Follower kesayangan

Tuesday, December 1, 2009

Juri Terakhir

Tajuk : The Last Juror (versi terjemahan melayu)
Penulis : John Grisham
Penterjemah : Rolida
Komen : best...

Salam buat semua… Ini kesekian kalinya saya memilih buku terjemahan untuk mengisi masa2 lapang saya…

Beberapa buku terjemahan english yang pernah saya baca :

1. A Thousand Splendid Suns
2. mmm.. tu je ke?

Buku Juri Terakhir ini saya beli di Giant Nilai dengan harga nak cecah RM32. Awatlah buku terjemahan english salu mahai?... Mula2 baca saya dapati, penterjemahan terikat dengan lenggok bahasa english. Tetapi bila dah lama2, saya rasa serasi pula. Jalan ceriter sgt best dan suspen.. Saya suka kan cerita ala2 penyiasatan begini kerana ia akan membuatkan saya cuba membuat takulan sesedap rasa.

Buku ini berlatarbelakangkan zaman 70an ini mengisahkan tentang Willie Traynor, pemuda berusia 23 tahun yang telah membeli sebuah syarikat akhbar, The Ford County Times yang bankrupt milik majikannya, Spot. Peristiwa pembunuhan Rhonda Kassellaw janda beranak 2 yang dirogol dan dibunuh oleh Danny Padgit menjadi tajuk utama akhbar beliau. Keluarga Padgit sangat kaya dan terkenal dengan perniagaan dadah, arak dan pembalakan haram. Kewujudan saksi palsu tidak dapat melawan bukti yang ada. Danny telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Setiap perkembangan perbicaraan Padgit dilaporkan dengan terperinci sehingga membangkitkan ketidaksenangan keluarga Padgit. Danny telah mengugut untuk membunuh semua juri yang terlibat. Ini menimbulkan kerisauan di kalangan juri2. Akhirnya Danny di dapati bersalah namun juri telah sebulat suara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

9 tahun berlalu, Padgit telah dibebaskan dengan parol dan pulang ke Clanton. Ini meniimbulkan ketidakpuasan hati penduduk Clanton. Kematian seorang demi seorang juri yang terlibat dalam persidangan Padgit mati dibunuh. Nota kecil salah seorang juri yang merupakan rakan Willie Traynor, Pn. Callie Ruffin seorang berkulit hitam telah memberi klue kepada polis. Tetapi mengapa semua juri yang dibunuh merupakan juri yang menentang Danny dihukum bunuh? Siapakah juri terakhir? Adakah juri terakhir akan mati? Jeng.. jeng jeng.. siapakah pembunuhnya? Danny Padgit? Kuang kuang kuang….

Kalau hokme sume nak tau lebih lanjut.. boleh lah beli atau pinjam kat sesapa k… koi dah beli buku english version kat kinokuniya. Rege : plus minus RM30… Dengan harapan koi bolehlah improvekan english skit2.. huhuhuhu…. Sambungan citer ni akan disambung lepas baca yang english version.. saba weh... (koi jeles ngan member koing beli novel John Grisham ngan rege 8 hengget!!!!... panas! panas!!

No comments:

Post a Comment