Follower kesayangan

Friday, March 22, 2013

Jom belajar buat ikat riben

Salam Jumaat semua..
hari ni tgh hari jumaat xde marayau mcm selalu jd budak baik memerap dlm opis jek
Hari giler semangat dgn syaz nak mendesign bunga telur
ekceli bunga2 nya dah buat
tp masih belum ada idea nak cantum..
dengan berinspirasikan bunga telur masa kawen izni
akhirnya menjadi juga bunga telur yg
x de lah walla sgt tp puas hati sbb buat sendiri..

Hasil googling, jumpa tutorial dari
dan dari gmbar2 Mr Google
nampak mcm mudah je bila tgk tutorial tu
tapi bila nak buat beberapa kali cubaan baru jd
.
So
utk memudahkan org lain
kat sini nak share skit mcm mne nak buat riben tu
:)

 bahan2nya:
playar muncung tirus (nak pakai gunting je pon boleh, tapi nanti gunting cepat tumpul)
gunting (utk potong riben)
riben
dawai


Dawai tu cuma nak guna pendek je, jadi nak jimat boleh potong 4


lebih kuranglah panjang ni :



 lipat riben mcm ni


lipat lagi mcm ni


letak dawai

lipat dua riben tadi lebih kurang sama panjang, 
dawai pon lipat dua lebih kurang sama panjang


lilit dawai td, then jd lah mcm ni


kalau nak cantik lagi, boleh gunting hujung riben

  
siap
:)
senang je rupanya kan..
selamat mencuba!

Tuesday, March 12, 2013

Pilih katering

Salam semua

Lamanya x update blog.
Ni semua sebab penyakit malas semakin menjadi2..

Selepas seharian dgn cik ecah pergi buat Survey bidan-bidan kat area Kuala Selangor dan Sabak bernam
Penyakit selsema batuknya pon dah menjangkiti saya.
Demam. 1 hari berkelubung dlm selimut
Ingatkan boleh lah sentuh2 skit projek bunga telur.. 
tp .. haramm...
mmg flat habis...

Alhamdulilah
seharian mkn ubat dan bertapa di rumah  
skrg dah sembuh skit walaupun batok kong kong masih berbunyi2

Ternampak syaz mengupdate blog
tetibe dtg angin rajin nak update blog ni
Since progress terkini adalah psl katering, jd topik kite arini 'katering'

Baru tahu sbnrnya bukan senang nak cr katering
lebih2 yg jenis 'patah kaki' mcm sy
aishh bilalah nak bljar drive ni?
ade yg boleh tgk kat tenet. tp rs blom konfirm
ada yg org kata sedap tp x de online pulak.
Poning den.
Dlm byk2 perbelanjaan kahwin,
Duit mkn nilah yang paling byk kene disediakan
betul x?
Kdg2 kita rasa RM10 tu murah je
tapi kalau dah drab dengan seribu? 
RM10,000.00
banyak wooooo
so paling selamat korang menabunglah dari awal..
melainkan
dr azali korang mmg dah target nak dpt 'ikan besar'. 
hikhik

Salunya kan psl katering ni org2 tua yg akan ambil alih atau membuat decision kan..
tp sebab umi abah jenis sgt x kesah
saya telah diberi mandat tuk uruskan 100% sendri..

Lepas buat survey2, ada beberapa pilihan katering yg bermain2 sbnrnya dlm kepala :

1. Sri Angsana - makcik yg suggest. pakej die yg RM10.50/kepala siap dgn dowry sweet sour. kire ok lah kan? kan? kan? tp... ade kwn yg pernah mkn kata x best. so reject.

2. Langat catering -  yg ni umi beria2 yang suggest tp bila tanya, harga pakej basic tuk dewan RM13.90/kepala. Sgt x sesuai tuk pengantin budget. rejected

3. Laksamana baroqah - kawan yang suggest, die dah tempah awal tuk kenduri ujung thn ni. Yang ni pon terlebih budget RM12/ kepala

4. Rass Deco - xde sesiapa yg suggest. jumpa kat blkg majalah kahwin. pastu tgk website die. pastu kontek pengantin2 yang menggunakan service die. so far mcm ok jek. Oh ya, 16-17hb ni Rass Deco nak open day tau tuk food testing. ade menyediakan pakej2 murah jugak utk bakal pengantin. So korang pergilah ye.. sy x komfirm lagi nak pg.. xde transport la alasan lama

5. Catering X. katering ni kakak opis yg suggest. Nama pakcik ni pakcik Mahsuri. x de kedai mkn, x de blog atau website. hanya kecil2an dr rumah. since di suggestion oleh kakak ni yg mempunyai citarasa tekak yg boleh thn jugak, mmg sy x sangsi dgn rasanya.. tp biaselah pompuan mesti x puas ati kalau x dpt tgk sendiri dgn mata kepala.

Apapun td dah call Kak Ila (Rass Deco)
Dia kata masih ada ruang lg nak masok untuk 31 ogos
Tapi nanti dia call semula tuk confirmation.

