Follower kesayangan

Thursday, June 28, 2012

Sale!

Korang pon sume tahu kan..
sekrg ni trend org pakai kain cotton
So sape2 berminat nak beli 100% English cotton. 
Boleh beli kat Kain ela Dot Com
sebab
tengah 
ada
SALE!!!
Dah surveY kat banyak blog dan web
kebanyakkannya jual dlm range RM75-85
Jadi grab d opportunity!
uopss jgn lupe cek dompet dulu..
=P

Pernah beli kat sni
So far pueh hati den.. =)


It's mine =)
source: Kain Ela Dot Com

Zaman Gumuk sekrg dah kurus sikit =P

Selamat bershopping! 

Tuesday, June 26, 2012

Trip to Taman Negara Jerantut

Dah nk dekat 2 bulan x update blog... 
ni bukan lagi bersarang labah2.. 
pak mak ular semua dah buat sarang.. 
Sehingga suatu hari seseorg telah mengomen kat blog saya.. 
Just a simple tapi membuatkan sy terfikir.. 
oO ade lagi yg mbaca blog ni walaupun lama giler kot x update.. pastu tetiba mcm dpt semangat baru.. 
TQ to Hasrina.. 
Anda membuatkan hidup saya lebih bermakna..muahaha 

 Dunia kerja dan student mmg buat hidup mcm kelam kabut sikit.. 
no no no.. bukan x pandai agih masa


26-28 hb May..
Sempat juga mencuri masa untuk trip ke Taman Negara Jerantut.

Pagi Sabtu 26hb kami berkumpul di ruang legar Grand Season Hotel.
Dalam pkl 9 bas sewa mula bertolak ke destinasi....
Alhamdulillah petang tu kami selamat tiba...
Setelah mdgr talimat terus menikmati minum ptg.... alhamdulillah..


Teresek View Motel tempat kami tinggal untuk 3 hari 2 malam.

Best dok sini sebab motel tu menyediakan makanan yg sedap2..
Menu malam pertama tu sy cuma ingat ada ayam masak merah yg sgt sedap..
dan hidangan pon mantop2..

Kat Teresek View Motel ni korang boleh pilih nak bilik ekon atau kipas...
Kebetulan dpt bilik yang share ber3
tapi spoil sbb dpt katil tingkat atas..
sebab kipas dinding tu langsung x bertiup ke arah ku
memang panas giler lebih2 lagi bilik tu mmg x de tingkap atau ruang saluran udara.
Huhuhu...
2 male tersekso kawe wehhhh!!!

Aktiviti pertama kat sana is Night jungle trekking
Mula-mula kami di dipertontonkan video mengenai Taman Negara
Lepas tu barulah start aktiviti menjejak haiwan di malam hari.
menyeronokkan tapi
kebetulan time tu ujung minggu + cuti sekolah..
hutan pon dah mcm pasar malam..
terang dgn lampu suluh tourist2
Nothing scary
kiteorg terserempak dengan 2 ekor tapir dkt tempat berasingan
sempat juga bebudak ni bergambar dengan 'dorang'
dan dapat tgk rusa yg berkeliaran kat situ..
syok!!

The jungle trekking mmg best..
dan mcm coOL utk org2 yang x masuk utan mcm saya..

Pagi Ahad tu hujan renyai..
so time jungle trekking tu lecak2 sikit
kebetulan trek jalan tu ada bhgn yg x siap lg..
Rasa coOL bila dpt lalu lecak2 dan becak2..
pacat? lege sebab x de seekor pon brani dtg dekat..
tak sia2 tawaf d mall gara2 nak cari stokin yg x tembus pacat...
hihiii

Lepas jungle trekking kiteorg pg canopy walk
Mula2 time tunggu turn kat tmpat mnunggu bwh canopy walk tu
mmg salute giler ah tgk ayah2 mak2 yg bawa anak2 dorang yg msh cinonit2 (kecik)
naik canopy walk.
tp bila dah sampai turn kiteorg baru tahu.. x de lah seram sgt pon canopy walk tu..
ihik..

Dr 500 m pjalanan cuma separuh je yg kitaorg lalu
sebab separuh lagi ditutup atas sbb renovation
Jalan pon lurus je dari satu pokok ke satu pokok..
x berapa adventure sgt.. tapi so far oklah kalau nak menikmati udara segar hutan.
[lgpon dorang boleh guna short cut x payah ikut trek jalan kaki
Guna bot lebih senang untuk yg bawa kanak2.]

