Follower kesayangan

Thursday, October 16, 2014

5 Tip asas beli mesin basuh

Assalammualaikum

Rase lame x update blog.. standard lah tu.. ade angin hari2 nak update.. ade angin xde mood nak update langsung. Sekarang ni CC tengah survey mesin basuh untuk rumah Umi, dah tahap kene pusing pakai bontot sudu.. nampak benor uzurnya.. Untuk orang macam CC yang tak pernah beli mesin basuh.. memang pening kepala nak pilih yang mana... tapi tengah survey2 mesin basuh, terjumpa tip yang bagus untuk share dengan korang cara untuk memilih mesin basuh. 5 tip asas yang perlu tahu :

1. Jenis mesin basuh.
Macam yang korang semua tahu, mesin basuh ada yang jenis sumbat pakaian ikut atas dan ada yang boleh ikut depan. Nak tahu pro dan cons? korang boleh tengok jadual ni.. =)

Sumber: Lazada

Sebenarnya mesin basuh ni ada 2 jenis, Semi auto atau Fully auto. Kalau jenis semi auto kene masukkan baju dari atas dan akan ada 2 bahagian. Satu  bahagian untuk membasuh / bilas dan yang satu bahagian lagi untuk keringkan baju. Tapi kalau Fully auto ada satu bahagian je, kat situ tempat cuci dan kat situ tempat keringkan juga. Kelebihan semi auto ni lebih murah dan boleh buat 2 keje dalam satu masa; boleh cuci dan kering kan baju serentak. Tapi leceh skit sebab kene alihkan baju secara manual ke bahagian keringkan baju. Lagi satu kalau pakai yg Semi auto ni akan makan space skit dan kene alert kalau tengah tadah air.. Nanti tak pasal2 banjir satu rumah pulak.. huhu...

*nak beli yang Fully auto tapi yang top load aje sebab sesuai dengan budget

2. Saiz mesin basuh
Then, kita kena pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan jumlah pakaian yang nak dicuci supaya boleh menggunakan secara maksima dengan baik.

Sumber : Lazada

*CC pilih yang untuk "large family" ambik yang minimum aje 8 kg. 

3. Spin speed.
Spin speed ni kelajuan bahagian yang nak keringkan baju tu berpusing. Semakin laju berpusing pakaian akan lebih kering tapi kekurangannya pakaian akan jadi lebih renyuk. Dengan kelajuan 1200rpm pon dah ok.

4. Jenis 'drum'.
Kalau nak bagus, pilihlah yang stainless steel drum sebab lebih cekap dan tahan lasak.

5. Brand dan warranty
Yang ni CC tak tahu sangat tapi mungkin boleh rujuk dengan tukang kedai. Oh ye, jangan lupa tengok tempoh waranti sekali tau.

OK, itu je 5 tip asas nak pilih mesin basuh. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dipilih contohnya ada pilihan suhu, aras air, childlock, yang bising dan tak bising dan banyak lagilah. Kalau nak baca lebih  mendalam lagi boleh klik kat sini ye =)

With love,
Ct cucubi



5 comments:

  1. hantor ajer ke kedai dobi. abis cerita. takyah pening kepala hahahah ampuuuunnnn

    ReplyDelete
  2. wow..best la tips ni kak kerol..teringin nak yg front load tu..mcm stylo tp maintenance & budget tu la mcm xlepas..

    ReplyDelete
  3. Nice tips..ktorg beli ikut kemampuan jer..tp yg penting fully auto..hehe

    ReplyDelete
  4. Mesin bsh ada maintenance ke? X pnh tgk pun bengkel maintenance mesin bsh.

    ReplyDelete