Follower kesayangan

Wednesday, October 28, 2009

AVON

Penulis : AVON
Komen :

Buku katalog ni dah berapa kali saya khatam.. hehehe.. saje je gatal join jadi member sebab nak beg avon free.... muahahahaha... Macam2 produk ada, dari barang kosmetik, produk kesihatan, perhiasan, pakaian dalam etc.... Walapun saya cuma letak kat atas meja katalog ni, tapi saya dah dapat 2 customer!!! MEMBANGGAKAN untuk org mcm sy x reti berniaga.. Memandangkan dah ada orang yang oder, jadi minggu ni buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke autlet terdekat sebagai AGEN bertauliah AVON.. Jadi sesapa yang rasa2 nak beli apa2 barang2 avon, leh order kat saya k sebelum 31 Oktober.


Harga pengenalan :

Simple Element Perfect Cotton (EDT) : RM19.90

Beberapa WOW offer untuk bulan ini :

Sweet Honesty powder 40g: RM4.90
Sweet Honesty Roll On 75ml: RM4.90

Natural Apricot & Sunflower Shower Gel 200ml : RM8.90...
Natural Apricot & Sunflower Hand & Body lotion : RM8.90
buy 2 dr mana2 shower gel /body lotion : RM16.50

Esok sambung... wa dah nak balik dah..

Saturday, October 24, 2009

I LOVE U TOO

Penulis : Badrul Hisham Shari
Genre : Motivasi/keluarga/Islam
Komen :
Minggu ni saya pulang ke Bangi.. nak hantar brooch2 comel yang diorder oleh adek saya. Thrust me!!! betul.. comel. Memandangkan brooch2 yang lepas mendapat sambutan, jadi adek so excited nak jual lagi.

Di rumah, saya sempat menghabiskan sebuah buku motivasi kekeluargaan ditulis oleh Badrul Hisham Shari. Ni first time baca karya penulis buku ni. lebih kurang macam buku Satu Rasa Dua Jiwa penulisan pahrol mat Juoi Pahirol Zaman tapi lebih ringan. tapi saya lebih prefer buku 1 rasa 2 jiwa. Buku ini sangat sesuai dibaca kepada yang ingin mendirikan rumah tangga atau telah berumahtangga. Terdapat byk panduan, kartun dan sketsa yang diselitkan yg dilukis sendiri oleh penulis!. Penulisan gaya santai sahaja, so x de lah sakit2 kepala nak faham. Banyak ilmu yang saya dapat dan dapat saya jdkan panduan pd masa akan datang.
Jadi...............................................................
Ha! Ape lg? Pi lah bace....
Tumpang gambar brooch/pin comel:

Setiap Jumaat

Penulis : Norhayati Berahim
Genre : Cinta
Komen :

Novel ini juga pemberian kpd saya. terima kasih kerana telah menambahkan koleksi novel saya.. sayang awak.. hehehehe. Pengalaman membaca buku2 Norhayati Brahim membuatkan saya dapat meneka jalan cerite novel ni. Penulisan NB selalunya memang akan menyelitkan tentang negara lain...

Kecewa kerana setiap pilihan hatinya ditentang, Jepun, negara matahari terbit itu menjadi tempat melarikan diri bagi Ku Pian dari Tengku Samad. Di situ juga Jasmine membawa hati kecewa dengan sikap ibunya yang berkahwin dengan lelaki muda, Alwi. Pertemuan Ultraman & Masako setiap hari Jumaat bersaksikan masjid dibawah pohon sakura menerbitkan satu perasaan yang indah hadir. Namun kerana serik dengan perasaan itu, keduanya cuba menafikan.

Bertahun2 merajuk hati, akhirnya Jasmine akur untuk pulang ke kampung walaupun hatinya masih terkilan. Namun penjelasan ibunya membuatkan hatinya diterpa seribu penyesalan.

Jasmine : Ayah.. kenapa begitu kejam?....
Ku Pian : Ayah... maafkan Pian ayah... Pian sedar Ayah buat semua ni demi kebaikan Pian.
Ultraman : Masako... kemanakah kau? bencikah pada aku?..
Masako : Ultraman...
Jabar : Maafkan aku Jasmine
Daun : Cintailah aku Jabar...

..................................... mmmm................... sebenornya saya dah takde idea mcm mana nak sambung citer ni. lagipun mesti korang semua dah naik boring baca ayat-ayat novel kat atas kan? Dipendekkan citer, hero akhirnya kawen dengan heroin.
Dari novel ni, perkara yang saya boleh ambil iktibar...

