Follower kesayangan

Wednesday, May 29, 2013

Luarbiasa yg kita snagka biasa2 aje

Assalammualaikum

Korang pernah x bila terjadi sesuatu..
pastu korang fikir balik br perasan ada perkara biasa berlaku
tapi sebenarnya luarbiasa?
errr confuse?

Cth:
selalunya setiap hari on the way pergi kerja kita akan terserempak makcik cleaner tengah mop lantai kat depan lif
tapi suatu hari x terserempak?
atau
salunya kalau pergi psr malam mak kite salu pesan nasi ayam 
tapi hari tu die x pesan apa2 sbb x de selera makan

Kdg2 benda2 yang biasa mcm nilah
petanda kepada suatu benda yang luarbiasa

maybe
positif : anak die yg hensem tu dah nak menikah
negatif: makcik tu diberhentikan kerja sbb rupanya die spy negara jiran.. :P

maybe

positif : mak kita x de selera sbb die NGANDUNG lagi. Yehaaa dpt adik baru!
negatif : mak kita sebenarnya sakit teruk tapi die x nak bg tahu sbb x nak kite risau.
hmm...

lepas beberapa perkara yang terjadi disekeliling sy
bagi pengajaran kat sy utk lbh peka dgn hal sekeliling 
walaupun perkara kecik yg biase2 aje tapi lain dr kebiasaan

fikir2kan...

**********************
Al Fatihah untuk ahli keluarga rakan yg telah tiada.
Semoga kita yg hidup ini menghargai hari ini...
dan cuba yg terbaek utk hari esok.

Daa..

* yippie! doorgift yg tempah dgn kazen dah siap.. :)





Sunday, May 26, 2013

Tutorial Bunga fabric

Assalammulaaikum
Amacam seronok x bercuti 3 hari?
Mmm rs mcm x ckup je..
rs x puas rehat..
:(

Oklah ingat tak post psl bunga Hb sy yang diperbuat dr fabric?
k, hari ni just nak share tutorial buat bunga fabric tu
:)

1. sediakan kain  dipotong segi empat mcm ni
sy gunakan kain bersaiz 8" X 2 1/2 "

2. lipat 2, dan jahit jelujur
ikat mati bila dah sampai hujung. 

3. lipat dua mcm ni pulak
pastikan kain bahagian belakang dan depan sama..sbb nak jahit dua kain yang dilipat tadi.

4. jelujur sehingga bertemu dengan bahagian mula.

5. tarik/ cerut benang  sampai habis dan ikat di hujung.

6. kembangkan bunga.

7. kalau nak cantik, lapis2 kan dengan saiz lebih besar atau kecil
dan bubuh hiasan.

ni yg dah siap


Oh ya, sori sbb gmbar x clear, 
lampu bilik sy ni kan ala2 romantik gituew..
yg ni lapisan dalam bersaiz 7" X 2"

kalau korang x fhm atau confuse jugak dgn tutorial ni
huhuhu
korang boleh jugak tgk kat tutorial blog intan norazam..
:P

Bunga nikan sbnrnya bukan saja boleh dijadikan HB
kalau kretif, boleh jadikan bunga 3D pd bj (kene tukar buton tu jd hiasan lain)
korsaj
atau bunga telur..
:)

Daa..

*semalam dah pg butik, tp sedih x byk choice bj.. =(

Wednesday, May 22, 2013

Ini bukan kes air Selangor!

Assalammualaikum

Tensionnya
dah lebih 24 jam rumah x de air..
bukan 1 rumah je.. hampir 1 sentul
sadis betol..
pg td mandi kat opis
ptg pulak mandi kat masjid
dah mcm gelandangan je..

