Follower kesayangan

Saturday, April 27, 2013

HB sy - bolehlah~

Assalammualaikum

Alhamdulillah
Hampir siap 1 bende!
Mungkin x secantik org lain buat..
tapi dpt juga siapkan sendiri
dan jimat
:)

Hand  bouquet sy

80% dah siap
lagi 20% nk kene tambah lg..
:)

Da...

Friday, April 26, 2013

The Project telekung

Assalammualaikum
semua..

Aritu masa jalan2 kat Jln Tar
sempat menyinggah kat surau di Bangunan Mara
x ingat ms tu nak tumpang solat zohor atau maghrib
Then lepas sembhyg terperasan ni
The Telekung Project

Korang pernah dgr?

uopss jgn misunderstood..
telekung ini bukan dijual di kedai "The Telekung Project"
tapi The Telekung Project sbnrnya porjek amal mencuci telekung surau-surau awam 
oleh Nor Azila Abdul Aziz dgn anak dia
.
Projek ni x pasti bermula dr 2011 rasanya x pasti
yg psti pernah tertgk kat tv 
dan ada keluar Utusan Malaysia bertarikh 28 Feb 2012
Ni artikel yg menceritakan alkesah bermula projek ni

"Semuanya bermula apabila anak sulungnya, Sofea Najihah Zulhelmi (ketika itu berusia tujuh tahun) dilatih untuk bersolat. Seperti kebanyakan wanita lain, saya juga merungut apabila telekung untuk bersolat yang disediakan sebagai wakaf di surau-surau di pusat membeli-belah dalam keadaan kotor dan berbau masam. Mulalah saya mengajak anak untuk bersolat di tempat lain sedangkan waktu solat sudah lama masuk.

"Sofea pula mempersoalkan tentang hukum melewatkan sembahyang. Malah dia juga bertanyakan kepada saya kenapa telekung di surau kotor sedangkan agama Islam itu mengajar tentang kebersihan," kata Norazila Abdul Aziz, 33, pengasas The Telekung Project.

Soalan bertalu-talu daripada si anak membuatkan dia akhirnya berfikir sejenak. Semenjak itu, Norazila mengubah persepsi dirinya daripada sering merungut kenapa tidak ada telekung yang bersih kepada terus membawa pulang telekung yang kotor untuk di basuh di rumahnya.

"Saya bermula dengan lima telekung. Saya bawa balik dan basuh. Dalam pada itu saya ganti telekung di surau itu dengan telekung wakaf baru supaya wanita yang ingin bersolat boleh menggunakannya. Aktiviti tersebut menjadi rutin saya dan anak-anak, iaitu Sofea dan Nurhana setiap hari selepas balik sekolah, Kami bermula dengan telekung di surau pusat membeli-belah di sekitar ibu kota, surau di Petronas dan juga di wakaf perhentian rehat," katanya.

Dari situ Norazila mendapat idea untuk menjadikan ia satu projek yang boleh dilakukan oleh wanita lain juga. Baginya, perkara yang baik mestilah disebarkan supaya ia menjadi galakan kepada orang lain untuk membuat kebaikan. 

"Saya pernah dengar satu ceramah oleh seorang ustaz tentang niat kita menyebarkan kebaikan supaya lebih ramai orang dapat buat baik. Syaitan juga tidak suka bila ramai anak Adam berbuat kebaikan. Pada saya tidak timbul isu riak kerana apabila saya melakukan perkara ini secara senyap, simpan seorang diri dan akhirnya barulah perasaan riak itu timbul kerana 'hanya aku seorang saja yang baik kerana basuh telekung'. Lalu saya mewujudkan akaun di laman sosial Facebook dan menamakannya sebagai The Telekung Project. Harapan saya agar lebih ramai wanita boleh melakukan perkara ini di kawasan mereka," ujarnya yang juga merupakan seorang kaunselor sekolah.

Tambah Norazila, sebaik sahaja The Telekung Project dimulakan di Facebook, seorang wanita dari Kluang, Johor sudi mendermakan 10 helai telekung untuk diwakafkan. Malah wanita tersebut yang tidak mahu dikenali menjadi penyumbang kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh The Telekung Project.

"Sejak membuka akaun ini saya bertemu dengan ramai wanita yang mahu membuat kebajikan. Walaupun menyumbang RM1, itu sudah cukup bernilai. "Malah dapat saya rasakan segalanya dipermudahkan Allah. Apabila saya menginginkan tajaan kedai dobi, ada hamba Allah yang memiliki kedai dobi sanggup mengambil telekung-telekung tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah mengajar saya sistem tagging untuk mengenal pasti mana satu telekung wakaf dari The Telekung Project dan yang bukan," jelasnya yang memberitahu jumlah telekung yang dibawa basuh untuk satu pusingan mencecah ke angka 168 pasang.

