Follower kesayangan

Monday, February 24, 2014

Ke Big Bad Wolf.. kita makan dulu!


Arghhh kejap je rasa cuti.. tetiba dah hari Isnin.. rasa macam belum puas bersantai-santai hujung minggu.. huhuhuh.. Minggu lepas sempat jugak curi masa lepas balik keje ke BBW.. sanggup pergi office awal dari kebiasaan sebab nak keluar awal.. kiranya nak hilangkan rasa bersalah la tuewww.. ahaks!.. 

Dari Office kami menapak ke Stesen Putra.. niat nak naik teksi dibatalkan setelah diberi jelingan manja dengan member sebelah.. jadi jalan ajelah sambil exercise.. Sampai kat Stesen Serdang, Cik Nadh jemput terus ke Mines.. perut dah berkeroncong maklum jelah memang waktu balik keje adalah waktu memberi makan perut. Memandangkan Cik Nadh ni bekas student UPM yang dah tentunya lebih familiar dengan mines ni so dia diberikan mandat untuk pilih tempat makan.. So kitaorg setuju nak makan kat Sweet Chat Cafe. Actually 7 thn lepas, pernah kerja dengan sebuah syarikat kat depan South City Plaza.. tapi tak pernah pulak makan kat sweet chat ni.. Tak pasti masa tu dah ada ke tak kedai ni kat sana masa tu. 


Sweet Chat Cafe.. selesa.. santai. menghadap 'sungai' mines

 Baked Mac N cheese. Sedap dan tak memuakkan.

 Curry Laksa RM15.90

Set Spicy smoked beef pasta yang diinspirasikan dari daging salai masak lomak cili api yang tak pedas RM16.90


So far.. oklah makan kat sini.. mee curry tu boleh tahan.. tp sebab dorang gunakan 'laksa' ala2 mee magge tu jadi bila lambat je mkn dah kembang..   dan suka sgt dengan pancake durian.. nama je pancake tp rasa samaje mcm durian crepe. 

RM9.90/ 3 ketoi

Selain dari itu, kita orang merasa jugak Herbal Treassure soup yg rasanya ala2 laici kang.. lega rasa tekak lepas kekenyangan minum benda alah ni.. dan menu satu lagi almond cream.. yang mana kurang kena dengan tekak saya RM5.90 . Kalau nak murah boleh order set lengkap dengan desert dan peach tea =) Kalau nak tahu menu2 lain turut dijual boleh lah jengah2 kat sini dan sini ye.


Pengiktirafan Halal =)

Daaa... 


Wednesday, February 19, 2014

Jom bersihkan keyboard...


Hari ni nak share tip sikit.. mudah, santai, jimat nak bersihkan keyboard komputer/ laptop! walaupun hari2 guna keyboard, tp kekadang x prasan keyboard tu dah berdebu.. Bila prasan baru sebok nak cari berus atau kain.. so kali ni tak perlu susah2 lagi.. Bagi sesiapa yang kerja kat office mesti selalu guna sticky note kan.. Sticky note ni digunakan untuk tinggalkan pesanan untuk org lain atau diri sendiri. Tapi lepas ni lepas guna jangan buang terus tau sebab boleh gunakan untuk bersihkan keyboard komputer korang

ha mcm ni...


lalukan sticky note kat celah2 keyboard.. tapi pastikan bahagian yang ada gam tu kat bawah ye
supaya debu2 melekat pada bahagian gam yang ada. 

Nampak x follower kat atas tu.. TQ pada korang yg bagi support dan share story mory.. Lepas ni sambil korang cari idea nak update blog tu boleh lah cuba ! =) daa...



Tuesday, February 18, 2014

Pre-meroyan


Uops jgn slh fhm... I belum berdua lgi.. ni meroyan sbb penimbang berat bergerak ke kanan... br je nak happy2 bulan lepas dpt turun .. konon dah tercapai target nak turunkan 2 kg sebulan.. tp TERnaik semula! 

Sejak kahwin hampir 6 bulan ni ...dah naik 7 kg.. apa nak heran kan, org lain pon naik juga sbb bunting pelamin. tp errrr ni bunting lomak.. =P Tetiba teringat kata2 exkelik; kalau akak preknen mesti baby tu akan dpt lebih perlindungan sbb perut akak tebal....  




