Selamat Hari Raya semua!
harap belum terlewat untuk menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala terkasar bahasa atau menyinggung perasaan ye..
Tahun ni CC beraya kat rumah mak mertua, kat Melaka. Jumaat malam Sabtu dah bertolak dari Bangi tumpang adik ipar balik Melaka. alhamdulillah.. jln clear. ade sikit je jem tu pon sebab ada accident. Jadi sampai awal jugak kat Melaka.
Seronok juga dapat rasa suasana hari raya kat tempat lain walaupun macam rasa sesedih jugak tak dapat beraya dengan keluarga sendiri. Perbezaan yang ketara terasa sgt kat rumah mertua ni ialah dorang 3 beradik semua pakat2 buat persediaan raya sama2... masing-masing tahu tugas masing2.. jadi semuanya berjalan lancar je. Macam CC dah cakap, tahun ni mak mertua dah bagi kontrak buat rendang.. tu pon rendang2 nya hampir2 je tak jadi kikiki.. tapi alhamdulillah bolehlah untuk makan2 sendiri~ =P
Raya kedua CC dengan suami balik kat Kampung suami kat Alor Gajah.. Then raya ke tiga shoot ke Pahang tengok Atok dan wan. Kecewa sikit sebab plan nak bawa suami mandi sungai kat belakang rumah terpaksa kansel sebab hujan agak lebat dan air sungai naik dan jadi keroh.. =(
Tahun ni raya CC ada 2 helai baju baru je. Sempat memanik sehelai untuk diri sendiri... Kalau sempat nak buat untuk umi dan MIL pulak sebelum raya haji, insyaAllah... =)
Projek malam raya. Masa gambar ni di snap tak siap sepenuhnya lagi.
Selamat hari raya semua!
With love,
Ct cucubi