Follower kesayangan

Saturday, August 28, 2010

Koc Wanita?

Salam Ramadhan buat semua saya ucapkan... dah lama sungguh x update blog... sibuk memanjang je... Sedar tak sedar hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berakhirnya bulan mulia ini.... semoga kita dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk kita sama2 memperbaiki diri ke arah lebih positif....

Hari ini bersamaan hari Sabtu adalah hari untuk pulang ke rumah keluaga tercinta... Macam biaselah, mestilah naik LRT dan KOMUTER... balik kali ni saya angkut sekali beg tarik besar yang disumbat dengan biskut2 raya yang ditempah + dodol + kek.. hehehe.. mcm nak balik jauh je..

Selalunya kalau balik, saya akan naik koc wanita yang berada di tengah2. Tahniah untuk KTM kerana pada 27 April 2010, KTM telah memperkenalkan koc khas kaum hawa seperti saya. Ini adalah satu inisiatif yang sangaaaaaaaaaaaat bgs, dengan cara ini, kaum wanita x lah berhimpit-himpit dengan lelaki mcm sardin dalam train... lebih2 lagi pada waktu pg dan balik keje.

Bagi membezakan koc wanita, KTM lekatkan sticker tanda pada pintu dan tingkap koc wanita agar dapat dilihat oleh pengguna. Tempat menunggu dicat dengan warna PINK. Malangnya masih ada insan2 yang berjantina lelaki ini yang masih perasan/ tidak tahu/ pura-pura tidak tahu/ sengaja menggunakan juga koc wanita.


Babak yang tak hingin kita lihat yg telah sy lihat :
  1. Sepasang kekasih masuk ke dalam koc wanita dan DUDUK di atas kerusi (melayu yang dah sah2 boleh membaca sticker).
  2. Seorang wanita cina menegur BF, tapi si BF tak berpuas hati... = pertelingkahan..
  3. Agaknya sebab tak tahan dgr dorang berkelahi, seorang perempuan lain suruh perempuan cina td bertolak ansur...
  4. BF menyampuk2 sambil mengutuk wanita cina td tidak bertimbang rasa..
  5. Akhirnya dorang bertiga pulak yg berkelahi. sampai mengugut nak bawa ke mahkamah! iskh iskh iskh....

Pada saya, bertolak ansur atau tidak, lelaki itu tetap bersalah dan tidak patut mempertikaikan orang yang menegurnya. Maklumlah org nak berdekatan dgn kekasih... kalau masuk shj.. mungkin boleh dipertimbangkan tapi... takkan nak duduk jugak kot? Abang.. abang... orang kata kalau dah masuk rumah orang tu.. kenelah buat mcm kat rumah org kan? jgn lah buat mcm rumah sendiri.... Berilah kerusi yang ada untuk insan yang lebih memerlukan. Malulah pada orang2 di sekeliling... Dah sah2 anda bersalah masuk ke koc wanita... masih nak bertelingkah kerana kerusi!..

Setiap kali saya menaiki train, seingat sy, x pernah lagi tidak melihat koc wanita tidak dimasuki oleh lelaki. Kalau dekat2 dengan saya, dan rasa2 pada masa tu x berapa ramai org, kdg2 saya tegur jugak.. tp tu pon sy tgk juga muke dorang2 ni.. kalau mcm gengster pecah rumah tu, den diam2 jolah.. kalau tak, mau lobam bijik mato.. ops!!! jgn slh faham, saya bukanlah ANTI lelaki!!! sama sekali tidak.. malah sy sangat mengkagumi sesetengah lelaki!! Kadang2 tak ada jugak sampai hati nak menegur abg2/adik2 yang TERmasuk kat koc wanita ni.. yelah manalah tahu TAK PERASAN..

TETAPI pada saya, konsepnya sama shj dengan tandas lelaki dan tandas wanita... boleh ke lelaki menggunakan tandas wanita? fikir2 kanlah abg2 diluar sana... mmmm... saya sgt berterima kasih kerana kdg2 ada jugak abg2/ kakak polis yg membantu 'mengeluarkan' mereka2 dr koc kami..

