Follower kesayangan

Sunday, January 26, 2014

Aku Bercerita


Tajuk : Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Genre : mistik?

gambar dari Mr Google

Novel RAM kali ni mengisahkan seorang penulis, 'Aku' yg tetiba blank tak dapat ilham nak menulis.. 'Aku' pergi bercuti untuk mendapatkan ilham.. tapi dia melalui peristiwa pelik apabila tiba2 muncul satu persatu cerpen  dalam laptopnya. Keliru dengan kewujudan cerpen-cerpen tu.. tapi 'aku' yang rasa terdesak  mencuri cerpen-cerpen tersebut. 

Kalau dah baca sampai habis, sebenarnya novel ni menggabungkan 5 pelbagai cerpen dan 1 cerita tentang 'Aku'. Mula-mula baca memang rasa pening skit sebab otak cuba nak kaitkan cerpen-cerpen  tu... tapi sebenarnya cerpen-cerpen tu cuma cerita yang dihasilkan oleh 'Aku'... so x perlu nak pening2 sgt.. ahaks..

5 cerpen; bunian, culik, cinta matiku, sang kancil dan cut.. paling suke cerita bunian..  RAM x dapat dinafikan memang 'pakar' dalam novel mistik2 gitu..  cerpen culik mengisahkan pembalasan dendam mangsa perdagangan manusia. Cinta mati pula berlatarbelakangkan zaman komunis dulu.. suspen juga sebab x sbr nak tahu siapa pembunuh sebenar...
Sape yg memang peminat setia RAM, pasti teringat-ingat novel-novel RAM yang lain kerana novel ni menghimpunkan watak-watak dalam novel beliau sebelum ni. Bagi sesapa yg nak baca novel ni, baca rilek2 je k, tu je.. x sbr nak review buku P.S I Love U.. :) 

Thursday, January 23, 2014

Cabut gg


Morning dear...

Baru balik dari Fakulti pergigian UKM.. buka jahitan benang
utk sape2 yg x baca entry sebelum ni Jumaat lalu akhirnya dapat panggilan dari UKM untuk cabut gg bongsu . xcited lebih sbb semangat nak 'cantik' kan gg. 6 bulan tggu giliran.. lama jugak tu.. 
last time buat xray gg sebab gg bongsu x kluar2.. tapi dah berlubang mcm mulut gua..
makanan masuk kat tempat berlubang tapi susah nak cuci sebab gg tu separuh masih dlm gusi..
actually blom  tahap series sgt.. tapi rasa  x selesa sbb susah nak cuci.. jadi sebelum berjangkit ke gg lain baik buat sesuatu.. 

rupa gg yg mcm mulut gua

kalau ikutkan sebelum ni mmg dah ada experience cabut gg bongsu..buat kat Klinik Pakar Pergigian Zainal, Jalan Raja Laut.. tapi bila ingat balik kenangan ngeri yg x boleh lupa; terpaksa telan air liur berdarah tu sebab x de penyedut air liur tu..bygkan mulut bertakung air liur dan darah sepanjang scaling gg dan cabut gg.. bib pon xde. Dengan bayaran RM210 utk cabut 1 gg dan scaling mmg x suggest sesiapa pergi kat situ..

Kali ni cuma pergi kat UKM je..saja nak try lepas kecewa dengan service pakar lah sgt
Appoinment Isnin lepas. Since kene buat minor surgery.. lepas pendaftaran terus ke klinik bedah mulut..
appoinment pkl 2.. tp terlambat skit sbb curi2 masa  nak solat dulu.. kononnya nak doa banyak2 sbb neves wooo

sampai2 je semua dah ready.. student cina comel yg incharge. dia cek dulu.. pastu explain kat lecturer a.k.a doktor gg. Bila lecturer tu dah puas hati diaorang discuss dgn kita keadaan gg dan juga apa yang perlu dibuat untuk gg tu. doktor suggest cabut gg atas bawah belah kiri dan bawah belah kanan.. 
mak aih 3 gg.. discuss dgn doktor sambil buat muke seposen... akhirnya decide cabut 2 je..dua2 belah kiri. Lepas sign borang persetujuan 'merelakan untuk menjadi ujikaji experimen dan sedia untuk menerima apa-apa kesan dari experimen' huhu Then barulah bermula episod cabut gg..

