Follower kesayangan

Sunday, February 9, 2014

Ke Bukit Broga...


Morning semua...

Tahniah kpd blogger Syaz yang telah melahirkan seorang bayi lelaki yg sihat dan comel... tapi minta maaf  sangat2 sebab x sempat nak lawat haritu sbb tengah buat survey bidan kat area Kuala Selangor... =( x sbr sgt nak jumpa baby... muahh baby Hadif.. (nama pon sedap).

Hari ni rasa sakit2 badan... hampir2 je nak EL.. tp alhamdulillah compare dgn mlm td, pagi ni rasa kaki dah OK skit.. .. malam tadi sakit sangat sampai sembahyang pon terpaksa duduk.. =( Ni semua gara2 naik Broga Hill x warm up betul2 PLUS dah lama x exercise.. semua otot dah manja sgt.... huhuhuuh


Poster

Pendakian kali ni sebenarnya bertujuan untuk mengutip derma untuk negara Palestin dan Syria yang skrg ni mcm kite tahu tengah berperang... Untuk join ni free je.. cuma setiap orang dimestikan membawa 1.5 L air kosong / RO/ mineral ke checkpoint. Kat sana, diaorang masak air dan buat air teh menggunakan air yang di bawa untuk diedarkan pada pengunjung di sini sambil mengutip derma dari mereka. 

Pagi tu, kiteorg bergerak dr Greenwood dalam pkl 5 pagi. Singgah di Masjid Raja Muda Musa Semenyih untuk solat Subuh. Semoga diberi beri keberkatan dan keselamatan kepada kami.. Berkumpul lebih kurang pukul 6.30 pagi di kaki bukit.. nengok geng2 yg join semua muka bebudak je..... huhuhuu terasa diri ini semakin tua... uops belum lagi..baru sweet 30s tau~  tapi bila tgk makcik2 dan atok2 pon ada yang ggih nak panjat.. rasa berkobar2 pulak.. lagi2 bila membawa bendera negara Pakistan dan Palestin...


Melepas lelah separuh perjalanan

Setelah sekian pendakian akhirnya sampai jugak ke checkpoint a.k.a tempat masak air.. bila dah sampai ni bolehlah pass mineral yang bawa tu pada AJK.. yeah dapat ringan kan beg... 



Kat puncak pertama ni sebenarnya cantik sangat.. kat sinilah ramai org snap gambar untuk kenangan.. dan kat sini juga ramai yang dah stop pendakian.. hihi.. tapi bagi yang masih larat boleh teruskan sampai puncak.. 

menuju puncak.. cammon u can do it!


Akhirnya.... Alhamdulillah.. =)

400 m ketinggian sahaja.. tetapi mencabar juga sebab permukaan bukit yang licin.. so cara paling cepat dan selamat nak turun kite gelungsur je.. =)

8 comments:

  1. Bestnya naik bukit broga.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat.. cuma lepas tu sakit sikit badan.. =P

      Delete
  2. SINI cantik kan...untung dpt peluang naik bukit nie...lagi untung sbb sempena majlis kebajikan mcm nie...moga diberkati kehidupan...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. memang cantik. sygnya x byk ambil gambar.. sebab leceh nak keluar masuk handphone... insyaAllah.. =)

      Delete
  3. cantik sangat permandangan atas bukit broga ni..rasa tak nak turun dah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x juga awak.. sampai je puncak, snap, trus turun sorang2. x sabo nak turun sbb terbyg air kelapa kat bwh bukit tu... XD

      Delete
  4. Teringin sangat! nak naik bukit ni time cuti nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah.. mesti best pergi ramai2... lg best pergi gelap2 boleh lah tgk matahari terbit.. mcm kami haritu terlewat skit..

      Delete