Follower kesayangan

Monday, May 24, 2010

Jalan2 di Cameroon H.

Tarikh : 8 & 9 Mei 2010
Tempat : Cameroon Highland
Teman bersama : My darlink Mak De

Saya sangat happy bila mak De sms ajak join dia kursus kat Cameroon Highland. Tapi bila saya tahu saya pon turut serta dlm kursus tu.. mmmm jd mcm terencat je perasaan…. Huhuhuhu…. Bukan bos saya x baik.. dia seorang yang baik dan lemah lembut… Cuma rasa kurang selesa SAHAJA..

Hari Jumaat saya ambil cuti… Tapi pagi itu singgah juga sekejap di office membereskan keje2 yg perlu disiapkan. Tengah hari… saya n d geng – D bomb, Peg 44, Peg Sains meraikan Peg Sains utk kali terakhir kat Resepi Rahsie.

MENU :
Chiken Cordon bleu – So yummmmmmmmmyyyyyy……

Kali terakhir utk kami mkn bersama begini.. huhuhuhu… Rasa sedih Peg Sains memberi kata2 terakhir perpisahan… Mata ni dah mcm paip bocor.. huhuhu nasib sempat kaver.

Kami bertolak lebih kurang pkl 3 lebih. Singgah di Tapah.... Tiba semasa remang2 senja di Heritage Hotel, Tanah Rata..... kami disambut dengan bau hapak karpet hotel. huhuhuhu sudah duduk free msh byk songeh pula.... Oh ya, sebab saya bukan peserta, utk merasai kenikmatan makanan yg disajikan hotel, saya telah membayar RM140 untuk mkn (mmmm makcik byrkan untuk saya RM100 saya cuma byr RM40). Sampai di bilik, lampu hotel buat hal.. dan x mau menyala... Dan bilik kami satu2nya yg x de balcony.. mengadap bucu atap bahagian lobby.... Bila saya telefon receptionist... jwpan yg saya dpt “cube cik masukkan apa2 kat tempat masuk kunci tu supaya dia ketat”... mmmmm tak ada insiatif nak membantu langsung... apelah salahnya dia minta sesiapa datang membantu.... Puas saya masukkan kertas... lampu masih x menyala. Hari semakin gelap.....Kali ke-2 telefon receptionist... alhamdulillah budak lelaki yg angkat telefon terus dtg ke bilik dan membantu...

Malam itu mkn di Hotel – Buffet

MENU (yg sy mkn) :
oh saya dah tak ingat mkn apa... saya cuma mkn sedikit shj kerana mknan x sedap.

Sesi kursus mlm itu dibatalkan, jadi kami ramai2 menuju ke Pasar Malam Brinchang... hehehe... Rambang mata tengok strawberi!!! Ada strawbery segar, strawbery kering, bantal strawbery, baju strawbery, beg strawbery bla bla bla bla......

Pasar Malam Brincang :

MENU :
1. Strawbery coklat + whipecream = marvellous!!!!!!!! (boleh perasan cam ct nurhaliza jap).. saya beli satu2 nya gerai melayu yg sy perasan menjual coklat strawberry… so yummmy.. Starwbery die sgt special sebab di tambah dengan whipecream yg lazat. Makanan ini berjaya mengubat kekecewaan mkn mlm di hotel.
2. mm.. o tu je yg saya mkn…
Saya sempat beli jus strawbery untuk family tercinte


Pagi Sabtu, kami breakfast di hotel.

MENU : Nasi lemak – x sedap...

Saya cuma duduk2 santai dalam hotel.. teringat kata pekerja hotel ms mula2 register ada channel AXN, tp dah puas tekan2.. msh x jumpe channel AXN. Tv takde cerite best nak ditonton..- keciwa lagi..

