~~
tapi ya RAbbi..
leceh giler nak jahit..
huhuhu x suke sgt jahit bj chiffon..
rs mcm nak nangis je jahit kain ni..
kuku tajam sket hbs tercarik kain..
kalau slh jahit , nak betas pun tinggal kesan..
dan cepat pecah kalau terkuat tarik sket..
dahlah sy ni jenis kasar.. huurmmm..
tp ada 2 psg lagi kain chiffon sdg menungggu..
pesal ye kain mahal lg susah nak jaga?
bukan ke patutnya lg senang?

http://www.emoticonizer.com

suke pakai kain chiffon tp x suke jahit :P

Wednesday, October 12, 2011

leaf n beads

Salam,

Untuk Syaz @ Rozelt a.k.a pengkritik tegar sy...
ini adalah step2 jahit manik bahagian daun:

Mula-mula cucukkan jarum di titik 1, masukkan manik mengikut 4-5 manik, kemudian cucuk semula di titik 2. tarik benang perlahan-lahan.

Masukkan semula jarum ke titik 3, masukkan manik dan cucuk ke titik 4 dan tarik benang perlahan-lahan.Masukkan jarum ke titik 5, masukkan manik, dan cucukkan di titik 6, tarik benang perlahan-lahan.

.
.
.
dah siap!
Ini cuma salah satu cara untuk jahit manik design ini,
Ada juga org yg mulakan dengan garisan kanan dan kiri dahulu baru buatkan garisan tengah.

~SELAMAT MENCUBA~
http://www.emoticonizer.com

cont. beads n beads

Masih ingat 'post' yg lepas?
Inilah rupa jahitan di bahagian tangan...

Simple kan?
Kalau korang rajin boleh lah tambah2 supaya jadi lebih tebal dan vogue..mcm ni:

bye,
http://www.emoticonizer.com

Sunday, October 9, 2011

beads n beads..

alhamdulillah,
walaupun hentam kromo je...
akhirnya siap juga..
hihi

Monday, August 22, 2011

yg tergendala...

Sori,
dah lama giler x update...
mood mcm terumbang ambing sket...
so hari ni nak post gambar baju yg dah sethun tergendala ni :

1st time cuba buat crumble..
rs susah giler..
6-7 kali tetas jahit...
patut pon org kata nak kalau nak belajar sesuatu tu lebih baik berguru...

Sunday, February 20, 2011

Baju pi meeting

Salam,

Dah lama x buat post jahit menjahit.. Malas giler... n keghairahan nak menjahit pun dah mcm kene rendam clorox.. meluntur. Ni hasil yang terbaru.. bj lama yg diberi rupa baru... Nak pakai meeting dgn prof berjambang yg bengis tu esok.. hey, kau ingat aku takut ke dgn jambang kau tu? huhuhuhuuueee...mmg takuuuutttt terlalu byk benda nak prepare!!!!! (buh byk2 tanda seru sbb terpengaruh dgn pembantu Prof berjambang.. semua benda nak bubuh tanda seru! nah ko ambik ni !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)...
hmm... ni curi2 ms nak update blog... sshhhh jgn bg tau officer!


Gambar gelap semacam je sebab pakai kamera henset yg tdk berkualiti + lampu dlm bilik yg samar2 gitu...

Sunday, October 17, 2010

Belajar buat coklat


Assalammualaikum,
Dah berhabuk dah blog ni x update2.. hehehehe... Hari ni nak update skit projek2 baru.. Sentuhan simple untuk kazen yg sedang belajar. Hope u like it...

Baru2 ni sy n cik Kina pergi belajar buat coklat kat area Sri Kembangan... punyalah jauh.. sampai sesat2... apa2pun, akhirnya sampai jugak walapaun kami terlewat setengah jam.. huhuhuhu. Seronok dapat belajar dengan Kak Arah. Terima kasih kak Arah, kerana telah bagi tunjuk ajar!..


Pure choclate Praline-- yummy yummy...

Oreo Choclate - yg tak kurang sedap!
Choclate Praline aneka nti - lazat!!


Wednesday, July 21, 2010

New Project...


Baju ni tak siap lagi dibahagian badan... Insyallah akan disiapkan dalam minggu ni.. Kebelakangan ni agak malas menjahit... tengah nak habiskan baca novel...

Tuesday, June 1, 2010

Juntai-juntai

Xperiment dengan design juntai2..