Niat mmg nak ambik Rass deco je
mls nak cr lain..
mls pening2 kan kepala
tapi kalau dah penuh nak ambik terus kat pakcik Mahsuri tu.

Oh ya penambahan sarong kerusi RM2.50/kerusi
RM2.50 X 224 = RM560
kalau korang akan amik x?

Sekian saje.

*Semoga umi selamat pulang dan selamat sepanjang berada di Kabul Afghanistan.











Wednesday, January 2, 2013

Kesunyian diubati durian crepe

Office sgt sunyi
Sepi
yg tggal cuma 3 orang officer dan
3 orang PSH
 :(
boringi bila kontrak kami x disambung
tggal beberapa kerat je

Hbs tu apesal pagi2 sy tercongok kat opis?
saje.... boring dok rumah
menghabiskan rete gomen :P
mmm...rindunya dgn  mereka~
Harap2 kontrak kami akan disambung tgh bulan Jan ni
Kalau x mcm mano nak sopping brg kawen?
huhuhu...


Tgh hari sempat temankan shu pg KLCC 
nak ambil thmbdrive dr adik dia
Target nak singgah beli RV
lama giler rsnya x mkn.
:(
tapi x sempat pon nak pusing2
kebetulan Shu nak jumpa adik die kat maybank  sbelah Guardian
so singgah stall durian2

Beli durian crepe : RM 4.50/ 2 pieces 
ada jugak jual dlm pakej 6 pieces : rm13. ++ / 6 pieces (kalau x  silap)

Mmm nyum nyum..
rsnya mcm lebih best dr yg jual kat Mid Valey je
lagi byk whipped cream
dan rs durian lg manis.
Tapi kalau sesiapa suke jenis durian yg rs pahit2 tu
boleh dptkan yg mid valley punya.
:) 

Tuesday, January 1, 2013

Shopping awal tahun~

Alhamdulillah
Bertemankan Shushu
misi hari ni berjaya dgn jayanya
Walaupun mula2 mcm kecewa bila tahu terpaksa pakai 
bj nikah warna hijau pucuk pisang (+ off white)
En tunang lupeke tunang mu ini berkulit 'kurang' cerah?
huhuhuhu..

Dalam pencarian mencari sutera silk
ke Gulatis : RM98/meter : REJECT
Jakel : much cheaper : bought~
Setle dah sepersalinan.

Survey2 pulak ke semua house dan jln tar mencari songket
Mula2 berkenan sgt dgn yg jual kat Semua house tu
Light pepel dan pink~ sweetttttt~~~~
and ONLY RM20
tp sbb nak mencari warna impian  
Survey lagi ke Jakel.
.
.
Yes, jumpa jugak yg dekat2 dgn warna impian sy : 

same tak? same tak?
(warna klhatan gelap skit dr warna sebenar sbb warna lampu dllm bilik)

k, x 100% sama pon..
x pe, nanti akan tmbh beads2 kaler kat atas nak bg sama.. hehehe
sebab kain ni mmg dijual 4 meter setengah x boleh nak potong2..
jd plan nak gabung2 chiffon dan songket dikanselkan..
sbb mls nak pikir cr kain lain lg dan lining lg dan upah lagi.. huhu
so fully songket untuk persalinan perempuan perempuan
dan 5 mter dutchess untuk persalinan lelaki
finish
~happy~
dh beli cdr juga~~ :P

Monday, December 31, 2012

Pening pilih kaler~

Hati rs x tenang
Fikiran rs meracau
Ni semua seba end year sale dah nak habis,
tp sy masih lg belum beli kan untuk majlis!
Ni smeua gara2 x reti nak pilih warna apa..

huhuhu.. sedihnya..
Kontrak bebudak opis ni semua dah hbs..
opis sunyi sepi..
dah x de geng dah nak angkut last minit shopping buat peneman/ pengkritik
Susahnya nak decide warna apa...
kalau ikut dulu2 mmg plan nak buat champagne + pink belacan

tp sebab semua design yang sy pilih kene slash awal2 dgn tailor
So die suggest buat kebaya pahang je..
simple n sopan
tapi susah pulak nak cr songket yang ada gabungan warna ni
:(

satu lagi pasal warna baju 
Puas google2 cari warna yang match dgn kulit sawo matang
ada yang kata kene cr warna lembut supaya kontra dgn kulit 
ada jugak website yang kata pilih yg ala2 gelap skit mcm 
warna pepel/ emerald green/ burgundy dan oren

k some colours tuk kulit yg artis2 pakai2
not sure~

new experiment

mcm ok gak~

this is too pink la~ huhu

suke suker suker

wuuuuu brani ke?
merahnya mak ngah!


suker tgk kawan kawen pakai pink  pepel~
suke suke suke...
nak buat pepel silver
tapi tunang haritu dah pepel...
huhu x kan pepel lg kan?
b o r i n g

so warna ape agaknya yg paling best sekali..

Hope dpt idea cpt..

milkysmile

sbb ingat nak pg cari esok atau lusa sebelum sale hbs.
any suggestion?
:( mmmm

walaupon ade org kata x sesuai pakai off white..
tp den dah terbeli dah pon untuk nikah.. huhu
kite tgk jelah ape jd nanti....