MENU mkn tgh hari :
1. Mmmm lupe lagi… tp yg saya pasti.. mknan kureng sedap…

Saya terserempak dengan boss saya semasa mkn tengah hari… dan saya telah di minta untuk sertai kursus… Tapi saya pon bukan buat apa2 kat bilik… nak jln2 pon jauh dari Brinchang… tapi dlm hati Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………. Rosak rancangan saya untuk berlibur !!!!! Saya dah plan nak ajak driver ronda2!!!!

Saya pon dengan blur2 join kursus tersebut. Kursus tu sebenarnya mengenai Training and Analysis… Peserta telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan mengikut gred gaji… Kami dikehendaki berbincang mengenai training yang patut diikuti oleh staf berdasarkan skop kerja setiap staf…. Lebih kurang pkl 5 ptg kami tamat. Petang itu kami sempat sekali lagi ke Pasar Malam Brincang… Kali ini saya beli 2 bekas strawberry kering (utk opis dan family yg tercinta), sepeket gule2 strawbery, jus strawbery utk si dia, key chain dan bookmark utk dinda2ku............. Beli ala kadar shj krn gaji belum masok lagi dan dengan harapan esok boleh beli lagi skit on d way balik...

MENU malam :
1. Steamboat.... rasanya boleh tahan.. Cuma sup Tom yam agak masin... saya duduk satu meja dengan bos saya (yg dtg bersama 2 org anaknya)... nyum nyum..

Malam – sambung kursus

MENU breakfast :
1. Bubur nasi
2. Mee goreng

MENU teabreak : Sandwich dan popia

Habis kursus tengah hari, kami terus berkemas2 untuk pulang.... Pihak hotel pulangkan balik RM20… menjadikan kos mkn di hotel Cuma RM120. On d way balik.. saya sempat singgah untuk beli strawbery kering lagi untuk housemate dan die... + coklat strawbery untuk diri sendiri dan bonda sempena mother’s day. Itu saja yg dpt beli..

Pulang.....Mmm ada rezki saya akan bercuti2 lagi ke sana... memang x rugi. X dapat bergambar kerana dah misplace camera kesayangan ku.. dah puas cari tapi x jumpa...

*coklat strawbery itu sedapla.

Tuesday, May 18, 2010

Cinta Sufi

Tajuk : Cinta Sufi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Komen : Suker banget!!!



Novel ni adalah triologi kepada buku Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta. Triologi ni yang paling saya suke bangeeeeeeeeeetttttttt dalam byk2 novel RAM. Kerana buku ini 2 kali saya menjejakkan kaki ke Pameran Buku... tapi malangnya pada hari pelancaran tu saya terlewat.. tak sempat nak jumpa dengan RAM... sgt keciwa... melepas saya nak dapatkan tandatangan beliau...

Serba sedikit ttg novel ini :

Catrina seorang bangsawan yang baru kehilangan suaminya semasa berperang dengan Turki. Dia mendapat mimpi bertemu dengan Maryam yang meminta dia datang ke Hulu Melaka dengan syarat die mesti mencari lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Die nekad berlayar ke Hulu Melaka bersama Kapten Leandro kawan suaminya, Alianso dan pengikutnya.

Laksamana Sunan @ Saifuddin telah tersedar dari tidur. Dia telah kembali ke zaman Melaka namun die telah kehilangan segala kudrat. Dia telah dijumpai oleh Catrina terdampar di Pantai Punggor dan ditawan sebagai hamba.

Taghut telah menjelma sebagai Pangeran Garitno dan telah menghidupkan kembali Puteri Kober Gandreng dgn mengubahnya menjadi pontianak. Mereka telah menggangu perjalanan rombongan Catrina ke Hulu Melaka, namun bangsa Polip sempat menyelamatkan Laksamana Sunan sebelum dicederakan oleh Taghut.

Laksamana Sunan telah dibawa ke banjaran kediaman bangsa Polip oleh Indera dan Yedee, pahlawan hebat bangsa Polip dan dirawat di sana. Luna, bekas menantu Thariq (ketua bangsa Polip) rupanya telah lama jatuh hati kepada Laksamana Sunan, namun, Thariq meminta Luna melupakannya kerana dikhuatiri bangsa manusia akan membuat binasa terhadap bangsa mereka. Setelah sembuh, Laksamana Sunan telah dibawa oleh Indera dan Yedee ke Hulu Melaka semula.