Sejak melancarkan The Telekung Project, Norazila dapat mengumpulkan komunitinya sendiri. Tiada borang yang perlu diisi dan sesiapa saja boleh menyertainya. Malah menurut Norazila, komuniti itu juga mempunyai ahli sejauh di Liverpool, United Kingdom dan Doha, Qatar. Penderma tersebut memasukkan wang ke dalam akaun projek ini secara online.

Artikel Penuh klik kat http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Apa mcm kagum x?
teringat umi selalu bawa balik telekung dr masjid untuk cuci
dan teringat juga masa umi tumpang sembahayang kat surau hostel tempat sy bljr
"Sekali sekala tolong lah cuci telekung-telekung sutau ni
Kotor org lain nak pakai"

Huhu..
tp sampai sudah sy x berkesempatan nak cuci telekung kat surau hostel.
Hmm bukan sekali umi ingatkan sy
Byk kali..

Ni adalah slh satu cara nak membantu  org
mmg kat sesetgh surau awam,
kdg2 tu lebih baik kita smbhyg je dgn pakaian yg sedia pakai (pastikan tutup aurat)
sbb telekung surau tu baunya
^%$#$%^&*(&^%
bukan mencarut
tu belum kira taik2 lalat yg menceriakan telekung tu
sadis nya tgk telekung yg nk guna mengadap Allah

Dulu rajin juga bawa telekung bila nak kluar jln2..
tp kdg2 terlupa juga
atau kalau bawa beg kecik mmg x bawa..
bila singgah surau2 mcm ni adoihai..
lomah nyawo mak aih..

Kalau kita x mampu nak sedekah telekung baru,
buat mcm ni pon ok apa..
paling2  teruk pon lepas kita pakai telekung awam tu sidai atau lipat elok2
Ni ada sesetgh tu main timbun atau gulung
Kalau nak buat mcm tu baik korang bw telekung sendiri
Nama pon dah pakai, pandai lah lipat
At least  senang org lain nak cari/ pakai
mata pon x sakit menengoknya.

Kalau sesiapa nak bg telekung atau nak derma bolehlah hubungi The Telekung Project
telekungproject@gmail.com

Pernah juga bawa balik telekung opis..
tp kan tetiba jd kes
huhu..
tp x pe,
walaupon x tahu bila lg dtg kerajinan lg
jgn sesekali kita bosan utk membuat kebaikan..
:)

Selamat berehat..
Daa..

Thursday, April 25, 2013

Inspirasi bunga bertelur

Salam readers..

Sebelum2 ni
sy x pernah kesah pon psl bunga telur
tahu2 je pg kenduri dpt bunga telur
yg paling penting telurnya bw balik rumah
buh kicap.. nyum nyum..
pastu pot pot pot..
uopss jgn lupe tutup idung
haha
Bunga telur?
Sepah2 buat main je.

First time simpan bunga telur 3-4 thn lepas

Bunga telur Shirah

Bunga ni dpt masa kawen shirah
comel sgt mak dia buat
sbnrny ada bunga merah kertas kecik kat tgh
sgt xclusive gitu..
Sbb suke sgt dgn bunga telur ni
masih lg simpan sampai skrg walaupun bunga nya dah tak tahu pg mana
nanti bila2 bolehlah rujuk bila nak buat sendiri kan..
Mulai haritu
bermulalah sy menyimpan bunga telur.

Tapi dlm byk2 bunga telur
sy mmg kagum giler dgn org yg DIY bunga telur sendiri
x kesahlah mungkin pd mata org lain buruk ke hape ke
murah ke mahal ke 
tp yg pasti org tu personally satu persatu buat
dan spend ms untuk buat.
yelah kalau beli tu kan just keluar duit dan tunjuk2..
10 minit pon boleh setle
lgpon nak buat bende2 mcm ni perlukan kesungguhan
To me dorang2 ni mmg sgt suuweet~~~ 

Ni antara bunga telur DIY kawan2 yg menjadi sumber inspirasi:
 Bunga telur stokin
Nini - Banting

Bunga telur kertas crepe
Syaz - Tepeng

 Comel kan?
Skrg ni kan tgh trend buat bunga telur tisu
Dah try byk kali tp x reti.
huhuhuh
Pastu ingat nak buat mcm Syaz..
Tp x jd sbb terjumpa
dan bunga telur fabric kat sini
x tahu knp kat blog tu dah remove gmbar
dan sy dah try mesej tuk pinjam gmbar tu..
tp x de respon
tp korang boleh google je "Bunga telur fabrik"

Dr blog ni sy terus semangat nak buat
Jadi skrg dlm proses menyiapkan..
agak renyah jugak nak buat...
lepas beberapa kali experimen br jadi..
huhu

pastu minggu ni td terjumpa 1 lg bunga telur yg superb cute kat blog
QatrunNada
Bunga telur Daisy
mmg superb cute!!

