Follower kesayangan

Wednesday, June 25, 2014

Projek bola FIFA


Tahniah JDT menang untuk Liga Super, Apapon CC tetap penyokong tok gajah
Sempena bola FIFA 2014, CC ada project khas.. ngeee

ha cer teka cer teka.. =)


Tengok bola sambil layan kerepek kentang pedas...memang tervaek~

Sambal kerepek kentang ni best tau.. sebab tahan lama dan boleh juga dimakan sebagai snek atau dengan nasi atau bubur! Bagi yang nak cepat tapi sedap.. sesuai sangat~

Sape2 berminat boleh order kat saya ye..
150gram: RM5
Wassapp : 01133002062 

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, June 24, 2014

Tangkapan kucing di Floria 2015



Ok, post kali ni cuma nak share tangkapan2 masa floria haritu.. Kalau sesiapa ingat, aritu CC ada bagi tahu pasal Pameran kucing kat Floria Putrajaya (14 - 22 Jun). Kitaorang pergi hari Sabtu lepas pergi kenduri kawan. Best giler... tapi tahun ni untuk masok kene bayar RM3 dulu2 free ulss. So inilah tangkapan-tangkapan kucing saya, tak banyak sebab bateri dah K.O.

 Meauuw 1

 Meaauww 2


 Meauww 3

 Meauuw 4

Comel kan? geram betul tengok kucing2 ni.. Hari yang CC pergi ni kebetulan ada orang jual anak kucing kat pintu keluar tu,, comel GILER. RM800/ sekoq Tapi x de duit nak beli.. huhuhu... tapi CC sangat tak puas hati dengan tempat pameran kucing. Sangat sempit dan berlaga punggung... Harap pihak penganjur dapat improve lagi pada tahun depan ye..

k, nak tukar topik sikit, semalam pergi SOGO. Kebetulan ada promotion Harpic. Diorang buka meja kat jejantas atas dekat LRT ke SOGO tu. Murah giler, dapat semua di bawah dengan harga RM10. memang nak beli, sebab yang lama dah habis. Toilet bowl kat rumah sewa tu dah kotor dengan karat air.. tonyoh2 tak mau jugak bersih. sedih sy tengok kamu wahai toilet bowl~

2 harpic power plus, 2 parfume bilik, 1 sabun detol dan tisu =RM10

Murah tak? tak pasti ada lagi tak promotion ni hari ni.. kalau ada lagi boleh lah korang pi beli.. B-)
Malam tadi dah test dah harpic tu.. sembur2 kat dlm lubang jamban tu.. biarkan sekejap.. Pastu sedar2 habis tanggal segala karat air degil yang melekat. YES!!!

ok, itu je cerita hari ini...da~

With love,
Ct Cucubi

Monday, June 16, 2014

Dah lama tak beading dan cerita donut & karipap.


Rasa macam dah lama sangat tak update apa2 pasal beading2 dan buat kraft. Satu peel CC yg buruk ialah salu buat bermusim.. bila time datang angin rajin tu kus semangat mak mertua lalu pon tak prasan khusyuk sangat.. bila time malas.. ya ampun.. memang gertak macam mana pon tak jalan.. 

Tetiba minggu lepas pada hari yang sama 3 org bertanya ambil tempahan manik lagi ke tak.. actually CC x pandai sangat pon beading ni.. experimen sendiri je.. last menjahit manik sejak projek baju nikah dekat 10bulan lalu sampai mana pergi kotak manik pon dah tak ingat, apapun sempat jugak rembat 1 buku jahitan manik crumble kononnya untuk projek baju raya nanti.. harap2 terjahit lah yek.. huhuhu

Cerita pasal donut dan karipap.. tak tahan tengok mainan budak2 sekarang come sgt.. bila tengok rege..hmm 2-3 kali tekan calculator henpon.. =P So untuk baby sis.. sori dah beli baju raya dah tak mampu nak belikan menan. Jadi nah donut dan karipap dari FELT.. 

Karipap 3 singgit sebab tu kurus semacam.. 



Donut yang dah jadi keychain.. =P

*****
Sebelum terlupa , sape2 yang singgah TBSBTS tu mai lah beli Sambal Goreng Kentang CC, boleh dapati kat kedai Hop In kat tingkat atas tak jauh dari The Baker's cottage
Rasakan kepedasan yang sebenar ;-)

With love,
Ct cucubi

Monday, June 9, 2014

2nd Giveaway Saya Nak: stripped Skirt


Memang dah lama giler tak join GA
hari ni masa menerjah blog kasutkaca
jumpa GA yang

http://eemoticons.net

rasa TERUJA sangat nak join sebab sekarang ni memang tengah nak buat koleksi skirt
sebab semua seluo dah tak muat gara2 penambahan lemak dengan jayanya =P


SAYA NAK STRIPPED SKIRT.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA.



