Follower kesayangan

Monday, September 14, 2015

Ani pakai mask, jerebu dah tebal!

Assalammualaikum,

Hari ni walaupun jerebu teruk kat KL, tapi masih lagi boleh bernafas.. Korang semua please jangan lupe pakai mask ye.. sebut mask, nak menyimpang sikit... 

Sumber nasa: 2 hari lepas... terukkan?

Seram tengok jerebu yang makin menebal.. harini beberapa sekolah kat beberapa negeri dah mula tutup. apa kes dengan kami pulak? kami pon ada hidung dan paru-paru juga.. sabo jela..

Dalam keadaan yang jerebu ni, CC nak ingatkan diri sendiri dan semua, jangan lupa pakai mask. Sebaiknya pakailah mask N95. Tapi kalau tak ada, pakailah mask yang ada sebab mask N95 ni memang susah sikit nak dapat. Selalunya kat kedai-kedai jual mask jenis surgical mask dan boleh dibeli kat farmasi, guardian, watson atau kedai runcit. 

Pastu kalau korang perasan setiap kali jerebu je ade viral kat fb pasal pakai cara pemakaian surgical mask.Surgical mask sebenarnya digunakan untuk doktor/ nurse pakai masa dalam bilik pembedahan.. supaya kalau diaorang selsema ke, tidak menjangkiti pesakit yang sedia sakit... dengan cara mencegah penyakit dari menular. Cara pakai surgical mask yang betul ialah putih didalam dan yang berwarna di luar.  Tapi dalam keadaan yang jerebu ni, disarankan memakai secara terbalik; yang putih di luar dan yang berwarna di dalam untuk mencegah partikel-partikel habuk di udara dari masuk ke dalam tubuh kita. 


sumber :  kaskus

Lipatan mask bahagian putih dan berwarna boleh menapis partikel debu


Katanya.... Sebenarnya CC pon tak berapa pasti pasal ni ? Ada sape-sape boleh confirmkan?

With love, 
Ct cucubi


Monday, September 7, 2015

Hotel Pintar, Parit Raja , Batu Pahat

Assalammualaikum

Lepas hampir 2 bulan bergelumang denagn tesis.. baru harini dapat mencuri masa update blog dan blog walking..  correction pre viva baru je hantar, jd sekarang tengah tunggu untuk tarikh viva... semoga Allah permudahkan segala urusan.. 

Jujurnya memang penat gila nak berulang alik KL ke Parit Raja. nasib ada keluarga dan suami yang baik ati nak menghantar. tapi kdg2 tu pakcik bas yang hantar... sian kan tengok dorang drive jauh2... tapi kalau naik bas pon x de lah murah pon sebab bas akan berhenti kat stesen Batu Pahat. Bagi sesiapa yang terlebih masa nak jalan-jalan boleh naik bas ke Parit Raja betul-betul belakang tempat bas ekspress berhenti. Since CC pergi naik bas balik hari ke KL, masa sangat berharga... so naik kereta sewa je. kereta sewa betul2 kat tempat bas ekspress berhenti dengan harga RM20-35 bergantung pada budi bicara pemandu.. huhuu.. kalau kita ramah2 sikit bolehlah dpt murah skit2.. =P

Bagi yang tak pernah ke Parit Raja. Parit Raja ni pekan kecil sahaja. Jadi agak susah nak dapatkan public transport. bas ade, tapi bagi yang dah biase ade komuter lrt.. huhuhu terasa jugak kesusahannya.. lagi2 CC memang tak reti drive. MAKAN? jangan risau. sini nak cari makan senang je. banyak kedai-kedai makan di sepanjang jalan. Setakat ni makan belum ada yang dimasukkan dlm kategori tak sedap.. sederhana - sedap. dan masih MURAH. nak layan kelas sikit boleh makan kat Cili Giling atau Restoran Muhamad Long pekene Chinese Food, Asam Kari memang sedap, 

CC x nak cerita panjang2 pasal parit raja.. kalau salah cerita kene baling penyapu dengan Pn. Sal, org asal Parit Raja.. just nak share pasal hotel yang CC tidor masa pre-viva. kat sana CC tidor  kat Hotel Pintar, Pn. Sal yg rekemen. Mula-mula CC rasa, harga bilik single RM100 + 50 (deposit) boleh dikatakan agak mahal bagi hotel kecil kawasan kampung. Tapi sebab hotel ni yang paling dekat, CC amik jugak supaya senang nak berulang ke UTHM. 

Tapi bila dah duduk kat hotel ni, CC rasa macam best pulak.. jom kite terjah! 


pandangan dari luar dari luar

CC capture gambar ni dari gerai depan hotel. memang dekat je. jadi x perlu risau nak cari makan ye...

 Simple but nice...  
suke tengok tema hotel ni.. fresh!
almari baju tak disediakan, tapi ada tempat sangkut baju
standard keperluan dalam bilik: katil, meja kerusi, tong sampah,
bilik single x de cermin ye.. huhu

cermin muka, tv dan ekon

 sisi kiri meja: plug, usb, suis lampu dan remote control
x yah pening cari remote.. sbb remote ni bersambung wayar ke dinding.. sure x hilang punya..

sisi kanan meja: plug, usb, suis lampu, jam
kalau takut x bangun boleh set alarm ye 
x yah rebut plug nak charge fon





kiri: torchlight, majalah, pensel, kertas, tisu
kanan: mineral bottle, nescaffe dan milo


toilet: hair dryer, towel, tissue, GREEN, CLEAN!!!

toileteries... : 2 toothbrush, 2 toothpaste, 1 shower cap, 1 hand soap, 1 comb, 4 cotton buds, 1 razor, 1 emery board
best sebab siap ade plastik beg yg boleh seal semula dan boleh bawa balik..yg kurang best puas cari gunting nak gunting plastik ni..  x de gunting.. macam mane nak sabun??! hantuk kepala ke dinding..


bath cream and shampoo

k, nasib ade sabun dan syampoo disediakan kat tempat shower tu..  terus main buih... =P

suis, 

sory gambar ni sekerat je.. kat sebelah kiri tu ada suis kalau nak suh dorang bersihkan bilik atau x nak diganggu.. nanti kat luar tu ada monitor yg ada gambar dan berlampu untuk suis yang ditekan tu.. so x yah nak tinggal kan kertas bergantung kat tombol tu ye 

hotel ni berkonsepkan hotel pintar.. mmm mcm mane nak citer ye.. contohnya tv akan auto tutup kalau kite x tgk.., dan lampu kat corridor akan on kalau ade orang lalu je.. ha macam tu.. pintar x?

Pintarlah kan untuk RM100/ room.. ;-)

So sapa2 yang nak pergi parit raja.. bolehlah dok sini, kalau tak nak, homestay pon banyak.. pastu jangan lupa ye pekena sekali putu bambu juriah kat ayer hitam.. memang terbaek!!!

Daaa
With love
Ct cucubi