Assalammualaikum
semua..
Aritu masa jalan2 kat Jln Tar
sempat menyinggah kat surau di Bangunan Mara
x ingat ms tu nak tumpang solat zohor atau maghrib
Then lepas sembhyg terperasan ni
The Telekung Project
Korang pernah dgr?
uopss jgn misunderstood..
telekung ini bukan dijual di kedai "The Telekung Project"
tapi The Telekung Project sbnrnya porjek amal mencuci telekung surau-surau awam
oleh Nor Azila Abdul Aziz dgn anak dia
.
Projek ni x pasti bermula dr 2011 rasanya x pasti
yg psti pernah tertgk kat tv
dan ada keluar Utusan Malaysia bertarikh 28 Feb 2012
Ni artikel yg menceritakan alkesah bermula projek ni
"Semuanya bermula apabila anak sulungnya, Sofea Najihah Zulhelmi (ketika itu berusia tujuh tahun) dilatih untuk bersolat. Seperti kebanyakan wanita lain, saya juga merungut apabila telekung untuk bersolat yang disediakan sebagai wakaf di surau-surau di pusat membeli-belah dalam keadaan kotor dan berbau masam. Mulalah saya mengajak anak untuk bersolat di tempat lain sedangkan waktu solat sudah lama masuk.
"Sofea pula mempersoalkan tentang hukum melewatkan sembahyang. Malah dia juga bertanyakan kepada saya kenapa telekung di surau kotor sedangkan agama Islam itu mengajar tentang kebersihan," kata Norazila Abdul Aziz, 33, pengasas The Telekung Project.
Soalan bertalu-talu daripada si anak membuatkan dia akhirnya berfikir sejenak. Semenjak itu, Norazila mengubah persepsi dirinya daripada sering merungut kenapa tidak ada telekung yang bersih kepada terus membawa pulang telekung yang kotor untuk di basuh di rumahnya.
"Saya bermula dengan lima telekung. Saya bawa balik dan basuh. Dalam pada itu saya ganti telekung di surau itu dengan telekung wakaf baru supaya wanita yang ingin bersolat boleh menggunakannya. Aktiviti tersebut menjadi rutin saya dan anak-anak, iaitu Sofea dan Nurhana setiap hari selepas balik sekolah, Kami bermula dengan telekung di surau pusat membeli-belah di sekitar ibu kota, surau di Petronas dan juga di wakaf perhentian rehat," katanya.
Dari situ Norazila mendapat idea untuk menjadikan ia satu projek yang boleh dilakukan oleh wanita lain juga. Baginya, perkara yang baik mestilah disebarkan supaya ia menjadi galakan kepada orang lain untuk membuat kebaikan.
"Saya pernah dengar satu ceramah oleh seorang ustaz tentang niat kita menyebarkan kebaikan supaya lebih ramai orang dapat buat baik. Syaitan juga tidak suka bila ramai anak Adam berbuat kebaikan. Pada saya tidak timbul isu riak kerana apabila saya melakukan perkara ini secara senyap, simpan seorang diri dan akhirnya barulah perasaan riak itu timbul kerana 'hanya aku seorang saja yang baik kerana basuh telekung'. Lalu saya mewujudkan akaun di laman sosial Facebook dan menamakannya sebagai The Telekung Project. Harapan saya agar lebih ramai wanita boleh melakukan perkara ini di kawasan mereka," ujarnya yang juga merupakan seorang kaunselor sekolah.
Tambah Norazila, sebaik sahaja The Telekung Project dimulakan di Facebook, seorang wanita dari Kluang, Johor sudi mendermakan 10 helai telekung untuk diwakafkan. Malah wanita tersebut yang tidak mahu dikenali menjadi penyumbang kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh The Telekung Project.
"Sejak membuka akaun ini saya bertemu dengan ramai wanita yang mahu membuat kebajikan. Walaupun menyumbang RM1, itu sudah cukup bernilai. "Malah dapat saya rasakan segalanya dipermudahkan Allah. Apabila saya menginginkan tajaan kedai dobi, ada hamba Allah yang memiliki kedai dobi sanggup mengambil telekung-telekung tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengajar saya sistem tagging untuk mengenal pasti mana satu telekung wakaf dari The Telekung Project dan yang bukan," jelasnya yang memberitahu jumlah telekung yang dibawa basuh untuk satu pusingan mencecah ke angka 168 pasang.
Sejak melancarkan The Telekung Project, Norazila dapat mengumpulkan komunitinya sendiri. Tiada borang yang perlu diisi dan sesiapa saja boleh menyertainya. Malah menurut Norazila, komuniti itu juga mempunyai ahli sejauh di Liverpool, United Kingdom dan Doha, Qatar. Penderma tersebut memasukkan wang ke dalam akaun projek ini secara online.
Artikel Penuh klik kat http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd
Apa mcm kagum x?
teringat umi selalu bawa balik telekung dr masjid untuk cuci
dan teringat juga masa umi tumpang sembahayang kat surau hostel tempat sy bljr
"Sekali sekala tolong lah cuci telekung-telekung sutau ni
Kotor org lain nak pakai"
Huhu..
tp sampai sudah sy x berkesempatan nak cuci telekung kat surau hostel.
Hmm bukan sekali umi ingatkan sy
Byk kali..
Ni adalah slh satu cara nak membantu org
mmg kat sesetgh surau awam,
kdg2 tu lebih baik kita smbhyg je dgn pakaian yg sedia pakai (pastikan tutup aurat)
sbb telekung surau tu baunya
^%$#$%^&*(&^%
tu belum kira taik2 lalat yg menceriakan telekung tu
sadis nya tgk telekung yg nk guna mengadap Allah
Dulu rajin juga bawa telekung bila nak kluar jln2..
tp kdg2 terlupa juga
atau kalau bawa beg kecik mmg x bawa..
bila singgah surau2 mcm ni adoihai..
lomah nyawo mak aih..
Kalau kita x mampu nak sedekah telekung baru,
buat mcm ni pon ok apa..
paling2 teruk pon lepas kita pakai telekung awam tu sidai atau lipat elok2
Ni ada sesetgh tu main timbun atau gulung
Kalau nak buat mcm tu baik korang bw telekung sendiri
Nama pon dah pakai, pandai lah lipat
At least senang org lain nak cari/ pakai
mata pon x sakit menengoknya.
Kalau sesiapa nak bg telekung atau nak derma bolehlah hubungi The Telekung Project
telekungproject@gmail.com
Pernah juga bawa balik telekung opis..
tp kan tetiba jd kes
huhu..
tp x pe,
walaupon x tahu bila lg dtg kerajinan lg
jgn sesekali kita bosan utk membuat kebaikan..
:)
Selamat berehat..
Daa..
No comments:
Post a Comment