Hari ini.... sesuatu terjadi kepada sy... dari stesen bandar tasik selatan lagi sy dah terperasan sorang pakcik (bermuka ala2 india) ni asik pandang2 dan berlegar2 dekat saya... tapi buat dek jelah.. yelah.. kang org kata minah perasan pulak.. terlepas satu train.. saya tunggu lagi satu train... Alhamdulillah walapun train penuh sesak, saya dapat juga meloloskan diri ke dalam train bersama beg tarik. Saya lihat pakcik td ada di belakang lelaki (nepal kot) yg betul2 di belakang sy.. di Stesen Serdang, lekai nepal dan beberapa org lain turun... lega skit. sebab x perlu berhimpit dengan mereka... tetapi pakcik td bersama dengan seorang lelaki lain masih didalam koc... mm x pelah.. mungkin die nak berhenti di stesen kajang.

Pakcik td makin lama2 makin dekati je.. orang mcm ni bukan boleh layan.. kalau x, makin menjadi. tapi makin lama makin mencurigakan.. makin lama makin dekat! sdgkan ruang masih byk di tepi pintu...hati sy mula rasa tak sedap ati.. eh pakcik ni main2 lidah pulak! ni nak bengang je nih!!!! eee geram.. sy letakkan beg tarik antara sy dan die.. dan sengaja tolak beg ke arah die supaya dapat menghalang die dari makin dekat.. eh eh.. awat plak kepala dok melentok2 kat saya ni!!!! arghhhhhh GERAM!!! GERAM!!! sabar.. sabar.. bulan Ramadhan ni... kene byk bersabar.. huhuhuhuhu..

Pakcik ni kalau x sabar... ada sy heret ke balai ni.... Badan die dah menyenget ke arah saya dan bergayut tgn di tiang untuk merapati saya. saya menolak beg ke arah dia dan berganjak jauh sikit.. terpaksa menghimpit perempuan di sebelah kanan. Lelaki ni nampaknya x mkn saman... x tahu ke saya x suke?.. muke saya x dapat dibayangkan lagi.. kalau die x perasan yang saya tgh marah.. mm.. x tahulah nak ckp apa lagi... rs nak lempang laju2 !! budak2 pompuan belakang sy dah sok sek sok sek x selesa.. Bila muke pakcik td tinggal bberapa inci je lg dgn muke saya, saya mmg dah hilang kesabaran!

"sana skit boleh tak?" dengan muke bengang tahap cipan sambil menunjukkan gerak tgn menghalau akhirnya terkeluar juga apa yg terbuku... arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh........ sy tenung die dengan perasan geram!.. nasib lah die berundur.. kalau x berundur td.. memang siaplah merasa silat cebok saya!!!

emmm.. astaghfirullah... fuh.. sabo sabo.... Ya ALLAH. Mungkin ini adalah ujian Kau kepada ku... huhuhuhu... nasihat saya pada kaum hawa yang lain, berhati2 lah di mana shj anda berada... tak kire tue atau muda... kalau dah jenis gelenyor tu.. mmg x mkn saman!!! Semoga mereka akan insaf pada suatu hari nanti...

Cadangan :
  1. Koc wanita dicat dengan warna PINK.. kerana gambar sticker yang di lekat mcm serabut je....
  2. Menjatuhkan hukuman denda kepada lelaki yang masuk ke dalam koc wanita
  3. Pihak KTM perlu menyediakan staf yang mengawasi orang yang keluar masuk train bagi memastikan tidak ada lelaki yang masuk. Selain itu, adanya staf bertugas, dapat memastikan pengguna beratur untuk menaiki train dan memberi ruang untuk org keluar dari train terlebih dahulu..
***saya terima banyak pesanan tanya ttg menjahit baju2.. untk pengetahuan semua saya memang x pandai menjahit... belajar pon separuh jalan.. dan minta maaf tidak berkesempatan untuk tanya pd kwn2.. rasa bersalah tidak dapat membantu... untuk tidak mengelirukan pembaca2 blog in.. saya akan delete post2 yg lalu semasa sy belajar menjahit.... huhuhuhu....