Sejam ternganga.. lenguh rasanya. mulut pon kebas semacam..
akhirnya mision completed..
rasa sengsaranya cabut gg...
 tapi kene faham jugak sebab yg buat tu adalah student yang belum grad dentist lagi..
at least mmg dpt tgk student tu bersungguh-sungguh nak buat..
walaupun mulut terabak sikit..
cuma byr RM5 je kalau nak compare RM210
untuk 2 gg bongsu + 5 injection + minor surgery..
redho jelah kan..

pesan doktor : x boleh kumur... tak boleh ludah, x boleh guna straw, no air panas dan makanan panas. 
dapat MC 3 hari, ubat tahan sakit dan antibiotik..

petang tu sampai mlm mmg seksa skit.. rasa nak demam....mmg banyak sgt darah...rasa geli nak mkn sebab mulut bertakung darah...  tapi terpaksa juga sebab x boleh mkn ubat dengan perut kosong.. kalau x nanti boleh kene gastrik..nak ludah sgt pon x boleh.. ludah perlahan2 kumur perlahan2... darah merah hitam pekat keluar.. sempat jugak feeling2 mcm pelakon dlm tv mulut berdarah... hihi 
 kebetulan selasa mmg cuti Maulidurrasul.. lusa dtg je kerja.. malas nak mc2.. sebab dah x sakit sgt.. cuma mulut yg rabak ni rasa sedih skit nak mkn dan bercakap.

Untuk sape2 yg berminat nak dptkan perkhidmatan kat fakulti pergigian UKM ni..
lokasi kat HKL je berhadapan dengan bangunan HKL baru
boleh datang naik LRT stesen Titiwangsa.. tukar naik Monorel.
sape naik monorel lagi senang terus berhenti kat stesen Chow Kit.. jalan kaki skit ke HKL
boleh datang ikut office hour.. 
kalau keje goment bawa lah sekali surat dari majikan.. FOC
kalau x de pon cuma byr RM5 utk pendaftaran..
murah sgt kan..  tp berjanggut skitlah nak tunggu rawatan susulan.. tapi kalau datang-datang nak buat on d spot.. doktor yg akan buatkan tapi bayaran lain skit.. tp tak lah semahal tempat lain. :)

k, itu pengalaman cabut gg bongsu..
mungkin org lain rasa yg sama .. atau  lagi teruk..
tp lepas ni nak jaga gg bongsu yg satu lagi tu elok2.. tobat dah lepas ni nak cabut gg.. huhuhu 

* * * * *
Mmmm kejap je dah hari Jumaat.. oh ye post ni sbnrnya dah draft Selasa lepas.. baru hari ni dapat nak post..  hari ni tak masok office sebab ptg ni ada misi yg nak setelkan.. semoga semuanya berjalan  dgn lancar.. korang juga.. daaa...

Wednesday, January 15, 2014

Suami

Rasa dah lama x review buku. Bila cek2 balik, last review Februari 2011.. Mak aih.. patut pon naik bersawang novel2 tu kat rak.. huhuuhu.. baru2 ni dpt semangat semula nak baca novel.. itupon sebab dah start kemas2 skit dlm bilik tu.. kene buat 5s.. mulakan dengan SEIRI : SISIH.. Novel-novel yang dah berabuk ni perlu disisihkan ke rumah umi... kihkihkih.. Jadi sebelum kita sisih... kene habiskan baca dulu mne yang belum terusik. Tapi x sempat nak baca novel Aku Bercerita penulisan RAM tertangkap pulak novel terbitan FIXI ni kat pameran buku.. Jadi kite review  ni dulu yek....  

