Follower kesayangan

Monday, October 5, 2009

Ketika Cinta Bertasbih 2

Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Genre : Cinta Islamic
Komen :

Hampir setahun lebih saya mengambil masa untuk menghabiskan novel ini.. Hehehe.. akhirnya baru dapat mood untuk membacanya…

Novel ini adalah kesinambungan novel Ketika Cinta Bertasbih 1 mengenai seorang pelajar Indonesia Khairul Azzam/ Irul yang menyambung pelajaran di Tanah Arab. Untuk volume ke 2, menceritakan tentang kehidupan Azzam setelah menamatkan pelajaran dan kembali ke Indonesia. Perit jerih dan ushanya berniaga bakso serta mencari pendamping hidup adalah fokus novel ini. Anna Althafuniisa yang mencuri hati semasa di Mesir telah dilamar sahabatnya. Walapun terbesir kecewa, namun Azzam tidak berputus asa…Ketulusan hati dan kepetahannya dalam menyampaikan dakwah menambat hati penduduk kampung dan keluarga Pak Kiai, namun anaknya telah ditunangkan. Majlis perkahwinan bersama Vivi, doktor yang ramah tidak kesampaian apabila Azzam mengalami kemalangan sehari sebelum majlis. Anna pula kecewa kerana suaminya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan Furqan kerana kemanusiaan terpaksa menceraikan istri yang dicintai…

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (gatal), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)..... Surah An-Nur (Ayat 26)

Jodoh? Jodoh memang telah ditetapkan oleh ALLAH Taa'la.. walaupun ramai yang sibuk bertanya bile lagi saya nak mkn nasi minyak , saya cuma jawab... " ckp je nak bila.. nanti sy banje kat kedai mamak".. mereka hanya tersengih2.. mungkin saya belum bertemu.. atau dah bertemu tetapi masanya belum tiba... mmm bersediakah saya nak bangun awal pagi menyediakan sarapan untuk suami?.. menyiapkan segalanya untuk suami? menyambut raya pertama tanpa keluarga tersayang? bekerja shift malam untuk suami? mmmm saya rasa saya belum bersedia fizikal dan mental untuk ehem2... yelah.. masak pun jarang2 di rumah sewa.. kalau ada pun kalau balik umah family... muahahaha... mmm memang Tuhan Maha mengetahui yang terbaik untuk saya..

6 comments:

  1. Eh...movie KCB sudah siap, tapi still menunggu tayangan baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Nanti boleh lah kau kaitkan dengan novel dia kan?

    ReplyDelete
  2. hehehe... aku pun ade dgr jugak.. x sabar nak tgk ni..

    ReplyDelete
  3. Wah, tengah dengar lagi KCB ni. Tiba-tiba buka blog akak, ada cerita pasal novel KCB pula.

    Apa pun, yang terbaik untuk akak, insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. hehehe... :).. tq for ur support!!!

    ReplyDelete
  5. alamak, tak ingat nak komen ape daaa...
    ahaks!

    tgh serabut..:p

    ReplyDelete
  6. alamak, tak ingat nak komen ape daaa...
    ahaks!

    tgh serabut..:p

    ReplyDelete