Syukur sbb ade simpan 2 botol 5L air
mmg khas backup dikala berlaku kejadian2 mcm ni
tp adalah insan serumah ni yg bijak sgt
dlm org lain dok bercatur2 air guna untuk bende2 penting 
dgn selamba guna slh satu dr botol tu untuk mandi
tanpa minta izin pon.
Amboi..
kalau nak mandi angkutlah air dr bwh atau pergi tempat lain
kita yg empunya pon x syg nak guna untuk mandi
x fhm langsung org mcm ni.
x pelah, biarkanlah die dgn labu2nya..

Oh ye, ekceli smlm ms on d way balik kje tu mmg housemate pd member dh bg tahu blok kiteorg x de air
tp bila sampai rumah cek ade air.. 
jd buat selamba je
geng td siap tumpang mandi lg
sy rilek2..
salunya kalau nak  bsh bj mmg rendam dlu..
pastu agak dekat2 isyak br basuh bj dan mandi
nak bg can org nak guna mandi dan ambik wudu' tuk maghrib
sbb sy kalau dah start membasuh mmg lama~~~
almaklumlah basuh manual.. :P
tu yg ketol lemak mcm popeye.
nak jd cerita.. dah rendam2 br perasan x de air.. 
jd berendamlah bj2 kejeku sampailah ke ptg ini..
huhuhu
kesian dia.. kalau ade kulit kecut biru dah..
disbbkan x tahu nak buat ape dgn bj2 dah berendam tu
terpaksalah gantung jemur je.. 
huhu
pelikkan jemur bj bersabun?
TQ pd geng sbb bg idea ini
at least bj2 tu x lah berendam lama sgt kan..huhu

Hrp esok balik keje dah ada air.. 
bolehlah cuci dlu sebelum ke destinasi..
B-)

Tuesday, May 21, 2013

Uopss terlebih sudah!

Assalammualaikum

bosannya mlm ni tetibe rumah x de air,,
buka paip air, air meleleh mcm segan2
sementara menunggu air penuh sebaldi
tetiba dpt idea nak update blog..
sila abaikan bau haruman asli ku..



this week kiteorg dah buat appoinment dgn vendor kat Melaka
nak ukur badan untuk bj kenduri kat sana
tapi selamba rock je mkn itu ini
haram x kontrol!
timbang2..
uopss terlebih sudah!
huhuhuu

baru je nak berangan2 nak
pakai bj slim2..
tempoh semakin suntuk
nampaknya mcm impian angan ku musnah jer
:P

Saturday, May 18, 2013

After negotiation..

Assalammualaikum

Sy br balik dr kedai kad..
lepas nego2
alhamdulillah dorang nak responsible
dan tukar inlay baru. 

Semoga semuanya berjln lancar..
secepis dugaan
dan utk mendptkan segunung kegembiraan
pasti lebih byk dugaan perlu di lalui. 
Just ready dan lbh berhati2..
huhu..

Friday, May 17, 2013

kad kahwin yg mengecewakan

Assalammualaikum

Hari ni nak share dgn B2B yg lain
utk berhati2 bila nak tempah kad kahwin..
Jgn tertipu dgn layanan baik org2 yg keje kat kedai ni
ms nak buat kad kawen korang.
sbb sy dah terKENA!

Company ni sy jumpa ms kat pameran kawen pwtc haritu
tunang sy dtg jauh2 sbb nak teman cr kad
jumpa booth kad ni dan rs mcm ok
deposit rm100
tp lepas tu mcm ada bc testi yg kurang menyenangkan kat blog lain
tp sbb layanan  mcm tip top
mesra
rs konfiden.