Panglima Awang Bagan, Hang Lekir dan Hang Tuah telah bersiap sedia di Hulu Melaka. Dalam masa yang sama, Taghut telah bersekongkol dengan makhluk bayangan dan Kapten Leandro yang telah berpaling tadah kepada Catrina. Peperangan besar telah terjadi di Hulu Melaka. Pihak yang benar pasti akan menang.. tetapi banyak darah yang terkorban demi sebuah kemenangan.... Siapakah yang terkorban dlm peperangan ini?Adakah Catrina dapat bertemu Maryam? ......

Saya sangat suke buku ini, mmg BEST!!! dan sy rekemen pd sesiapa yang minat membaca untuk dapatkan buku ini..

Wednesday, May 12, 2010

Jalan2 cari mkn di Peghok....

Tarikh : 24 - 25 Apr 2009
Tempat : Telok Intan, Pasir Salak n Kuala Kangsar

Teman bersama : Mek Ja @ Ijawariah n Fida

Bukit Chawi

Sonok sgt dpt ikut balik kampung Mek Ja kat Peghok walaupun duit tarak. Kiteorg pergi naik kete mek Ja. Masa kiteorg sampai, mak Mek Ja x de, ikut kursus mandi jenazah... kami letak beg, makan (mak Ija dah msk sedap2 utk kiteorg) dan anta cik Fida test.

Menu :
1. Nasi putih
2. Ikan goreng
3. Bendi goreng sambal (i like it!!!)
4. Asam pedas Ikan (x tau ikan ape)- yummy.... yummy
5. Sambal belacan - delicious

Sementara tunggu Fida, saya n Ija pi jln2 kat taman tak jauh dr situ.. kiteorg bergambar sakan tepi Sg Perak. Abis test, jempot Fida n singgah kat telok intan....

Di kedai mamak (yg telah di sahkan keislamannya oleh Mek Ja). Saya order mee rebus yg terpampang kat surat kabar yg die frame baek punyer kat dinding. Tapi Mek Ja dah salah order mee rebus jadi mee rojak.... nasib mee rojak die sedap..... thumbs up!
Menu:
1. Mee rojak
2. Rojak mee
3. ABC

Petang - kami jalan2 kat sawah, bergambar sakan kat sana mcm x pernah jumpe swh, ronda2 area Pasir Salak - tgk bangunan bersejarah dari luar gate shj sbb hari dah lewat... n ronda2 keliling kampung ngan kete... Believe it or not, pada sesape yg tak caye sy boleh drive.. ni bukti nyer..


Senja.. kami tiba di rumah, mak Mek Ja sedang menganyam tudung saji... kami mkn bersama.. nyum2. Malam kami berehat di rumah stelah penat seharian.
Menu :
Dah x ingat..

Keesokan pagi kiteorg berangkat ke Kuala Kangsor bersama mak Mek Ja. Sebelum tu bekfes dulu.

Menu :
1. Bihun goreng yg sedap hasil gorengan Mek Ja dan Fida (sgt sedap!!!)
2. Roti garam - resepi baru Mek Ja sila maklum....tdk ada kaitan dgn saya.....
3. Karipap yg lazat dibeli olek mak Mek Ja.

Singgah ambik minyak... mkn chezel plastik beso dlm kete kat belakang sbb mak Mek Ja tak mkn jajan.. so sy kongker chezell.. (YESSZZZZ!!!). Kiteorg pg Istana Kenangan bergambo2.... then Istana Perak.. bergambo2... Mak Mek Ja banje eskrem ceklat.. TQ makcik yg baik ati!!!!! ... Happy sebab dapat mkn due eskrem sbb Fida x leh mkn bende sejuk2 . ---> ke rumah kakak Fida

Menu :
1. Keropok goreng
2. Teh panas
Nyum nyum... sebenarnya masih keyang.. tp gabungan teh panas dan keropok mmg BEST dan nggak bisa di tolak!!!

kami terus ke Kuala Kangsar..