Harap2 ada rezki, boleh lah melawa dengan skirt baru. Sesuai sangat untuk orang yang nak nampak tinggi dan kurus, Aamin.. ;-)

With hope, 

Ct cucubi

Sunday, June 8, 2014

Tahniah Tok Gajah!


Rasanya tak ada lah terlambat sangat nak ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak Pahang sebab jadi juara piala tahun ni :-)

Dalam kekalutan nak siapkan kerja nak tunjuk prof, sempat sambil2 layan bola.. =P

Hogoh tok gajah hogoh! 

With love,
Ct cucubi

Tuesday, June 3, 2014

Kekberi



K Salam Rabu semua, hari ni baru berkesempatan nak update blog. Bz skit bulan ni dgn keroje dan juga master.

Baru2 ni heboh pasal Kekberi yang ada oink oink. Sape peminat cokelet ni sila angkat tangan. mesti korang rasa terkilan sangat kan?.. Tup2 bila dihantar untuk ujian disahkan, tak ada pulak DNA  si bulat pink. lega~ Ape kes sebenarnya? dengar2 sebab ada alatan makmal yang tercemar .. betul ke? So yang mana satu betul KKM vs JAKIM?

Ada orang sok sek suruh samak mulut la itulah inilah. Pelik betul manusia ni suka sangat menyusahkan diri sendiri sedangkan Islam itu memudahkan.


Cumanya kita sekarang macam terlalu mengambil mudah dengan halal dan haram.. huhuhu.. Kalau pergi kedai cokelet tu kadang2 kite sesuka suki je beli walaupun TAK ADA tak ada halal.. termasuk saya juga.. huhu. tapi bila terjadi kes yang mcm ni, selain dari pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan, kita pon kena lebih berwaspada. kekadang kat restoran2 yang tak de tanda halal berduyun2 orang Melayu menjamu makan. Yang itu ok lagi.. restoran yang jelas2 jual minuman keras pon ramai jugak yang menjamu selera. bukan nak jadi racims.. cuma pilihlah yang meyakinkan.  sesuatu yang masuk ke dalam tubuh badan kita x kesahlah makanan ke minuman ke rokok ke.. (huhu) akan diproses menjadi darah daging kite.. bak kata ustaz don, nanti nak tembak jadi baby..nanti kalau keturunan kita susah untuk dibentuk jangan menunding jari.. huhu

Walaupon secara logiknya hanya cokelat, hanya biskut, hanya eskrem, to be safe rasanya better kita pilih yang bertanda halal atau kadang2 yang dari oversea ada tanda 'V' atau 'vegetarian'. tapi memang agak mengelirukan nak pilih tanda tanda halal yang betul sebab ada banyak jenis tanda halal. Jangan pulak nak melatah bila tengok tanda halal pelik skit.. sebab kat seluruh dunia ni ada mcm2 bentuk tanda halal yang dikeluarkan oleh negara masing2. Kat Malaysia pon ada beberapa jenis tanda halal. Logo2  ni boleh cek kat website JAKIM. atau kalau nak senang register terus kat halal directory jadi bila2 pergi kedai boleh cek on d spot. Tapi kalau semua checklist dah ok tapi jadi kes mcm kekberi atau logo tiruan.. tu memang di luar kawalan.

Kadang2 heran kenapa brand makanan2 yang femes2 tu tak nak ambil sijil halal sedangkan mereka mampu dan sijil tu juga pelaburan jangka masa panjang. Mesti lagi orang yang nak datang makan kan? Harap2 pengusha jual makanan dan kedai makan yang memang makanan yg dihidang memang halal dari semua aspek ada usha untuk mendapat sijil halal.

Was2 itu adalah penyakit tapi jangan pulak yakin sesedap rasa je. Kene berwaspada!. Jangan sebab ada tanda 'pork free' dah confident buta2. Jangan tengok ada orang melayu makan terus nak 'on'. Kene tengok juga keadaan / persekitaran, sebab ada sesetengah masakan yang diaorang ditambah alkohol. kalau was2 BETTER tinggalkan.

Kalau kita tak yakin tapi orang lain confident dan kita ada bukti yang benar2 sahih yang buat tak yakin tu elok kita berkongsi dengan orang lain.. tapi jangan main share je.. sebab ada juga isu2 yang hanya dipropagandakan oleh orang2 yg tak bertanggungjawab. kalau tak ada bukti yang kukuh tetapi orang lain tak yakin tapi kite confiden, jangan pulak kutuk2 orang tu cepat melatah lah, kampung, konservatif, fikiran tertutup, )(*&^%$$(&;* blablabla... just respect pilihan mereka. Sekarang ni tahan dulula  ye kawan2 makan kekberi.  Makan lah yang lain dulu, banyak lagi yang brand lain kan.. Nanti bila isu dah setel kita tengok macam mana . hehehe..

Aishh panjang pulak cerita kekberi hari ni.  =P maaf andai pendapat kita tak sama. ni cuma pendapat peribadi bukan nak mengata orang lain tapi juga untuk mengingati diri sendiri..

With love
Ct cucubi