Hari yg menggembirakan sbb nak ambik kad
siap angkut beg tarik pergi pertama komplek
maklumlah nak angkut 1500 keping kad
pergi naik bas
balik naik teksi
excited
hanya tuhan yg tahu
tp slh sy.. 
terlalu teruja sampai x prasan beberapa perkara ms ambil kad
terlalu happy sampai semua nampak sempurna
dah sampai opis br perasan


sedihnya..
bhgn yg slh tu semua kat bhgn kenduri lelaki
rs sedih sgt sbb byk kali sy ingatkan psl x nak perkataan 
"Allahyarham ... "
kat bhgn nama org menjemput
 sbb dah bubuh kat bwh nama ibu 
"(Balu kepada Allahyarham...)"

ade ke org yg dah meninggal nak jemput org kenduri?
gila!
(maaf bakal ayh mertua.. sy bukan x anak bubuh nama pakcik..  tp sy kecewa dgn company kad ini)

nama mak  pon slh jugak..
mungkin bg org lain
only small matter
tp its a big matter utk sy
sbb sy dah byr RM12++.00 lebih kad shj.
dan kertas final yg sy sign mmg sy dah pastikan dah edit betul2.

Bila call semula kedai
alasan mereka, mereka hantar betul kat kilang tapi kilang slh cetak
sbb ada pertindihan
ape yg bertindih sy pon x fhm
kalau nak print semula cas RM120 untuk 1500 keping
what the ....
ini bukan mencarut cuma kata2 mrh dr akal yg waras

RM120 tu mhl sgt bg sy utk menanggung kesilapan org lain
its too much!!!
bila mrh ckp english keluar lebih lancar dr biasa
knp x potong je gj staff yg buat slh tu
x cek ke ms receive dr kilang terus main gam je?

Sy x tahu nak buat
kecewa
putus asa
Nama kedai tu mls nak reveal dlu
Esok plan nak pg kedai tu
kite tgklah mcm mne..

:(

Thursday, May 16, 2013

Dah tukar dah

Assalammualaikum

Akhirnya bertukar jugak rupa blog ni
alhamdulillah

kalau sape yg ingat ni rupa lama

kelam.. :(

skrg dah berwajah baru
ceria :)
tukar yg basic2 je
tp mcm lebih kurang je warna.. :P
ntahlah skrg mcm dah suke warna2 mcm ni
dah x minat pepel
nyah kau pepel! 
XD

dgn rupa baru
office baru
sy mesti buat azam baru
nak siapkan write-up.. (huhuhu)
nak siapkan thesis (huhuhu)
nak siapkan wedding preparation (huhuhu)
nak siapkan diri jd istri (auuw)

tgk ni buku my little iwan bg utk preparation..

tobal nyo!!! (T..T)

hehehe
tq atas keprihatinanmu bro!
ade sape2 nk pinjam?
B-)

K, da....


Selamat tinggal


Assalammualaikum reader/s

Sy baru balik dr Johor 2 hari lepas
Dan hari ni hari ke 2 sy mula ber’operasi’ kat office br..
Eh ade x bg tahu opis kiteorg banjir kali ke 2?
kali ni much worst.
sampai kiteorg boleh kauk air masuk dlm baldi
:(
So terus bos kiteorg buat decision permanently pindah ke office lain
penat giler minggu lepas mengepack segala brg2..


'tapak' island kami

office TLT hanya tggal kenangan
:(

Kat bangunan baru ni kiteorg dpt kat tingkat 17
Hepp hepp jgn brebut2 nak dtg sni minta otograf k..
Ahaks!

Since ‘island’ kiteorg satu2nya yg terselamat dr mangsa banjir
jd island ni diangkut bw opis baru
1 island hanya utk 4 org jer..
Kirenya yg lain tu dpt meja barulah.
sy x jeles pon.. bwekkk
love my 'island budget baek'

Hari ni dah hampir 37 hari dah ckp nak tukar rupa blog ni
Tp br hari ni dpt mood
:)

K da...

Saturday, May 11, 2013

Dulang Mak Ct

Assalammualaikum semua

Sekejap je dah nk penghujung ahad kan..
rasa mcm br nak rehat2
dah kene pg keje esok
Esok sy x keje
sbb plan nak pg Johor jumpa prof
tp alamak
lpe nak bg tahu bos, 
takpe jap lg email die
sambil tiup2 jampi.
fuh fuh..