Lepas mengurut dengan mak bidan dekat Tanjung Karang aritu, seminggu rasa perut ni semacam aje.. masa urut tu best je kan.. pastu ha rasakan..sakit... =(...  cun pulak 'kawan baik' nak datang.. lagi perut rasa penuh x sedap... pastu mulalah makcik nak feeling2 bunting pelanduk..  eeuuwww~ ape ke hei nyer? =P


* * * * * * * *

tetibe rasa rindu pulak dgn exkelik yg mulut xde insuran tu.... =(

Wednesday, February 12, 2014

Kouger + Tabu


Tajuk : Kouger (Kouger + Tabu)
Penulis : Syaz Johar



Novel ni sebenarnya terdapat 2 cerita.. Cerita Kouger yang pertama tentang hidup Keisha.. Perempuan 'matang' yang cenderung kepada lelaki muda.. dipaksa berkahwin dengan seorang duda.

Kisah kedua Tabu tentang gadis montel yang berkasih dengan lelaki Kenya.

Mula-mula, rasa teruja gila dengan tajuk dan sinopsis buku... tapi bila dah habis rasa mcm x tahu nak komen apa... 

Sebenarnya untuk menjadi seorang penulis tidak semudah yg disangka. Seorang penulis tidak sekadar bercerita. Tetapi juga harus bertanggungjawab menyampai dan memberi informasi2 dan nilai2 murni dalam novel mereka. Walaupon dlm kehidupan ini kdg2 manusia terlupa pd tuhan.. tetapi rasanya sukar  diterima akal kalau hampir semua watak adalah negatif. Seperti kejam sgt dunia ni. Mmg realiti mcm tu ke? Atau sy belum cukup mengenal dunia?. Huhu

Kalau tgk kat online, mcm2 review yg ditulis. Negatif dan positif. 'Keberanian' watak dan jalan cerita memberi kelainan dari novel lain. Apapun, tepuk dada tanya selera... cuma pada sy membaca itu jambatan ilmu... mendidik jiwa dan mindamu... spt mutiara dlm lautan biru... bernilai dan tidak  membuat jiwa haru biru.. daaa... 


Sunday, February 9, 2014

Ke Bukit Broga...


Morning semua...

Tahniah kpd blogger Syaz yang telah melahirkan seorang bayi lelaki yg sihat dan comel... tapi minta maaf  sangat2 sebab x sempat nak lawat haritu sbb tengah buat survey bidan kat area Kuala Selangor... =( x sbr sgt nak jumpa baby... muahh baby Hadif.. (nama pon sedap).

Hari ni rasa sakit2 badan... hampir2 je nak EL.. tp alhamdulillah compare dgn mlm td, pagi ni rasa kaki dah OK skit.. .. malam tadi sakit sangat sampai sembahyang pon terpaksa duduk.. =( Ni semua gara2 naik Broga Hill x warm up betul2 PLUS dah lama x exercise.. semua otot dah manja sgt.... huhuhuuh


Poster

Pendakian kali ni sebenarnya bertujuan untuk mengutip derma untuk negara Palestin dan Syria yang skrg ni mcm kite tahu tengah berperang... Untuk join ni free je.. cuma setiap orang dimestikan membawa 1.5 L air kosong / RO/ mineral ke checkpoint. Kat sana, diaorang masak air dan buat air teh menggunakan air yang di bawa untuk diedarkan pada pengunjung di sini sambil mengutip derma dari mereka. 

Pagi tu, kiteorg bergerak dr Greenwood dalam pkl 5 pagi. Singgah di Masjid Raja Muda Musa Semenyih untuk solat Subuh. Semoga diberi beri keberkatan dan keselamatan kepada kami.. Berkumpul lebih kurang pukul 6.30 pagi di kaki bukit.. nengok geng2 yg join semua muka bebudak je..... huhuhuu terasa diri ini semakin tua... uops belum lagi..baru sweet 30s tau~  tapi bila tgk makcik2 dan atok2 pon ada yang ggih nak panjat.. rasa berkobar2 pulak.. lagi2 bila membawa bendera negara Pakistan dan Palestin...


Melepas lelah separuh perjalanan

Setelah sekian pendakian akhirnya sampai jugak ke checkpoint a.k.a tempat masak air.. bila dah sampai ni bolehlah pass mineral yang bawa tu pada AJK.. yeah dapat ringan kan beg... 