Menu :
1. Laksa Penang
2. Cendol

Bertolak ke rumah mak Fida. Kami mkn2 n tumpang smbhyg kat umah die yg simple but very2 d comel!!! Tabik spring kat mak Fida!!!

Menu :
1. Nasi Puteh
2. Keli goreng n ikan goreng
3. Kangkung belacan yg yummy
4. etc... (lauk terlalu byk.. sampai x ingat)
Perut sudah besar... huhuhuhuhu...

Singgah di area perhentian bas.. shopping buku n kain....

Petang pulang ke rumah mak Mek Ja. Makan.

Menu :
1. Nasi putih
2. Telor dadar garam
3. Lauk terung
4. Ikan goreng
5. Petai yg enak

Bersiap2.Salam2... mak Mek Ja ajak dtg lagi lain kali (YESSZZ!!!) Bertolak ke Kl dengan perut yg penuh....

Monday, May 10, 2010

Bunga raye 4 kelopak...

For my beloved Mak De... Tq, bw jalan2 pi Cameroon Highland... Love u..
Happy belated Besday!!!


This is 4 u...

Thursday, April 22, 2010

The Kite Runner ~ cont

Bahagian II

5 tahun kemudian, Soviets telah menyerang Afghanistan. Amir dan ayahnya melarikan diri ke Peshawar, Pakistan dan kemudian ke Fremont, California, USA. Di sana ayah Amir bekerja di sebuah stesen minyak dan mereka akan berniaga di pasar menjual barang2 terpakai di Sant Jose. Amir berjaya menamatkan pengajian di kolej dalam bidang penulisan.

Amir telah bertemu dengan Soraya anak kepada General Taheri seorang yang pernah menjadi pegawai yang berpengaruh di Afghanistan. General memandang rendah minat Amir sebagai penulis. Ayah Amir disahkan doktor menghidapi barah tumor peringkat akhir. Untuk menggembirakan ayahnya, Amir telah meminta ayahnya meminang Soraya. Tidak lama selepas mereka berkawen, ayah Amir pun menghembuskan nafas terakhir.

15 tahun kemudian, Amir telah berjaya menjadi seorang penulis, namun dia dan Soraya masih belum dikurniakan anak. Suatu hari, Amir mendapat panggilan dari Rahim Khan yang sedang nazak. Rahim Khan meminta Amir pulang ke Afghanistan dan telah menyatakan bahawa masih ada jalan untuk menjadi baik.

Amir bertolak ke Pakistan dan bertemu dengan Rahim Khan. Rahim Khan memberitahu apabila Ali dibunuh Hassan bersama istri dan anaknya, Sohrab telah pulang ke rumah ayah Amir untuk menjaga rumah tersebut atas permintaan Rahim Khan. Suatu hari semasa ketiadaan Rahim Khan, Taliban telah datang ke rumah dan memaksa Hassan menyerahkan rumah tersebut. Hassan dan istrinya telah ditembak kerana enggan menyerahkan. Rahim Khan telah membocorkan rahsia bahawa sebenarnya Hassan adalah anak ayah Amir. Rahim juga memberitahu tujuan sebenarnya dia meminta Amir pulang ke Afghnistan adalah untuk menyelamatkan Sohrab yang kini ditempatkan di sebuah rumah anak2 yatim. Dia meminta Amir membawa Sohrab ke rumah anak yatim milik John dan Betty Caldwell. Rahim Khan memberitahu, inilah masanya untuk Amir menebus kesalahannya kepada Hassan. Amir berasa sangat marah kerana rasa tertipu. Akhirnya, Amir membuat keputusan untuk pergi ke Kabul untuk menyelamatkan Sohrab.

