Follower kesayangan

Wednesday, December 17, 2014

Jom ler kite ke Klebang

Assalammualaikum,

Kejap je dah nak ujung tahun kan, cuti2 sekolah ni mesti ramai yang nak mendirikan rumahtangga... Untuk mereka, CC doakan semoga ikatan yang dibina diberkati Allah. Rasa dah lama tak update, jadi hari ni CC cuma nak share story pergi survey kat Klebang, Melaka aritu  =).

Sebenarnya, kawan CC yang patut pergi, tapi pagi nak pergi tu ahli kelurga dia meninggal..  jadi terpaksalah jadi bidan terjun gantikan kawan. Walaupun terpaksa tinggalkan banyak kerja, tapi pucuk dicita ulam mendatang, hehe dapat balik Melaka free. Yippie!

Cerita pasal Klebang, sejak kawen suami selalu je promote coconut shake Pantai Klebang.. telan2 air liur je bila dengar. Nasib tak preknen, kalau tak kesian bayi dalam kandungan. Walaupun tak jauh mana pon, tapi tak de kesempatan lagi nak pergi. Jadi kali ni memang tak nak lepaskan peluang. Coconut shake sini memang popular dan harganya pon murah je RM2. ++ dan rasanya pon boleh tahan tapi terlupa pulak nak snap gambar air.. haha =P

Pada sesiapa yang berminat nak rasa coconut shake Klebang, stall coconut shake tu betul2 tepi jalan, depan rumah banglow, berdekatan dengan stesen minyak Caltex. Tapi kalau nak duduk lepak2, kat sebelah stall tu ada simpang, kedai Coconut shake berada di hujung lorong. Masuk je bawa kereta, sebab dekat situ disediakan kawasan parking yang agak luas untuk pelanggan.
Dari jauh dah nampak banner


Pintu gerbang Klebang Original


 Pandangan dalam kedai..

Sambil minum coconut shake boleh layan kuih muih kat sini sebab terdapat banyak pilihan kuih muih dijual. 

Dah layan coconut shake jom kita makan kepok lekor pulak

Stall Lekor KIng ni betul-betul sebelah stall coconut shake.


 Terdapat pilihan 3 pilihan kropok lekor; Lekor ori (sos cili), Lekor Black pepper, dan Lekor Cheesy.


Lekor Cheese RM3.++... apa macam terliur tak?

Apalagi.. jom le kite ke Klebang =)

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, November 4, 2014

Barang lama

Bapaku pulang dari kota
Bapaku beli kan kereta
Kereta kecil warna hijau
Boleh ku bawa jumpa engkau. ;-)

vroom vrooom!

Nilah hasil tangkapan hp kat pasar karat
singgah masa balik dari breakfast sate kat Muar
Come kan?..
antik wooo
Ada gak tergerak hati nak beli
tapi bila tengok cik abang jeling2
Batalkan la hasrat tu
lagipon tak ada tempat nak simpan..
Verangan jela ada rumah sendiri.. huhu

With love,
Ct cucubi

Thursday, October 16, 2014

5 Tip asas beli mesin basuh

Assalammualaikum

Rase lame x update blog.. standard lah tu.. ade angin hari2 nak update.. ade angin xde mood nak update langsung. Sekarang ni CC tengah survey mesin basuh untuk rumah Umi, dah tahap kene pusing pakai bontot sudu.. nampak benor uzurnya.. Untuk orang macam CC yang tak pernah beli mesin basuh.. memang pening kepala nak pilih yang mana... tapi tengah survey2 mesin basuh, terjumpa tip yang bagus untuk share dengan korang cara untuk memilih mesin basuh. 5 tip asas yang perlu tahu :

1. Jenis mesin basuh.
Macam yang korang semua tahu, mesin basuh ada yang jenis sumbat pakaian ikut atas dan ada yang boleh ikut depan. Nak tahu pro dan cons? korang boleh tengok jadual ni.. =)

Sumber: Lazada

Sebenarnya mesin basuh ni ada 2 jenis, Semi auto atau Fully auto. Kalau jenis semi auto kene masukkan baju dari atas dan akan ada 2 bahagian. Satu  bahagian untuk membasuh / bilas dan yang satu bahagian lagi untuk keringkan baju. Tapi kalau Fully auto ada satu bahagian je, kat situ tempat cuci dan kat situ tempat keringkan juga. Kelebihan semi auto ni lebih murah dan boleh buat 2 keje dalam satu masa; boleh cuci dan kering kan baju serentak. Tapi leceh skit sebab kene alihkan baju secara manual ke bahagian keringkan baju. Lagi satu kalau pakai yg Semi auto ni akan makan space skit dan kene alert kalau tengah tadah air.. Nanti tak pasal2 banjir satu rumah pulak.. huhu...

*nak beli yang Fully auto tapi yang top load aje sebab sesuai dengan budget

2. Saiz mesin basuh
Then, kita kena pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan jumlah pakaian yang nak dicuci supaya boleh menggunakan secara maksima dengan baik.

Sumber : Lazada

*CC pilih yang untuk "large family" ambik yang minimum aje 8 kg. 

3. Spin speed.
Spin speed ni kelajuan bahagian yang nak keringkan baju tu berpusing. Semakin laju berpusing pakaian akan lebih kering tapi kekurangannya pakaian akan jadi lebih renyuk. Dengan kelajuan 1200rpm pon dah ok.