Monday, December 24, 2012

Majlis kenduri dan shopping hujung tahun~

Minggu ini destinasi ke Pekan Taiping
memeriahkan majlis Pn Syaz dan Man
TAHNIAH SYAZ & MAN!

Suke tgk majlis Syaz
Sgt sweet~
suke tgk DIY2 yg syaz buat...
kalau lah sy pon serajin syaz~
Seronok sgt sekali sekala dpt hang out dgn kawan2 sb dah lama rsnya x mcm ni

Semalam balik dari Perak
terus direct ke Pudu raya 
menjemput En tunang
Dtg sempena cuti X-Mas sbb nak shopping brg hantaran
Penat sgt..
walaupun cuma meround mid valey dan Sogo
Sori En Tunang x sempat nak bawa jalan2 times square dan KLCC
sesungguh nya ms sgt mencemburui kita :P
Apapun banyak jugak brg yg dapat beli
Syukur~

At least selesai beberapa perkara.
 :)

Thursday, November 22, 2012

BOOKED



Alhamdulillah
Saya telah selamat dibooked pada
20 Oktober 2012
Pasni kene control2  mata.. 
Then dah entitle geng2 B2B.. ihiks!
BLUR
x tahu nak buat apa..
yg pasti cuma nak kawen aje..
Senior2 sila bagi tunjuk ajar yek..

Nak story2 skit psl majlis tunang.
Nak baca boleh teruskan,
tak nak baca boleh pejam mata :P
Untuk pengetahuan semua, ekceli plan awal cuma nak buat merisik aje..
Kebetulan hari pergi beli cincin tu, kiteorg terdetik nak beli terus cincin tunang.
Pas shopping2, si mokmok [En tunang] hantar ke rumah nak discuss psl majlis risik..
Tetiba abah suggest tuk buat tunang terus..
Terkezut den tau
Tapi shukurlah dengan persiapan yang simple menjadi juga tunang org.. auwww  :)

Mcm dah ckp td, persiapan buat simple2 je..
Kebetulan masa tu mmg tgh sangat sengkek, pastu duit sangkut kat bank RM500.. rs sedih sgt masa tu sbb terpaksa buat preparation terkezut dlm keadaan sgt pokai.. huhuhu
Tapi Alhamdulillah again, sbb seminggu sebelum tunang gaji masok & duit yg sangkut dpt semula.

Jadi first thing yg sy buat survey bj tunang [survey jelah sbb x de duit nak kene tunggu gaji ms tu :( ]
Bila dah dpt gaji, beli kain baju tunang online je siap beading 
pastu kelam kabut cr tailor... 
Alhamdulillah berjaya dptkan tailor yang boleh buat dlm tempoh seminggu lebih. 
Fuuuhhh..

Tempah kat Maju Junction

Untuk dulang hantaran, Jajan dengan baik hati meminjamkan dulang kahwin die yg masih berhias itu.. Walaupun dulang tu bertema hijau yg mmg kontra giler dgn dulang yg kiteorg beli untuk risik - kaler pepel
[1 dulang jek pon nak kepoh.. haha],
TQ Jajan, sebab dulangmu itu, aku dpt save budget!
Untuk nak bg match2 dgn tema dulang cincin  tu saya add on bunga2 pepel dan lekat2kan kat dulang Jajan.

Dulang Jajan yg sedia cun


After make over

Untuk hiasan 'pelamin simple sy', sy cuma gunakan:

Kerusi jati
Sedia ada

Tirai belakang
Sedia ada jugak. Ingat nak pergi beli kat Nilai  3 sebab kain yg Jajan bg pinjam tu x sama panjang.. tapi sebabumi suruh pakai je kain langsir ni tuk cover blkng almari.. Ingatkan nak beili kat NIlai 3, tp  ms tu dah lewat. RedhO ajelah. 

Pasu
Pon Jajan yg punya. Cuma add on sikit  dengan bunga2 kat Maidin Kotaraya

Benda alah kat atas tu tu tu. DAis yek?
Bunga pepel tu, saya cuma ikut tutorial kat Bunga dan Langit.. TQ awak.. 
pastu saya guna kan eva foam sebagai alas..
lekatkan dgn kertas crepe yg direnyukkan. 
Kemudian lekat guna gam tembak byk2 utk memastikan betol2 lekat dan x berguguran timpa korang time tgh kene sarung cincin.  

Akhirnya jd lah pelamin simple saya : 

Can u see the hand bouquet? 
sbb nak  match, guna bunga yg sepesen dgn hiasan kat hantaran dan dlm pasu.. :P

Saya sempat jugak buat TQ tag,
tp malangnya termissplacese hari sebelum peristiwa.. 
Penat je design & print.
x dpt guna pon. huhuu 

-The missing tag-

Some doorgifts;

Potpouri + Homemade Chocholate

K itu saje
Oh ya.. 
sy dah kene booked..
Oh LA LA!!