Amir dengan bantuan pemandu yang diupah, Farid, tiba di Kabul dan cuba menjejaki Sohrab. Untuk memasuki kawasan yang dikuasai oleh Taliban, Amir terpaksa menyamar. Sampai di rumah anak yatim, Amir dimaklumkan, Sohrab telah dibawa oleh orang Taliban. Pengurus yang menguruskan rumah anak yatim tersebut mencadangkan Amir pergi ke sebuah stadium bola, dan lelaki yang akan memberi ucapan semasa perlawanan tersebut adalah lelaki yang membawa Sohrab.

Amir meminta izin berjumpa dengannya. Dia terkejut apabila bertemu dengan Assef. Assef telah menjadi orang kuat Taliban. Amir memaklumkan bahawa dia ingin membawa balik Sohrab. Sepanjang berada di sana Sohrab telah dipaksa dan berpakaian seperti wanita dan menari. Dia juga diliwat oleh Assef dan rakan2nya. Assef bersetuju untuk melepaskan Sohrab tetapi sebelum itu dia mahu membalas dendam kepada Amir. Die telah menumbuk Amir bertubi2. Sohrab merayu Assef berhenti memukul Amir tetapi tidak diendahkan. Sohrab mengugut untuk melastik Assef dengan guli besi. Apabila Assef tidak mengendahkan ugutan, Sohrab telah melastik Assef dan mengenai mata kiri Assef sama seperti yang pernah diugut oleh Hassan semasa zaman kanak2 mereka. Sohrab membawa Amir pergi dari situ.

Apabila sampai di Pakistan, Amir telah dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari. Rahim Khan telah meninggalkan mereka dengan meninggalkan sejumlah wang. Amir juga mendapat tahu sebenarnya John dan Betty adalah tidak wujud sama sekali. Dia bercadang untuk membawa Sohrab ke Amerika bersamanya. Amir berjanji unutk tidak menyerahkan Sohrab ke rumah anak2 yatim.

Adalah sukar untuk membawa Sorab ke Amerika kerana tiada hitam putih yang menunjukkan Sohrab adallah anak yatim piatu kerana tiada sijil lahir dan sijil kematian ayah ibu. Ini telah menyebabkan Sohrab berasa sgt sedih, dan secara senyap2 die cuba membunuh diri di dalam bilik air hotel semasa Amir sedang tidur. Sohrab dikejarkan ke hospital. Dia banyak kehilangan darah dan tidak sedarkan diri. Amir berdoa kepada ALLAH supaya Sohrab cepat sembuh. Dia bernazar akan berubah, sembahyang, puasa dan mengamalkan Islam dalam kehidupannya. Akhirnya Sohrab sedar.

Amir berjaya membawa Sohrab ke Amerika dengan bantuan Soraya dan mereka telah menjadikan Sohrab sebagai anak angkat. Namun disebabkan trauma Sohrab menjadi sangat pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa. Semuanya berubah apabila mereka membawa Sohrab ke sebuah taman. Di sana, Amir telah membelikan Sohrab layang2, dia mengajak Sohrab bermain layang2 sambil menceritakan kisah dia dan Hassan bermain layang2. Akhirnya Sohrab tersenyum sedikit, namun itu membuatkan Amir berasa sangat gembira. Amer bejaya memutuskan layang2 dan dia pergi mengejar layang2 itu untuk Sohrab.
*** saya dah tgk movie citer ni, tapi lg best baca buku la.. kalau dalam movie, ade beberapa part yang telah diubah suai dan di potong. Citer ni memang best.. rekemen by me 100%...

Wednesday, April 21, 2010

The Kite Runner

Tajuk : The Kite Runner
Penulis : Khaled Hosseini
Komen : Memang sangat BESTTTTTTTT

Sebab saya terlalu suka sangat dengan jalan cerita novel ini, saya tak sampai hati untuk cut babak2 dalam novel ini. Sinopsis kali ini akan agak panjang jadi saya akan post 2x.