DENDAM
Jangan dendam2... tak baik... setiap perkara yang tak baik tu berlaku pada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Anggaplah sebagai ujian dari ALLAH. ALLAH menguji kite kerana dia tahu kita mampu menghadapinya. Kat sini saya nak buat pengakuan secara ekslusif, saya memang jenis susah nak maafkan orang kalau perkara yang terjadi tu betul2 menyakitkan hati saya... Saya tahu x baik. tapi... Saya harap lepas ni saya dapat mengikis sikit2 sikap saya ni . Semoga saya lebih lapang hati menerima segala ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan untuk saya. Kawan2 tolong doakan saye ye...

Sunday, October 18, 2009

Baju Uniform Putih

Minggu ni boring sangat... Ingat nak balik rumah, tapi dorang sume dok pakat2 balik kampung tgh hari JUMAAT!!! huhuhuhu... Jeles giler, sbb sekarang dah nak musim buah... Saya dok sorang2 kat umah... Misi nak beli handbag pon terpakse dikanselkan kerana adek sms minta duit.. so, x berani nak sopping2 dulu....

Agenda hari minggu :
1.kemas umah
2.tgk movie
3.baca novel- x sempat nak abehkan.
4.jahit manik

@last, saya berjaya menyiapkan yg simple untuk baju putih ni. Tepuk tangan untuk diri sendiri... claP.. clap.. clap..

Monday, October 12, 2009

Cinta Kau dan Aku

Penulis : Siti Rosmizah
Genre : Cinta
Komen :

Someone telah menghadiahkan saya buku ni… walaupun penulis ini tak termasuk dalam list penulis feveret saya.. tapi pemberi buku ini sungguh bersemangat mempromote buku ini pada sy membuatkan saya berkobar2 nak membaca…

mmm mungkin di sebabkan terlalu selalu / suke mebaca buku2 dengan gaya penulisan yang agak puitis/berat (bukan jiwang tau!), jadi saya kurang berselera dengan novel2 gaya santai…. Lebih2 lagi terdapat plot2 yang saya rasa tidak berapa penting.. stelah 1/3 buku saya khatam, baru saya dapat menghayati buku ini. Jalan ceritanya agak menarik juga..

Nur Farisya Imani gadis comel berperwatakan sempoi dalam diam telah memikat hati majikannya Farish. Walaupun mereka dari darjat yang berbeza, namun perkahwinan mereka meniti bahagia. Kedatangan keluarga suami dari UK bersama dengan bekas tunang suaminya, Suraya menjadi permulalaan titik gelap hubungan mereka. Kepercayaan yang goyah dan sifat cemburu mencalar keharmonian. Kerana rasa dikhianati, Farish meninggalkan Farisya tanpa mendengar sebarang penjelasan. Terlukanya jiwa, tersayatnya hati apabila orang yang disayangi tidak mempercayainya lagi.. malah dia turut difitnah dengan tomahan keji. Kecewa… patah hati… cekal… TIDAK AKAN BERPALING LAGI… "Rayulah semahumu.. jangan kau kacau hidupku dan mereka yang bersama ku.. kerana antara kita tidak pernah mengenali.." Keikhlasan dan ketulusan Cikgu Zulhuzaimi menyentuh perasaan.. "ku akan menikahi insan yang benar2 ikhlas menyayangiku..." Namun jodoh adalah ketentuan Ilahi. Wajarkah diberi peluang ke-2 setelah tiada kepercayaan di dalam hati?

membaca poems ini menjadikan diri saya rasa seperti Farisya... ct_cucubi Farisha..

WHAT KIND OF FOOL AM I?

What kind of fool am I
To think that you loved me
You never even really cared
And now that’s plain to see.
What kind of fool am I
That I ever would believe
That we’d find happiness as one
And that you’d never leave
What kind of fool am I
For trying to hold on
To someone who was never mine
And now wants to be gone
What kind of fool am I
For crying over you
And begging for my love to stay
While you’re saying we are through.

http://www.geocities.com/missemt0022/brokenheart5.html

Kepercayaan?... kadang2 saya keliru siapa yang harus saya percaya… Si A? si B? Selalunya dalam apa2 hal.. saya akan cuba dengar kedua2 pihak.. supaya saya lebih memahami situasi. Kadang-kadang latarbelakang /perangai seseorang boleh juga mempengaruhi sama ada kite nak percaya atau tidak orang tu. Yelah, ada sesetengah orang bila di depan kite layan kita dengan baik, tetapi di belakang kita mengutuk x hengat.. Mmmm…

Memang kecewa kalau ada orang yang mengkhianati kepercayaan yang kite berikan . Lebih2 lagi kalau orang tu orang yang kita paling x sangka . Bila hilang kepercayaan terhadap seseorang, memang susah untuk bagi peluang kali ke-2. Memanglah kite boleh memaafkan tapi kadang2 Luka yang telah sembuh meninggalkan parut… Sebab tu walapun kite telah memaafkan orang tu.. tetapi.. kite masih tidak dapat melupakan dan menjadi lebih berhati2 pada masa akan datang…

