Follower kesayangan

Sunday, April 7, 2013

Ke Gontor apa yg kau cari?

Ini adalah post smbungan 'Rayau-rayau kat Pulau Jawa"

Apa yg kau cari Neng?
Telkung murah? No
kain batik? Nono
Jamu gendong? Nonono
Cowok ganteng?.. uopss 
jgn bg tahu encik tunang tau..

Ingat x hari tu ada ckp kiteorg pergi melawat kat Pondok Moden Darussalam Gontor?


 Pondok Moden Gontor ni ala2 sekolah pondok kat Malaysia
agaknya lah sbb sy x pernah pg melawat sekolah pondok kat sini
yg kiteorg pergi ni yg lelaki semua. 
Yang perempuan 100km dr sini
Dulu2 masa ada permintaan nak buat sekolah untuk perempuan mmg ditetapkan syarat mcm tu.

Asalnya pondok ni dimilik oleh 3 saudara KH Ahmad Sahlal, KH Zainuddin Fananii & KH Imam Zarkasyi 
(K kalau korang nak tahu sejarah korang boleh baca kat wiki ni :P)
pastu dorang wakafkan sekolah ni
Dan yang mentadbir sekolah ni kiranya yg teratas sekali adalah bdn wakaf.
Tapi skrg sekolah ni dorang bukan setakat blajar alif ba ta,
baca quran atau hafiz je.
Subjek math, english semua pon ade bljar
sbb tu dinamakan Pondok moden.

Since dorang mmg x dpt bantuan dr goment,
dorang ni buat mcm2 business untuk cover expenses
mcm:
buat air RO sendiri
kilang roti
kilang cetak
kilang mee
kilang letrik
kilang selipar
gerai makanan
kedai buku
Kilang percetakan

byk lagilah
semua produk ni menggunakan brand "La Tansa"
yg bermaksud : Tidak lupa
sbagai mengingati tujuan utama buat business ni bukannya tuk dpt keuntungan tetapi unutk mencari duit untuk perbelanjaan pondok.
Moto dorang
"Kamu berbelanja , kamu beramal.."
Jadi sila shopping byk2 ye kat kedai dorang.

Bebudak sekolah ni mmg dilarang mbeli brg/ mknan etc dr luar hatta eskrem
Eskrem mcdonal?
Harommmm
hehe tu saje nak bg effect dramatik
Dilarang keras mbeli brg dr kedai luar kalau x nak kne hukum
Semua mesti dibeli dr kedai Pondok. 
Supaya $ yang dorang beli boleh digunakan untuk pondok dan
memajukan pondok, menmbah baik fasiliti etc.
pendek citer duit mak pak hang bg duit poket akan digunakan untuk kegunaan dorang jugaklah. 

Selain dr tu
Cikgu2 yg ajar dorang ni pon pelajar jugak
fhm? x  fhm? plus minus mcm ni
form 1-3 diajar oleh student degree kat u
form 4-5 oleh student senior degree
student degree diajar oleh student master
dan seterus seterusnya..
So x de lah gaji pon dibyr..
namapon wakafkan diri
sambil beramal sambil prektislah kirenya..

Pak guru yang muda + ganteng
Pembelajaran fully arab ye adik2..

Hanya guna meja kayu lama dan kerusi panjang..
no individual chair kecuali pak  guru
itupon kerusi die tggi smcm mcm referee badminton jerk..
Shukur alhamdulilah utk kita.

Sesi bersama sebahagian dr student malaysia yg belajar kat sini

Skrg sekolah ni dah ada universiti sendiri.
Universiti Darussalam
pon semua lelaki. 
So mcm cuci mata skitlah ms dtg sini..
hahaha
Sejuk mata memandang uols tgk ustaz2..
automatik rs nak labuhkan tudung .. 
Shegan~
Amboi2.. segan dgn tuhan lebih AFDHOL !

Dewan kami diberi taklimat

Cikgu & lecturer kat sini diberikan keperluan asas mengikut keperluan
kereta, rumah, mknan
mengikut budi bicara bdn wakaf.
Gaji?
dorang x de gaji tetap..
x de sapa pon tahu gaji satu sama lain melainkan dorang sendiri
dan gaji hanya dpt kalau ada duit lebih
Bak kata guru kat situ
"kalau diberi, kami bersyukur, kalau x dpt pon x ape"
mmg tabik spring toing toing toing!!
korang hade?
baru lambat dpt gaji beberapa hari dah menggelupur! 
(hehe tunjuk diri sendiri)
balik pd konsep td..
"mewakafkan diri"
 Diri anda adalah milik pondok.

 masjid kat sini.

K, tu je kot
korang ni kalau byk sgt bg input berat byk2 ni sure x sbr2 nak klik pangkah blog ni
kan? kan? kan?
K, nanti smbung lagi. Daa..

1 comment: