Ade sesapa ingat entry ni?
Jadi hari ni nak citer details skit psl penanda buku yang bagi masa majlis hari tu..
Penanda buku ni order kat QH Creative Enterprise..
Small company yang baru berjinak2..
TQ pd Saiful, tuan empunya company sbb nak melayan pelanggan yg cereweettt ni.. ngee
Kriteria yang mmg request :
nak besar ikut size business card je. 4 segi.. strategy x nak ade added kos kalau buat berbentuk2..
nak pelbagai guna.. jd timbul idea penanda buku / kalendar / TQ tag / hiasan beg
design bookmark ni sy yg design.. hasil dari gabungan tulisan kufi yg copet dari draft kad kawen
dan corak belang2 tu ambil dr google... ;-P
pandangan depan dan belakang
bookmark ni memang request buat lubang kecil kat atas tu khusus utk masuk riben..
tp riben tu beli asing.
kalendar kat belakang tu memang saje buat untuk 4 bulan baki lepas wedding je..
Sept, Okt, Nov dan Dis 2013
Saje je .. sebab nak bagi tulisan kat kalendar nampak besar skit...
Design simple..
letak 'Terima kasih'
dan letak doa kat bahagian belakang..
Tak brani nak letak doa yg complicated sgt.. kite x tahu ape org nak buat dgn gift yang mereka terima.
bagi yang hargai akan gunakan atau simpan
bagi yg rasa x perlu mungkin akan buang sepah2
so dari nama ALLAH dibuang merata baik letakkan doa yg simple2 aje..
bagi yang hargai akan gunakan atau simpan
bagi yg rasa x perlu mungkin akan buang sepah2
so dari nama ALLAH dibuang merata baik letakkan doa yg simple2 aje..
"Semoga berbahagia hingga ke syurga".. ok gak kn?
Tadaaa...
Kos bookmark / kalendar / TQ tag / hiasan :
RM12 / 100 keping
bersamaan
RM0.12 / keping
TQ to En Saiful sbb sponsor laminate...
:)