4. Jenis 'drum'.
Kalau nak bagus, pilihlah yang stainless steel drum sebab lebih cekap dan tahan lasak.

5. Brand dan warranty
Yang ni CC tak tahu sangat tapi mungkin boleh rujuk dengan tukang kedai. Oh ye, jangan lupa tengok tempoh waranti sekali tau.

OK, itu je 5 tip asas nak pilih mesin basuh. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dipilih contohnya ada pilihan suhu, aras air, childlock, yang bising dan tak bising dan banyak lagilah. Kalau nak baca lebih  mendalam lagi boleh klik kat sini ye =)

With love,
Ct cucubi



Friday, August 22, 2014

A love story... auwccchhh!

Assalammaualaikum,


sakit woooo~

With love,
Ct cucubi

Monday, August 11, 2014

Simple crumble di pagi raya

Assalammualaikum

Semua orang masih dalam mood raya ke? CC rasa penat giler minggu ni namun syukur sebab majlis pertunangan adik CC berjalan dengan lancar. CC harap semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan Allah. 

simple crumble

Sebenarnya ni first crumble yang CC buat yang puas hati. Sebelum ni puas cari tutorial nak buat crumble memang susah nak jumpa. Jadi dengan terhasilnya simple crumble ni CC cuba buat simple tuto... tapi tutorial ni memang tak detail sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar.. huhu.. Harap simple tutorial ni dapat bantu dan bagi idea pada yang baru2 nak belajar buat crumble. 

 Buatkan satu garis lurus. CC buat garisan 1 inci dari hujung tangan.

 Jahitkan lurus Peral besar bersaiz 8mm berselang dengan manik / kristal kecil

Jahitkan pearl bersaiz 6mm dikiri dan kanan seperti dalam gambar. Warna manik adalah terpulang ikut kretiviti sendiri,

Jahitkan manik kecil corak daun di sebelah kanan dan kiri.

Kalau ada yg senget benget skit tu tak pe, orang tak perasan pon. ahaks! jom kita jangan putus asa dan terus berusha k!

Itu saja.. Daa..

With love,
Ct cucubi

Sunday, August 3, 2014

Selamat hari raya!!!


Selamat Hari Raya semua!
harap belum terlewat untuk menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala terkasar bahasa atau menyinggung perasaan ye..

Tahun ni CC beraya kat rumah mak mertua, kat Melaka. Jumaat malam Sabtu dah bertolak dari Bangi tumpang adik ipar balik Melaka. alhamdulillah.. jln clear. ade sikit je jem tu pon sebab ada accident. Jadi sampai awal jugak kat Melaka. 

Seronok juga dapat rasa suasana hari raya kat tempat lain walaupun macam rasa sesedih jugak tak dapat beraya dengan keluarga sendiri. Perbezaan yang ketara terasa sgt kat rumah mertua ni ialah dorang 3 beradik semua pakat2 buat persediaan raya sama2... masing-masing tahu tugas masing2.. jadi semuanya berjalan lancar je. Macam CC dah cakap, tahun ni mak mertua dah bagi kontrak buat rendang.. tu pon rendang2 nya hampir2 je tak jadi kikiki.. tapi alhamdulillah bolehlah untuk makan2 sendiri~ =P

Raya kedua CC dengan suami balik kat Kampung suami kat Alor Gajah.. Then raya ke tiga shoot ke Pahang tengok Atok dan wan. Kecewa sikit sebab plan nak bawa suami mandi sungai kat belakang rumah terpaksa kansel sebab hujan agak lebat dan air sungai naik dan jadi keroh.. =(

Tahun ni raya CC ada 2 helai baju baru je. Sempat memanik sehelai untuk diri sendiri... Kalau sempat nak buat untuk  umi dan MIL pulak sebelum raya haji, insyaAllah... =)   

  Projek malam raya. Masa gambar ni di snap tak siap sepenuhnya lagi. 

Selamat hari raya semua!

With love,
Ct cucubi


Tuesday, July 15, 2014

Projek raya jimat kedekut


Apa khabar semua? Confirm semua org tengah sebok dengan persiapan raya.. Sure dah berbalang2 biskut raya korang buatkan beli.. Semalam CC baru je siapkan kuih semperit.. alhamdulillah jadi juga biskut kali ni.. =P K, psl biskut kite cerita lain kali.. hari ni nak share psl project raya jimat kdekut ngeee. Bila tengok org buat persiapan raya, CC pon x nak ketinggalan jugak.. tapi org lain hias ruang tamu, CC pulak ngerjakan ruang dapur rumah mak... =P

tolong abaikan sepah2 tu ye.. =P

actually kat dapur rumah ni, kitaorg ada tambah skit kat belakang tu, tapi buat separuh je simen, separuh lagi grill je.. untuk tak nak bagi masuk hujan, adik CC ikatkan banner kat situ... tapi bila dah bertahun banner pon dah jadi buruk... kebetulan tengah kemas2 jumpa cadar masa sekolah asrama dulu... lama kot simpan berbelas tahun.. nak buang sayang tapi tak pakai2 pon.. jadi dengan mesin jahit yang beli kat lazada aritu, jom buat projek melangsir!

 tadaa!!!

Jahit lurus je adik2.. pastu masok tali. Kalau korang mesti tak sanggup nak guna cadar jadi langsir kan? lagi2 cadar asrama! kikiki.. tapi tak pe, korang boleh beli kain kat kedai.. sekarang pon tengah sale giler2 nak raya ni.. K, selamat membuat persiapan raya semua.. sambil2 tu jgn lupe sedekahkan doa untuk saudara2 di GAZA ye...

With love, 
Ct cucubi