Smlm dan hari ni
x keluar mana2 pon
cuma beading sambil dgr radio era
korang tahu x iklan old town kafe
korang x rasa ke iklan tu mcm ajar org buat sesuatu yg x bermoral?
Iklan :
 lelaki A tegur lelaki B yg bertukar2 gf
pastu lelaki B ni kata senang je bw jelah mkn kat oldtown kafe
sbb ade byk pilihan dan harga
ape jenis lah iklan mcm ni
mcm nak galak org bertikar2 gf
x membangun minda langsung.

Klah x nak ckp panjang2 psl ni
lepas survey2
mcm suke giler kat dulang tembaga
nampak traditional dan kerlassst gitu.
haritu tgk harga kat pameran kahwin Melaka
RM99/ piece
mak aih!
x mampu den.
pastu survey2 lagi
terpikat pulak dgn dulang ni

Dulang plastik lutsinar

Price? affordable
Suke tgk bentuk die mcm bentuk dulang dulu2
sbb x suke yg terlalu trendy sgt
nanti bile dah 4-5 thn nampak outdated.
Warna yg lutsinar mcm kaca
remind me kasut kaca cinderella
nampak suci lah konon
haha

Dulang ni kalau kat Nilai 3, harga dulang ni RM36.90
tp kalau x silap kat kedai bwh Semua House tu cuma RM35.90
murah singgit.
Bg yg dok area Nilai tu beli jelah kat Nilai
sama gak nanti nak kene kire transportation cost kan...

Rs boring pulak ptg ni
x de sape2 ke nak ajak kelua? :P

K lah
selamat menghabiskan hari  Ahad 
Daa..




Thursday, May 9, 2013

Kene kacau

Assalammualaikum

Penat hari ni mengemas brg2 utk pindah office
tp
Alhamdulillah sgt2 sbb brekfes dan lunch ade bos2 belanja..
Semoga semakin dimurahkan rezki..
dan banje kami lg ye bos..
B-)

tp penatnya bdn hanya Allah yg tahu..
x pelahkan at least terbako jugak lomak2 den ni ha.

Start hari sbtu lepas
setelah lama berehat,
aktiviti memanik aktif semula
kalau sebelum ni asyik memanik bj org,
kali ni buat bj sendiri lah pulak kan
hehe
Mangsa nya adalah bj songket sy
ms beli x perasan pulak sesuatu
berkenan terus je nak beli
lepas tu br perasan ada jalur
jd x boleh lah nak letak corak pucuk rebung kat bhgn tgh..
kang jalur2 tu jd melintang
udahlah bdn sy mmg kurang kecil
makin lah nampak kurang kecil.. :P
[corak pucuk rebung tu yg mcm 3 segi selalu ada kat kaki kain songket]

So
sbb nak bg nampak effect tradisional
plan nak jahit manik corak pucuk rebung kat bhgn tgh bj..
barulah klasik gituew!
haha

tp 
kali ni rs tercabar sgt nak jahit manik
asyik dok kne ganggu dgn my little sis
5 kali menaburkan bekas manik..
huhuhu
terpaksa sy lah bongkok2 kutip manik2 kat celah2 tikar
eee mmg  nak kne budak ni.

heppp babab kang!

Asas segi tiga dah siap kat tgn
pilihan warna manik mcm tenggelam skit
tp x pelah
sy cuma nak nampak simple
dan shining2 skit je..

hope preparation B2B yg lain pon bjln lancar
:)
K Good nite
Daa..