Monday, October 5, 2009

Ketika Cinta Bertasbih 2

Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Genre : Cinta Islamic
Komen :

Hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk menghabiskan novel ini.. Hehehe.. akhirnya baru dapat mood untuk membacanya…

Novel ini adalah kesinambungan novel Ketika Cinta Bertasbih 1 mengenai seorang pelajar Indonesia Khairul Azzam/ Irul yang menyambung pelajaran di Tanah Arab. Untuk volume ke 2, menceritakan tentang kehidupan Azzam setelah menamatkan pelajaran dan kembali ke Indonesia. Perit jerih dan ushanya berniaga bakso serta mencari pendamping hidup adalah fokus novel ini. Anna Althafuniisa yang mencuri hati semasa di Mesir telah dilamar sahabatnya. Walapun terbesir kecewa, namun Azzam tidak berputus asa…Ketulusan hati dan kepetahannya dalam menyampaikan dakwah menambat hati penduduk kampung dan keluarga Pak Kiai, namun anaknya telah ditunangkan. Majlis perkahwinan bersama Vivi, doktor yang ramah tidak kesampaian apabila Azzam mengalami kemalangan sehari sebelum majlis. Anna pula kecewa kerana suaminya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan Furqan kerana kemanusiaan terpaksa menceraikan istri yang dicintai…

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (gatal), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)..... Surah An-Nur (Ayat 26)

Jodoh? Jodoh memang telah ditetapkan oleh ALLAH Taa'la.. walaupun ramai yang sibuk bertanya bile lagi saya nak mkn nasi minyak , saya cuma jawab... " ckp je nak bila.. nanti sy banje kat kedai mamak".. mereka hanya tersengih2.. mungkin saya belum bertemu.. atau dah bertemu tetapi masanya belum tiba... mmm bersediakah saya nak bangun awal pagi menyediakan sarapan untuk suami?.. menyiapkan segalanya untuk suami? menyambut raya pertama tanpa keluarga tersayang? bekerja shift malam untuk suami? mmmm saya rasa saya belum bersedia fizikal dan mental untuk ehem2... yelah.. masak pun jarang2 di rumah sewa.. kalau ada pun kalau balik umah family... muahahaha... mmm memang Tuhan Maha mengetahui yang terbaik untuk saya..

Sunday, October 4, 2009

Beads, Button & Books?

Salam semuanyer… hari ini saya sebab mesyuarat bersama dengan pengarah berjalan dengan baik.. walau ade beberapa isu yang hebat diperdebatkan.. alhamdulillah skop saya takde byk isu...esok akan ada mesyuarat lain yang menunggu dengan CUCMS… . Huhuhuhu.. banyak nyer keje…..

Semalam jalan2 kat SOGO..singgah kejap kat bahagian buku... mmm x banyak pilihan novel.. buku kraft pun skit je…

Kaki bergerak ke kedai MINERVA sambil mengheret plastik besar berisi bantal RM1 dan set bedsheet + comforter.. (Seseorang telah belikan untuk saya!!!.. huhuhuh sungguh terharu… rasa x sedap ati pulak, jadi saya bernekad akan bayar balik kepada die)

KETUPAT CINTA… musim 1 , karangan Faisal Tehrani (FT) menjadi pilihan…mungkin sebab terpengaruh dengan adek tentang buku ni... mula2 agak was2 nak beli.. sebab berdasarkan pengalaman baca buku FT, 1511H Kombat… berbulan2 nak habiskan…
Tetibe teringat blog yang jarang2 diupdate…. Projek menjahit pon slow mcm ciput… kebetulan kebelakangan ni plak saye menjadi rajin baca novel…. Ha! tibe2 terfikir idea baru, nak tambah section baru… Beads, Button n Books?.. OK tak?..

Ketupat Cinta + A-Z Jahitan Manik = RM6+.++ (setelah diskaun)…

Realise.. kalau beli di MINERVA, buku novel akan ada diskaun 20%...
Tapi kalau nak jimat lagi… saya cadangkan sewa buku kat d mall… mmm agak susah jugak nak cari kedai sewa novel melayu…. Kata housemate saye, kat Central Market pon ada jugak kedai sewa buku… at least kalau pas baca buku tu kite rasa mcm macam kureng je, boleh lah pulangkan.. kalau best.. boleh lah simpan terus… lagipun kebanyakkan buku masih dalam keadaan baik.. dan telah di balut dengan kemas.