Follower kesayangan

Tuesday, June 3, 2014

Kekberi



K Salam Rabu semua, hari ni baru berkesempatan nak update blog. Bz skit bulan ni dgn keroje dan juga master.

Baru2 ni heboh pasal Kekberi yang ada oink oink. Sape peminat cokelet ni sila angkat tangan. mesti korang rasa terkilan sangat kan?.. Tup2 bila dihantar untuk ujian disahkan, tak ada pulak DNA  si bulat pink. lega~ Ape kes sebenarnya? dengar2 sebab ada alatan makmal yang tercemar .. betul ke? So yang mana satu betul KKM vs JAKIM?

Ada orang sok sek suruh samak mulut la itulah inilah. Pelik betul manusia ni suka sangat menyusahkan diri sendiri sedangkan Islam itu memudahkan.


Cumanya kita sekarang macam terlalu mengambil mudah dengan halal dan haram.. huhuhu.. Kalau pergi kedai cokelet tu kadang2 kite sesuka suki je beli walaupun TAK ADA tak ada halal.. termasuk saya juga.. huhu. tapi bila terjadi kes yang mcm ni, selain dari pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan, kita pon kena lebih berwaspada. kekadang kat restoran2 yang tak de tanda halal berduyun2 orang Melayu menjamu makan. Yang itu ok lagi.. restoran yang jelas2 jual minuman keras pon ramai jugak yang menjamu selera. bukan nak jadi racims.. cuma pilihlah yang meyakinkan.  sesuatu yang masuk ke dalam tubuh badan kita x kesahlah makanan ke minuman ke rokok ke.. (huhu) akan diproses menjadi darah daging kite.. bak kata ustaz don, nanti nak tembak jadi baby..nanti kalau keturunan kita susah untuk dibentuk jangan menunding jari.. huhu

Walaupon secara logiknya hanya cokelat, hanya biskut, hanya eskrem, to be safe rasanya better kita pilih yang bertanda halal atau kadang2 yang dari oversea ada tanda 'V' atau 'vegetarian'. tapi memang agak mengelirukan nak pilih tanda tanda halal yang betul sebab ada banyak jenis tanda halal. Jangan pulak nak melatah bila tengok tanda halal pelik skit.. sebab kat seluruh dunia ni ada mcm2 bentuk tanda halal yang dikeluarkan oleh negara masing2. Kat Malaysia pon ada beberapa jenis tanda halal. Logo2  ni boleh cek kat website JAKIM. atau kalau nak senang register terus kat halal directory jadi bila2 pergi kedai boleh cek on d spot. Tapi kalau semua checklist dah ok tapi jadi kes mcm kekberi atau logo tiruan.. tu memang di luar kawalan.

Kadang2 heran kenapa brand makanan2 yang femes2 tu tak nak ambil sijil halal sedangkan mereka mampu dan sijil tu juga pelaburan jangka masa panjang. Mesti lagi orang yang nak datang makan kan? Harap2 pengusha jual makanan dan kedai makan yang memang makanan yg dihidang memang halal dari semua aspek ada usha untuk mendapat sijil halal.

Was2 itu adalah penyakit tapi jangan pulak yakin sesedap rasa je. Kene berwaspada!. Jangan sebab ada tanda 'pork free' dah confident buta2. Jangan tengok ada orang melayu makan terus nak 'on'. Kene tengok juga keadaan / persekitaran, sebab ada sesetengah masakan yang diaorang ditambah alkohol. kalau was2 BETTER tinggalkan.

Kalau kita tak yakin tapi orang lain confident dan kita ada bukti yang benar2 sahih yang buat tak yakin tu elok kita berkongsi dengan orang lain.. tapi jangan main share je.. sebab ada juga isu2 yang hanya dipropagandakan oleh orang2 yg tak bertanggungjawab. kalau tak ada bukti yang kukuh tetapi orang lain tak yakin tapi kite confiden, jangan pulak kutuk2 orang tu cepat melatah lah, kampung, konservatif, fikiran tertutup, )(*&^%$$(&;* blablabla... just respect pilihan mereka. Sekarang ni tahan dulula  ye kawan2 makan kekberi.  Makan lah yang lain dulu, banyak lagi yang brand lain kan.. Nanti bila isu dah setel kita tengok macam mana . hehehe..

Aishh panjang pulak cerita kekberi hari ni.  =P maaf andai pendapat kita tak sama. ni cuma pendapat peribadi bukan nak mengata orang lain tapi juga untuk mengingati diri sendiri..

With love
Ct cucubi

2 comments:

  1. mmg trending betul isu bab1 cadbury ni kan .... kite umat islam rase tertipu jek...dah bertahun kot cekik cekelat tu...tetibe kuar isu nieh....aduhhhh...hope sebab sabotaj lah.....skran dah keluar isu halal plak.... mmg was2 laa nak makan dah...better tak makan la kot.... tak mati pun tak makan cadburry kan ct...

    ReplyDelete
  2. setuju sgt.. =) bertahun mencekik.. hrp2 yang makan sebelum2 ni bersih dan suci. huhu

    ReplyDelete