Follower kesayangan

Wednesday, March 12, 2014

Tak ada duit tapi nak pergi haji


Terkejut sangat bila dengar cerita kapal terbang MAS yg hilang tu.. rasa berdebar debar jantung setiap kali ada perkembangan. Tak kurang macam-macam spekulasi pasal kehilangan kapal terbang ni sampai tak tahu nak percaya yang mana satu. Jadi sekarang ni malas nak baca-baca sangat yang orang share2 atau tulis kat fb atau blog.. Tunggu dan lihat. Doa yang tidak putus untuk mereka.. semoga mereka masih selamat dan  dilindungi Allah selalu.  dan semoga keluarga mereka tabah dengan segala kemungkinan.. =(

Cakap pasal kapal terbang, ex-officemate baru je balik dari umrah.. dan bos tersayang baru je pergi umrah... Tak tahu kenapa rasa jeles sangat..Memang dah lama sangat teringin nak ke sana. Tapi bila tengok buku akaun. alahai.. tak cecah 4 angka pon
 
Tahun lepas, bila NISS bagitahu boleh register pergi haji guna duit KWSP terus rasa berkobar-kobar nak register. Tapi masa tahu tu dah nak kawin.. jadi sibuk sikit ke hulu hilir buat persediaan.. bila dah kahwin, susah pulak nak cuti. Alhamduillah Jumaat lepas baru berpeluang nak uruskan. Plan memang nak sangat registerkan untuk umi dan abah..

Dari cerita-cerita umi, saya tahu umi nak sangat ke tanah suci.. cuma mungkin dia serba salah sebab abah tak pernah pon cakap pasal perkara ni. Saya tak pasti abah ada terfikir nak ke sana atau tak sebab dia tak pernah cerita apa2 atau bagi hint. Mungkin ada terdetik disudut hati tapi simpan di dalam hati sahaja sebab abah dah lama menjdi surirumah tanpa pendapatan tetap.
 
Sebagai anak sulong memang teringin sangat nak bawa mereka.. tapi untuk belanja sendiri pon OK-OK AJE.. mmm.. tak apalah, insyaAllah ada rezki dikemudian hari... Khamis malam Jumaat, tanya abah pasal buku akaun tabung haji dia.. Pendek jawapan abah.. "Tak tahu  mana, dah lama tak ada" mmm ok. 
 
 
 
Jumaat pagi, baru perasan tertinggal surat beranak (bukti hubungan dengan ibu ayah)... Haritu masa call tabung haji, diorang kata kalau nak registerkn untuk ibu atau ayah (jika mereka tak dapat datang sekalli) kene bawakan bukti hubungan.

Bila tanya abah sijil nikah abah, dia pon tak tahu, call umi kat office, dia kata salinan dia kat office kebetulan haritu dia kursus kat tempat lain pulak.. haish.. sedihnya.. rasa mcm putus asa.. seolah-olah Allah belum mengizinkan untuk saya register nama mereka. Jadi kami berdua terus ke ke cawangan tabung haji terdekat kat Bandar Baru Bangi. Lokasinya dekat je dengan Warta Bangi.
 
Sampai je kami terus ambil nombor giliran, alhamdulillah tak ramai orang jadi terus dapat giliran ke kaunter. Puan kat kaunter tu memang sangat baik sebab tolong cekkan akaun abah. Fuh lega akaun tu masih 'wujud' walapun dah lama tak ada sebarang tarnsaksi keluar masuk. Akhirnya berjaya register giliran menunaikan haji untuk kami, Umi dan Abah. Tahun 2070.. InsyaAllah dah jadi nnek pon masa tu =P . Tak apelah. Walaupun perjalanan itu masih jauh, tanpa selangkah menapak sampai bila tak akan sampai ke hujung.
 
Jadi sesiapa yang kurang berduit macam kitaorang tapi nak sangat register pergi  haji, cepatlah pergi register untuk dapatkan giliran yang lebih awal melalui pemotongan KWSP. Caranya mudah saja:

1. Pastikan mempunyai akaun Tabung Haji. Cuba tengok baki duit dalam tu, kalau dah  cukup sekurang-kurangnya RM1300, korang dah tak perlu baca next step.. just terus pergi tabung haji dan register. Kalau tak cukup RM1300 boleh baca next step. Tapi kalau yang belum ada akaun Tabung Haji, boleh buka akaun dengan bayaran murah aja. Kalau tak silap RM20. Tak rugi pon menyimpan dalam akaun tabung haji, dividen bonus tinggi siap dengan potongan zakat terus. best kan? =)
 
2. Pastu korang kenelah ada akaun KWSP. KWSP ni untuk orang bekerja je.. kalau student2 memang tak adalah KWSP. Jadi student2, korang habiskan study dulu k.. pastu keje kumpul duit kat tabung haji. Kemudian, PRINT penyata TERKINI KWSP. Tapi cek dulu .. pastikan ada sekurang-kurang RM1300 dalam akaun 1 baru layak.
 
 
 
 
4. Bawa penyata  TERKINI KWSP ke tabung haji.
5. Maklumkan kepada pegawai yang betugas di kaunter Tabung Haji nak register giliran pergi haji melalui pemtongan KWSP. Insya Allah sekejap je dah setel.
 
Kalau ada apa-apa pertanya boleh telefon atau cek dekat website
 
Tabung haji
No. tel: 03-6207 1919
 
KWSP
No. tel: 03-8922 6000
 
K itu aje, With love,
Ct cucubi
 
 

1 comment:

  1. gud job kak kerol..anak soleha..semoga di permudahkan semuanya..;)

    ReplyDelete