Tajuk : Suami
Penulis : S Mara GD (terjemahan Nabila Najwa)
Penerbit : FIXI
Genre : Thriller


Novel ni menceritakan pasal Maryati yang berkahwin dengan Supriyadi, duda kaya dan tampan anak kepada Pn. Cokronegoro. Namun pertemuan dengan Ester yang merupakan wanita yang pernah muncul untuk menghalangnya dari berkahwin dulu menimbulkan rasa curiga terhadap Yadi. Ester mengesyaki Yadi telah membunuh  bekas istrinya dahulu. Sikap perahsia Yadi yang tidak mahu membuka kisah lalu membuatkan Maryati dilema untuk percaya atau tidak. Kematian Ester  semasa telah memberi jalan kepada Kosasih yang dibantu oleh Gozali untuk menyiasat perkara ini. Siapakah pembunuhnya?.. jeng jeng jeng..

* * * * * * * * *

Untuk peminat-peminat novel thriller novel ni agak best jugak ... Walaupon terjemahan yang dibuat mcm melepaskan batok di tangga aje.. tapi nasib bahasa Indonesia yang digunakan mudah  nak faham... Cerita memang suspen... penghabisan unexpected.. citer thriller kalau dah bole teka dari awal tu kire mmg kurang pedas. Cuba korang bayangkan kalau semua cerita CSI tu awal-awal dah tahu sape pembunuh.. x suspen la kan.. keseluruhannya novel ni best... ni first time baca novel FIXI.. x sbr nak baca next novel FIXI .  :) 

**Mesti korang dah biasa sangat dengar peribahasa bagai melepaskan 'batuk' di tangga kan.. mesti korang terbayang-bayang kan orang yang terbatuk2 ke tepi tangga. tapi ape pulak kaitannya dengan orang yang buat kerja sambil lewa.. sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukan batuk yang uhuk-uhuk tu.. tapi 'batok' yang dimaksudkan dalam bahasa jawa yang bermaksud tempurung kelapa. orang dulu-dulu kan kalau kat luar rumah tu mesti ada sediakan tempayan berisi air untuk kita cuci kaki sebelum masok rumah... Tempurung kelapa pulak dijadikan sebagai pencedok air. Jadi ibaratnya melepaskan 'batok' di tangga orang tu tak simpan balik kat tempat asal (tergantung / dalam tempayan).. main letak je tepi tangga.. so sebab tu ia dijadikan perumpamaan membuat kerja sambil lewa tak bersungguh-sungguh..  Sekian, itu saja.. da...

sumber : ayah kite orang jawa 

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidurrasul!


Salam Maulidurrasul semua..

Selamat hari lahir ya Rasullullah S.A.W.
Tetibe teringat zaman sekolah menengah dulu..
setiap kali maulidurasul..
sekolah kiteorg confirm bolot nombor 1 kalau berarak. paling x pon nombor 2..
best giler..
maklum sekolah agama.. jd lebih happening skit rombongan nya 
seronok sgt kalau dapat ikut berarak
macam2 costume..
mcm2 gaya..
mcm2 selawat kedengaran
tapi tu semua dah jd kenangan..
sejak tamat sekolah menengah dah x de join perarakan lagi.. huhuhu
hanya setulus ingatan kepada dia..

Hari ni KL cuti...
ade yg pergi berarak..
ade yang ambil kesempatan ni bershopping..
alkisah bonus dah masukkan.. wink wink..
Jap lagi nak pergi Sogo..
sorry doktor, terpaksa abaikan pesanan..
kalau duduk rumah ni lg rasa stress..
rasanya gg ni pon dah stop berdarah
pengalaman semalam cabut gg.. rasa ngeri..
mcm tobat x nak jumpa dentist lg.. huhuu

K,
time to treat myself~

Beef noodle - SR
first time try.. sedap~
mkn2 selow .. takut jahitan tercabut..
:)

Sunday, January 12, 2014

Jom makan kat Char Kuew Tiaw berkuah :)


Ni nak share... 
Hari tu tetiba husben ajak pergi makan char kue tiaw 
kat Teluk Mas (Melaka), tempat feveret arwah ayah dulu...
teringat kalau kat KL salunya makan kat Mali, setapak atau Sani kat TTwangsa..
yg kat depan Vista (UM) pon best..