Wednesday, May 8, 2013

Buah tgn yg sedap

Assalammualaikum

Hari ni nak perkenalkan satu jenis mknan
.
.
.
.
tadaaa!

pernah mkn ni?

ni buah tgn dr kakak opis yg pergi umrah haritu
sedap tau~
 x tahu ape nama mknan ni..
tp kat ade tulis halawa dan pistachio..
so mungkin boleh panggil manisan pistachio

ni rupa manisan ni

rasanya agak manis
tapi
ada byk pistachio kat dlm tu yg sgt rangup.
nyum nyum!
.
.
Ni ada satu lg mknan nak perkenalkan
Umi bawa balik dr Pakistan

badam bersalut bijan dan susu

actually ade byk lg kekacang yg bawa balik
tp ni je yg sempat snap..
:P

*****
smlm hujan lebat
office kami banjir lg
jd harini sgt penat mengemas office
huhuhu
:(

Tuesday, May 7, 2013

Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi

Assalammualaikum

Walaupun dah 2 hari keluar result PRU13
tp bahang pilihan raya masih ada
sana sini org masih dok soksek psl pilihanraya
cerita blackout, peti undi, bangla
blablabla
x psl2 dgn aku sekali dpt dosa kering je semua

hormati pilihan setiap org
yg penting tahun ni
dah tunaikan tanggungjwb
thats mean dah ada improvement diri sikiiiitttt dr  tahun2 yg lalu.
walaupun berlainan ideologi
TQ pd 'awak'
yg menyedarkan sy utk mengundi thn ni.

Skrg
redhO
percayalah
"Kun Fayakun"
Jadi, maka jadilah ia
menang atau kalah atas kuasa ALLAH
pasti ada sebab dan hikmahnya.

Walaupon byk kemajuan yg dibuat
tp masa depan kita yg hakikinya adalah akhirat
Rasa sedih kalau tergadai bangsa
tp lagi x sanggup kalau tergadai agama.

Agama cuma 1 je...
mne boleh suke suki
nak mix2
mcm korang nak kawen campur.
bangsa Melayu?

kalau ikut wiki
Melayu  merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina.

Tp skrg pon Melayu
dah byk yg campur2 Pakistan, Cina n blabla
Korang boleh mix suke2
Umi Melayu
Abah Jawa
Tok nenek?
Pior ke tu?

Balik psl pilihan raya
alangkah bagus kalau parti Melayu boleh bersatu
takde yg rugi pon.
Saham dunia dpt
saham akhirat pon dpt.
since i'm not a perfect person
terlalu byk dosa
baiknya kalau ade yg boleh membimbing.
tapi agak2 kerajaan skrg nak ke memerintah berlandaskan Islam?
mcm impossible je
bak kata retis terkenal
"industri muzik dan filem akan hancur"
poodachiitt!!!
malunya bila yg mengeluar statement ni adalah org Islam.
sian sungguh mamat ni.

Tak de manusia yg sempurna
Tp x slh kalau nak tukar yg lebih bagus
kalau x nak ambik dr parti org lain
kat parti korang pon byk lg yg berkaliber..
gantikan jelah yg lebih telus dan bersih.

Apalah maknanya membuat transformasi
kalau dlm ms yg sama penuh kontroversi
Baik hangpa tingkatkan prestasi..

Da..



Wednesday, May 1, 2013

Practise dulu baru jd

Assalammualaikum

Rasa semangat sikit nak keje hari ni
sebab smlm dah cuti
hope korang2 pon lebih semangat dan ceria hari ni k

Semalam pagi round2 Jln Tar
cr stok brg kat Semua House dan bangunan sebelah tu
tak tahulah knp stok asyik x ckup
sdgkan haritu dah buat kira2
jadi
sebelum korang pg beli brg
better kire dulu then beli dlm kuantiti yg betul
jd x delah korang dok ulang alik tiap minggu kat situ kan.
huhu

Ni first time nak buat bunga telur
jd bila tetiba nak buat
MMG buruk lahkan
:P

Percubaan pertama

 ngeri~
tp x putus asa :)

Percubaan kedua

oklah dr yg sebelumnya
tp beso sgt

Alhamdulillah
akhirnya percubaan yg ketiga baru jd.

Tak kire dlm apapun
takde org yg terus2 je pandai...
bak kata prof
"semua org mesti pernah lalui proses yg sama"
cuba dulu baru tahu tau
:)
Daaa...