Bahagian I

Amir seorang kanak2 berbangsa Pashtun membesar bersama-sama Hassan, anak kepada Ali, orang gaji ayahnya berbangsa Hazara di bumi Kabul, Afghanistan. Ibu Amir meninggal dunia semasa melahirkannya manakala ibu Hassan pula meninggalkan Hassan selepas melahirkannya, oleh itu bapa Amir telah mengupah seorang wanita untuk menyusukan mereka. Ayah Amir seorang yang kaya dan budiman, dia sangat menyayangi kedua-duanya. Namun ayah Amir bimbang dengan sikap Amir yang terlalu lemah. Assef sangat gemar menulis, Rahim Khan, rakan baik ayah Amir yang sangat memahami dan menyokong minat Amir menulis cerita.

Hassan dan Amir selalu bermain layang2 bersama. Hassan sangat setia kepada Amir dan Amir pula selalu membacakan buku cerita kegemaran Hassan Shanamah mengenai Sohrab dan Rostam kerana Hassan tidak boleh membaca. Assef kanak2 yang tua beberapa tahun dari mereka tidak suka Amir berkawan dengan Hassan, dan menyalahkan Amir. Tetapi Hassan telah membela dan mengugut untuk melastik mata Assef. Assef cepat beredar tetapi mengugut untuk membalas dendam.

Semasa pertandingan layang-layang, Amir teah berjaya menjatuhkan layang2 pesaingnya, Hassan yang mmg cekap mengejar layang2 segera mengejar layang2 yang putus tersebut. Malangnya dia telah diekori oleh Assef dan 2 orang kawannya. Assef memaksa Hassan menyerahkan layang-layang itu, tetapi Hassan enggan. Pada masa yang sama, Amir pergi mencari Hassan, dia terdengar suara Hassan yang telah dikepung oleh Assef. Amir berasa takut dan cepat2 menyorok. Assef menjadi marah dan meliwat Hassan. Amir terlalu takut untuk membantu Hassan. Dia merasa bersalah dan malu dengan dirinya sendiri. Risau kasih sayang sayang ayahnya akan berkurangan, dia mendiamkan diri perkara ini.

Semenjak hari itu, Amir cuba megelakkan diri dari Hassan. Amir berasa sgt malu dengan diri sendirin kerana Hassan yang melayan nya dengan baik. Cemburu dengan kasih sayang ayahnya kepada Hassan, Amir juga bimbang jika ayahnya mengetahui sikap Hassan yang berani untuk mendapatkan layang2 dan betapa pengecutnya dia tidak membantu semasa Hassan diliwat. Dia risau ayahnya semakin menyayangi Hassan lebih dari dirinya. Amir telah mencadangkan agar ayahya mengupah orang gaji baru, ini telah menyebabkan ayahnya sangat marah.

Majlis besar-besaran dibuat untuk meraikan harijadi Amir. Pelbagai hadiah diterima, tetapi tidak dapat menggembirakan Amir kerana dia masih dihantui peristiwa tersebut. Ali dan Hassan telah menghadiahkan nya buku Shanamah kepada Amir. Ini menambahkan rasa bersalah Amir terhadap Hassan.

Amir telah meletakkan jam tangan jadiah hari jadi pemberian ayahnya secara senyap-senyap di bawah tilam Hassan semasa Hassan dan Ali tiada di rumah. Hassan mengaku mencuri jam tersebut. Tetapi ayah Amir terus memaafkan Hassan. Amir berasa tidak puas hati kerana ayahnya paling tidak suka kepada pencuri. Namun Ali tetap bertegas untuk pergi dari rumah itu tanpa mengendahkan rayuan bapa Amir. Pemergian Hassan memberi sedikit kelegaan kepada Amir, namun dia masih sentiasa dihantui peristiwa tersebut, dan rasa bersalah terhadap Hassan.

to be continue....

Tuesday, April 6, 2010

Tak tahu nak bubuh tajuk apa....

Sory De, letak gambar sebelum anda memakainya... huhuhu.. :P