Kat puncak pertama ni sebenarnya cantik sangat.. kat sinilah ramai org snap gambar untuk kenangan.. dan kat sini juga ramai yang dah stop pendakian.. hihi.. tapi bagi yang masih larat boleh teruskan sampai puncak.. 

menuju puncak.. cammon u can do it!


Akhirnya.... Alhamdulillah.. =)

400 m ketinggian sahaja.. tetapi mencabar juga sebab permukaan bukit yang licin.. so cara paling cepat dan selamat nak turun kite gelungsur je.. =)

Tuesday, February 4, 2014

P.S. I Love You


Pe kabo orang kampung dan orang bandar? sekarang cuaca mcm dah panas semula. Rasa mcm dah lama je x update blog.. walaupon sebenornya org lain muak  baca asyik nak menghapdet je.. so kali ni ada gap sikit.. baru lepas hilang nervous tetiba laptop terpadam .. rupanya lupa pasang plug.. :P

Lately bz skit ke hulu hilir buat survey. target nak ckupkan bidan jd 30 orang. baru dpt 17.. 13 to go.. jiayu! sambil jalan-jalan cari bidan, bila free2 layan novel.. PS.  I Love U, hadiah besday 2011 dari suami yg masa tu baru berstatus teman tapi mesra... First time jumpa, first time dating dengan dia kat Aeon Seremban 2 masa besday ke 30.. saja pilih novel ni.. Ingatkan dapat hadiah suprise tapi tgk2 kena pilih sendiri da...

Tajuk : P. S I Love U
Penulis : Cecilia Ahern
Genre : romantik


Novel ini mengisahkkan suami istri; Holly dan Gerry. Apabila Gerry meninggal disebabkan barah otak, Holly berubah menjadi pemurung dan tidak bergaul dengan orang. Tanpa Gerry hidupnya menjadi tidak terurus. Sehinggalah suatu hari hatinya terbuka untuk mengambil bungkusan yang dialamatkan di rumah ibunya. Bungkusan tersebut telah disediakan oleh Gerry sebelum mati. Bungkusan yang mengandungi nota-nota dan tugasan untuk Holly telah sedikit demi sedikit mengubah hidup Holly. Walaubagaimanapun die berasa kesunyian dan tertekan bila melihat kebahagiaan Sharon dan Denise. Kemunculan lelaki 'X' (hehe lupe nama) pemilik kelab malam yang sentiasa memberi semangat membuatkan Holly mula berasa senang dengan nya. Holly dihantui rasa bersalah pada Gerry. Nota-nota tersebut membuatkan Holly merasakan Gerry sentiasa bersama dia. Sharon dan Denise bimbang sekiranya Holly masih dibayangi kehidupan dengan Gerry. Namun sebenarnya nota-nota tersebut telah memberi semangat kepada Holly untuk menjadi lebih kuat  dan berjaya tanpa Gerry disisi. Sesapa yang rasa malas nak baca novel, boleh tengok movie dia.. cuma dlm movie jalan cerita ada ubah sikit....

Novel ni memang romantik.. kdg2 novel romantik english ni mesti nak ade adengan sx kan.. tp tanpa adengan mcm tu pon sesebuah cerita boleh jadi romantik kalau ditulis dengan baik. Memang kalau hidup kita kalau terlalu rapat dengan seseorang memang  terlalu susah untuk kita lepaskan. lagi2 suami yang dok mkn tido sama.. tetibe teringat dulu masa muda2 kalau pegi mana2 mesti nak ade berteman.. tp bila sorang-sorang kawen.. sambung belajar... terpaksa belajar sendiri-sendiri... walaupun mula2 rasa kekok je.. tp skrg dah ok je nak pergi mkn kat mana2 sorang2.. (kalau x de choice la)... balik psl suami istri.... suami istri kene saling bagi sokongan satu sama lain.. mcm dalam novel ni walaupun suami dah meninggal tp kata-katanya memberi semangat untuk meneruskan kehidupan... untuk kita sebagai cth bagi kata-kata semangat kat pasangan yang makin mengembang lepas kawen utk kuruskan badan. Walaupun ibarat mencurah air ke daun keladi.. =P ..tapi kata-kata tersebut pasti akan menjadi ingatan.. kalau tidak sekarang tapi pada masa akan datang..  ye dok?

* * * * *  * * * * * * * *

Aku kasar, tidak selembut siti nurhaliza.. garang, tapi tidak selaser adlin.. Semoga kita dapat menerima satu sama lain.. P.S.. I love you..