Time balik tu bebudak ni dah x larat nak lalu jalan becak2 yang sy rs coOL tu..
kitaorg decide naik boat je balik guna short cut..
so hampeh mereka2 ini..
tp ngenangkan yg ikut2 tu pon ada yg umo makcik2 dan boleh jadi nenek..
maafkan mereka.. [lagu Jamal Abdillah bkumandang]

Petang tu xtiviti paling BEST
kiteorg ada boat shooting..
naik bot menyelusuri sungai tembeling tu ke kawasan perumahan orang asli.
sgtla AWSEM U!
akiviti ni mmg lenjun dan lencun
Semua bot2 yang lalu gerenti akan membasahkan korang dgn air..
seronok.. mungkin dorang mmg berpakat2 kot sekampung buat mcm tu
nak bg tourist rasa fun2 gitu..

Then kami singgah ke Perkampungan Orang Asli Kaum Bateq
Untuk pengetahuan korang satu kampung org asli ni, penduduknya dlm 15-20 orang  je
Masa kami sampai tu punyalah ramai tourist yg dtg melawat.
sampai dah x mcm kampung org asli dah!


Korang rs apa agaknya dalam pemikiran org2 asli ni bila kita dok berduyun dtg tgk tempat dia?
Sampai pakaian dia, rumah die, sumpit die semunya kite nak try dan ambik gambar?
" eeee u ols ni sooooo bandar!

Bagi kaum Bateq, org lelaki hanya boleh berkawen kalau dah pandai berburu..
tp org perempuan pulak kalau dah pandai buat atap rumah baru layak kawen..
jadi sesiapa yg berminat untuk dok kat area yg amna damai mcm ni
dan mengamalkan cara hidup simple boleh lah belajar2 buat atap k.. hikhik

On d way balik, kami sempat bermandi manda kat tepi sungai tu..
syok giler walaupun seram2
Bila tgk warna sungai yg mcm teh susu...
terbayang mcm2.. eeeee
well.. who knows what inside..?? huhu




Pedulikan tudung yg senget benget..
because natural is beauty.. B-)

Kalau korang nak tahu, sungai ni sgt deras tau.. dan dalaaaaaaammmmm
sampai rs terambung2 je naik.
tapi jgn risau sebab safety jaket disediakan utk setiap org.

Keseluruhannya BEST..
Dengan RM300
cover transport dr KL - Taman Negara Jerantut- KL
makanan yg sedap2 cover sepenuh nya
(barbeque + Masak Tempoyak Ikan Patin? TERBAEK)
bekalan air mineral & revive diberikan setiap org
Tempat tinggal yang dekat dengan jeti  + kedai runcit
Video presentation + Night trekking
Jungle Trekking
Canopy Walk
Boat shooting
Lawatan ke perkampungan orang asli kaum Bateq
Minum2 kat kedai mkn terapung
kedai souvenior
free towel kecik kaler pink
menghidu udara segar
+
menenangkan fikiran

Dgn  baki dari $ collection,
kami sempat menyinggah kat Pusat Konservasi gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh, Pahang.
Disebabkan kami ni staf goment dan kakak yg incharge rombongan tu ade 'kontek' kat situ..
Alhamdulillah kami dpt 10 tiket FREE rides elephant
yippie!!!
Suke sebab saya dpt salah satu dr tiket tu..

Untuk maklumat sape2 yg berminat nak dtg sini, tiket masuk adalah free..
cuma untuk naik gajah dan mandikan gajah dikenekan bayaran hanya RM10 sahaja...
Kalau pakai kain tu x yah jelah naik.. kang terselak2 sape yg susah..
kat sini x de kerusi disediakan kat belakang gajah mcm cerita omputih dlm tv..
So korang mmg duduk betul2 atas gajah yg perkasa tu...
kalau korang nak tahu gajah tu x rata.. mcm blkg unta tp x de bonggol..
jadi nanti supaya x jatuh,
korang mmg akan disuruh berpaut pada pengembala gajah..
Alah yg mcm Tarzan and Jane tu B-)
lucky me dpt Tarzan hencem
Emm.. ekceli not good... not good...
maybe next time kene buat kerusi atas gajah
barulah Gajah + agama pon terkonservasi kan..
sejak bila plak jd ustajah ni

Bila2 ada masa free + budget korang pergila bercuti ke sini..
Tapi kalau pergi memerap je dlm motel baik x yah
Pastikan menggunakan peluang sebaik mungkin kat sana k..

K, sekian cerita panjang sy hari ini.. daaa
:)