Follower kesayangan

Tuesday, April 7, 2015

Umi

Assalammualaikum,

Dah lama kan tak update blog.. nak menerjah blog lain pon x berkesempatan. bz memanjang.. Pak Jib pon x bz mcm ni.. huhuuhuhu. uopss cakap siang pandang-pandang!

CC memang agak bz sekarang ni, sebab kene siapkan thesis yang tak siap2 tu. Target kene hantar draft kat pasca hujung bulan ni.. jadi kene fokus lebih.. no play play! rotan kang!

Harini nak curi masa skit sharing2 story. first CC nak ucap tahniah pada umi sebab baru dapat formal letter kenaikan pangkat. walaupun mungkin tak setinggi pangkat orang-orang lain... tapi CC memang bangga sangat dengan umi. Benda pertama CC fikir... semoga dengan rezki lebih skit ni umi boleh shopping-shopping, sebagai reward untuk diri sendiri.

Selama ni umi terlalu banyak berkorban untuk keluarga, menyara 9 orang anak yang semuanya masih belajar. Umi jarang shopping untuk diri sendiri... kalau shopping pon ala kadar, tak seperti orang lain yang sama gaji dengan dia. Duit banyak habis untuk belanja poket kami, bayar rumah, kereta, duit dapur dan macam-macam lagi.... Jarang sekali umi mengungkit walaupun hakikatnya tanggungjawab itu patut digalas oleh seorang ayah.

Umi teringin sangat pergi haji.... tapi kesian.. sampai sekarang masih belum berpeluang ke sana.. CC nak bantu pon gaji sendiri pon tak cukup. Setiap bulan umi peruntukkan sedikit untuk tabung haji, tapi bila nak buka sekolah, duit itu juga yang akan dikorek untuk bayaran yuran sekolah dan universiti, bila kereta rosak pon begitu juga....kesian umi.

Tapi umi tenang je cakap:
"Pergi haji adalah dengan jemputan Allah, mungkin masih belum diizinkan lagi untuk ke sana"

Tabahnya umi.. sabarnya umi.... Alhamdulillah umi dah register giliran ke tanah suci .. (tapi lama lagi..).. semoga dipermudahkan segala urusan umi. 

Umi, terima kasih atas pengorbanan selama ini... walaupun sehingga kini umi masih lagi menggalas tanggungjawab-tanggungjawab itu.. tapi bebannya alhamdulillah semakin berkurangan kerana 6 dari kami dah habis belajar. Semoga umi terus dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, ibu, guru, pekerja, kakak, ......


* * * * * *
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..semoga CC diberi peluang menjadi ibu dan menjadi ibu seperti dia

Tahniah kepada ibu-ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya... Tiada ganjaran yang setimpal didunia ini yang layak untuk dianugerahkan... semoga syurga firdausi tempat kalian....

* * * * * *
Seseorang pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:"Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian? siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut bertanya kembali: " Kemudian siapa lagi?". Beliau menjawab : "Ibumu". Orang tersebut kembali bertanya: " Kemudian siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab "Kemudian ayahmu". (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

from love, 
Ct Cucubi

No comments:

Post a Comment