Follower kesayangan

Saturday, October 24, 2009

Setiap Jumaat

Penulis : Norhayati Berahim
Genre : Cinta
Komen :

Novel ini juga pemberian kpd saya. terima kasih kerana telah menambahkan koleksi novel saya.. sayang awak.. hehehehe. Pengalaman membaca buku2 Norhayati Brahim membuatkan saya dapat meneka jalan cerite novel ni. Penulisan NB selalunya memang akan menyelitkan tentang negara lain...

Kecewa kerana setiap pilihan hatinya ditentang, Jepun, negara matahari terbit itu menjadi tempat melarikan diri bagi Ku Pian dari Tengku Samad. Di situ juga Jasmine membawa hati kecewa dengan sikap ibunya yang berkahwin dengan lelaki muda, Alwi. Pertemuan Ultraman & Masako setiap hari Jumaat bersaksikan masjid dibawah pohon sakura menerbitkan satu perasaan yang indah hadir. Namun kerana serik dengan perasaan itu, keduanya cuba menafikan.

Bertahun2 merajuk hati, akhirnya Jasmine akur untuk pulang ke kampung walaupun hatinya masih terkilan. Namun penjelasan ibunya membuatkan hatinya diterpa seribu penyesalan.

Jasmine : Ayah.. kenapa begitu kejam?....
Ku Pian : Ayah... maafkan Pian ayah... Pian sedar Ayah buat semua ni demi kebaikan Pian.
Ultraman : Masako... kemanakah kau? bencikah pada aku?..
Masako : Ultraman...
Jabar : Maafkan aku Jasmine
Daun : Cintailah aku Jabar...

..................................... mmmm................... sebenornya saya dah takde idea mcm mana nak sambung citer ni. lagipun mesti korang semua dah naik boring baca ayat-ayat novel kat atas kan? Dipendekkan citer, hero akhirnya kawen dengan heroin.
Dari novel ni, perkara yang saya boleh ambil iktibar...

DENDAM
Jangan dendam2... tak baik... setiap perkara yang tak baik tu berlaku pada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Anggaplah sebagai ujian dari ALLAH. ALLAH menguji kite kerana dia tahu kita mampu menghadapinya. Kat sini saya nak buat pengakuan secara ekslusif, saya memang jenis susah nak maafkan orang kalau perkara yang terjadi tu betul2 menyakitkan hati saya... Saya tahu x baik. tapi... Saya harap lepas ni saya dapat mengikis sikit2 sikap saya ni . Semoga saya lebih lapang hati menerima segala ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan untuk saya. Kawan2 tolong doakan saye ye...

1 comment:

  1. Aku cuma manusia yang penuh di dalam diriku mengenai kisah tentang suka, duka, sakit hati, penyesalan,kemenangan dan kegagalan. Cuma akhirnya nanti aku tertanya-tanya: Apakah aku akan mampu menjadi insan yang sebenar?

    ReplyDelete