Kat melaka ni first time husben bawa makan char kuew tiaw..
itupon sbb merayu2 x nak mkn kepci.. huhu..
Kepci is my husben feveret food...
wajib pergi mkn at least 2 minggu sekali..
walaupun suke juga mkn kepci..
tp kalau dah tiap minggu melantak, kembang jugak anak tekak ni.. huhuhu

K, ni gerai die..
masa sampai tu sunyi jer... mungkin sbb baru pukul 9 lebih
Husben cakap makan lewat makin ramai orang...

tanya ape yg special...
pakcik ni ckp kalau special cuma tambah telur mata.. 
tapi kue tiaw ni ada jual portion kecil dan besar
memandang kiteorg kuat makan tgh kelaparan jadi oder yg besarrrr punya


first impression macam x best je

kerang ciput je
udang pon sekoq yg berenang
tapi portion mmg banyakkkkk
selalunya kat KL kalau order yg besar tu diaorang akan bagi pinggan besar tapi still yang jenis leper tu
tapi yg ni hidang pinggan melekuk..
rasa? sedap~..
udang tu manis, fresh.. bukan stok yg terberminggu-minggu dlm ais tau.. 
memang banyak giler .. tak sampai hati nak bazir.. jd licinkan jelah.. 
Alhamdulillah 

harganya :
2 pinggan BESAR char kue tiaw  berkuah yang sedap
1 teh o panas yg sedang2 manis~
1 teh sarbat panas secukup rasa
total : RM13. ++
berbaloi sgt...

k, 
suke mkn kat sini.. bolehlah pergi lagi next time :)
TQ husben~
http://eemoticons.net

***
kalau tgk perkataan 'char kuew tiaw' ni ni memang sah2 lah dari bahasa cina
bagi sesiapa yang tak tahu char kue tiaw bermaksud 'kue tiaw goreng'..
tapi my chinese fren ckp orang cina selalunya goreng kering tak ade kuah..
tapi x tahu mcm mne kalau pergi kedai orang melayu dan order char kue tiaw tu mesti berkuah,,,.
dan kalau yang kering tu  bukan 'char kuew tiaw' tapi dipanggil 'kue tiaw goreng'.. :P
konpius2~


Wednesday, January 8, 2014

Suratkhabar dan tong sampah


Tip hari khamis :)
 

First time tgk org buat mcm ni masa kat rumah mak mertua..
Selalunya tong sampah mesti ada sisa2 yang basah-basah sikit lebih2 lagi yang kat dapur..
Bila letak surat khabar kat dalam tu, kertas akan menyerap air..
x de lah kes air menitis2 masa nak buang sampah
tong sampah pon kering dan lebih bersih
dan tak perlu nak cuci setiap kali tukar plastik. 
jimat, mudah dan bersih.

Selamat mencuba :)

Wednesday, January 1, 2014

Ahlan wa sahlan 2014~


Sedar x sedar dah masuk 2014
yg paling dalam memori sudah semestinya berjaya menamatkan zaman bujang
walaupun dah terlepas 1 tahun dari target
x pe xpe.. 
sbb ALLAH tahu yang terbaek...

tapi
nampaknya azam nak jd pendiam kite bawa ke tahun ni la yek.. :P

2014
ada kawan yang baru dan ade kawan yang pergi..
semoga yg baru akan saling mengenali..
dan yg pergi akan terus tetap di hati

 dan semoga tahun ini rezki semakin murah
berat keluarga semakin bertambah
kesihatan semakin baik
kerjaya semakin bagus
master semakin... progress?
keewangan semakin stabil
hubungan semakin kukuh
kasih semakin utuh...

Mohon kemaafan atas segala kesilapan
terkasar terumpat tertulis apa2 yg menyinggung..

***

2 Jan 2014
Selamat hari lahir yg ke 2 Fitrisya 
love sangat2~