Follower kesayangan

Thursday, April 17, 2014

Hilang tanda expired =(


Morning dear all,

Hari ni curi2 masa skit update blog..
dapat idea bila nak makan ubat dan ternampak sesuatu yang boleh sharekan korang.

Selalunya CC memang sentiasa ada simpanan ubat sama ada kat office atau kat rumah
panadol / pain killer / menstrual / blablabla..
 Ubat2 ni bukanya nak makan setiap hari..
kadang2 sebulan sekali je
tapi mesti pasti kan ada stok utk masa2 kecemasan.
BIla ubat makan sikit2 mesti lah ada lubang2 kosong kat bahagian yang dah guna tu kan...
masalahnya, CC allergic giler tgk lubang2 tu.. huhuhu



Untuk mengurangkjan rasa allergic tu, jadi tangan ni terlebih rajin gunting.. 
jadilah mcm ni.. 


tapi timbul masalah lain next time nak makan dah x nampak tarikh expired sebab dah kene potong..
huhhu

setelah terjadi beberapa kali dapat idea mcm mana nak setelkan problem ni..
tadaaaa:

Tandakan tarikh expired pada setiap belakang kapsul / tablet

So lepas ni dah x de masalah lagi nak makan ubat. =)
Ingat ye kawan2, tarikh expired ni sgt penting.. takut2 kite termakan ubat yang dah expired
elok2 jd ubat kang jd penyakit pulak. 
K, selamat mencuba! Daa..

With love
Ct cucubi

Tuesday, April 15, 2014

Rindu


uops jgn terkejut...tetibe tetengah malam mengupdate blog.. =p saje nak lepas rindu. kite x pencen berblog lagi.. kite rindu sgt nak blog walking.. tp memang superb bz..


http://eemoticons.net

jangan lupe kat kite tau.. NO.. No.. no~

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, April 1, 2014

Bz + Cari kerja + Matta fair + Car boot sale



Bz
Hmm.. bz nya lately... dah lama x berblog walking. Rindu nak baca cerita terbaru Lieya n hajar, pe cer Weena kali ni? Paling penting x terlepas update terbaru kina dan syaz. Arghh jelesnya dengan mereka... blogger lain ade yang dah tak berapa update blog, nini, bila nak update blog? Pagi ni sempat curi2 masa sebelum nak buat data entry. Syukur sgt2 sebab tinggal lagi 4 orang bidan je nak cari lagi.. pastu bolehlah plan nak bercuti mana-mana.. kalau x, hujung minggu mmg x de can nak bercuti.. 

Cari kerja
Skrg suami tgk bz cari keje sana sini... Gigih nak cari keje tetap. Susah skit bila suami istri dua2 kerja kontrak.. huhuhu.. ekonomi keluarga agak kurang stabil.. dan gaji pon tak naik2 sejak 7 thn lepas..sob..sob.. suami lulusan marketing... So sape-sape yg tahu ada lubang2 kosong tu bg tahu kiter ye. ;-)

Matta Fair
Citer pasal pergi Matta Fair haritu, terbeli satu pakej percutian.. Suprise untuk suami. Dekat je sebab budget ciput.. dan husben pon memang susah nak dapat cuti. Jadi kita cuti-cuti Malaysia aje walaupun hati meronta2 nak pergi oversea.. tapi x pe, ade rezki kite pergi umrah ye suami... 

Car boot sale
Aritu sempat jugak mendaftar kan diri untuk join car boot sale kat Bandar Seri Putra. Kitaorang adik beradik sebok mengumpul segala barang-barang nak jual. Bila dah kumpul-kumpul baru tahu ada banyak giler brg yang dah x pakai. Patut pon rumah mcm penuh sangat. hehehe.. Sayangnya minggu berniaga tu turn balik Melaka. Adik2 je yang tolong jual. Takdelah dapat banyak sgt.. tapi dari dibuang begitu saja oklah kan.. dapat juga duit sikit selain dari dapat mengurang 'kesesakan' dalam rumah.. sambil menderma.. ngeee... 


Mari mari mari beli barang kami~




Actually Car Boot Sale kat sini dibuka untuk mengutip derma untuk membina surau dan aktiviti sekolah dekat sini. Aktiviti macam ni, bukan saja membantu untuk sekolah membuat aktiviti-aktiviti untuk pelajar tapi sebenarnya membina satu ikatan antara penduduk kat situ.. err setuju ke? Jadi siapa yang berminat boleh mendaftar kat Goodscycle. Bayaran cuma RM7/ keluasan 1 petak parking kereta. kat website ni, korang juga boleh pilih tarikh dan lokasi yang korang berminat..   

Antara lokasi pilihan :

  1. Akademi Percukaian Bangi,
  2. Bandar Saujana Putra
  3. Bukit Mahkota
  4. Bandar seri Putra
  5. Rawang

Next time nak join lagi.. Plan nak jual veil dan kasut nikah, dua-dua baru sekali je pakai masa kawen haritu. Sayang sebab kenangan kawen, tapi dari tersimpan aje, baik let go je kan. Nak bagi adik2 pon xde sape yang muat dan nak kawen lagi.. huhuhu Cuma selalunya kat tempat-tempat mcm ni orang jual barang murah-murah aje.  tapi veil tu beli kat Aalia agak mahal jugak.. huhuhuhu.. Agak-agak ade ke orang nak beli brg kawen kat car boot sale ye? ..

K, lah nak share tu je. sape2 yang berminat nak nak join car boot sale. mehlah join.. :)