Pada yg belum buat
boleh cuba buat
sbb kat blog ni lengkap dgn tutorial kat sini
boleh jln2 cuci mata kat blog dia..
sbb die ada buat mcm-macaaaammm yg comel
ada bantal comel, anak patung comel, HB  comel dan byk lg lah
rambang mata (@..@)
kalau x fikir tgh simpan duit skrg mcm nak order je bunga tulip ni.
comel kan?

So kalau korang nak order2 korang boleh send mesej kat dia.

***************

Ya Allah berikan lah aku kekuatan nak buat DIY ni..
huhu
atau kau murahkan lah reaki ku lebih nak order bende comel ni
Aamiin~ :)


Bunga telur Jan dan  Arwah En Rusli

Gmbat kat atas tu sebahagian dr koleksi bunga telur
Tetibe teringat arwah bile tgk bunga telur ni
Al Fatihah

K Daa...
Selamat bercuti esok

Monday, April 22, 2013

Rahsia kita berdua~

Salam

Tak tahu knp kebelakangan ni asyik nak layan lagu Ainan Tasneem
"150 juta kali"
Bila dgr lagu ni
nyanyi2 smbil buat gaya Gwiyomi..
haha
kalau 10 tahun dulu sy buat gaya ni
mesti org kata
tomeynyer die~~~
sambil nak cubit2 pp gebu ni
tapi kalau skrg
confirm korang terus demam 44 hari.

Tetiba
rindukan zaman muda remaja berhingus
at least
bila layan2 mcm ni rs mcm comel dan muda mcm dulu
haha

Suka music dan lirik lagu ni:


................
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
~Rahsia kita berdua~
Sumber : liriklagumuzika.com



Gaya Gwiyomi Korea
yg dah mcm tarian Klasik India..
:P
Mkn2 KFC  Spicy Korean Crunch
dgn kellik yg akan pg training ke Beijing
rs kembang dah tekak asyik mkn tu je
I hope u akan dpt menjalani training dgn lancar di sana
sehat
dan bw balik lelaki kaya
ooh ya
Jgn lupe tolong belikan
payung lace comel k
hihi

Ok, daa..

Thursday, April 18, 2013

Merayau-raya di Pulau Jawa [2]

Assalammualaikum

Hari ni nak post sambungan ini dan ini

Mcm dah citer sblm ni
Dari Malaysia kitaorg mendarat kat Airport Jogja
Kemudian ke Ponorogo
terus ke Malang
Dan last sekali ke Surabaya




Peta perjalanan

Sgt lah jauh dr Bandung.. huhu
Nama pon lawatan ilmiah
jd x delah shopping2 sgt
Tp yg pasti seronok bila dpt pergi ke negara org lain
Byk benda baru yang dpt tgk
Haishh kan best kalau $ berkepok
Boleh travel oversea salu.
tak pe, x  pe, yg ni pon bershukur jugak di beri peluang dtg ke sini
sygnya x semua dpt snap dlm gambar..
huhuhu
Jadi layan kan aje beberapa gmbar2 yg sempat snap ni k..


 Papan tanda di tempat kediaman, Pondok Moden Ponorogo

Di kawasan ni kebanyakkannya bercucuk tanam padi dan jagung
Cantikkan dorang susun jagung ni? :)
kalau x silap ini utk mknan haiwan.

Pintu gerbang ke pondok

Comel x?
Langsir kat bilik kami mendgr taklimat
Pondok Moden Darussalam Ponorogo

 Pemandangan unik
Kalau kat Malaysia kita guna tiang2 besi / kayu untuk panjat2 / sokong bangunan
Dorang fully menggunakan bamboo
Jimat!

 Pondok kunci yg Kawaaiiiee!!
muat2 je utk sorang  duduk.

 First time mkn kulit lembu

tp org kata nak proses kulit lembu ni mkn bulan jugak.

kenyal2
sdap jugak. :)
k, itu saja..
Daa..


,

Tangga timpa kami...

Assalammualaikum

Since mlm td bz sgt layan High Kick sambil buat bunga telur
Jadi x smpat nak update blog..
tp kalaau over rajin sgt update 
kang ade pulak nak muntah darah baca blog ni kan.. :P

Akibat drpd tu
Hari ni merupakan hari bergotong royong yg ke sekian kalinya
Tadi pon ada org dr bhgn keselamatan check office
Sebab perabut2 dah naik kulat
risau spora2 kulat tu boleh mendtgkan penyakit
Seram.. 
lagi2 ade bhn kimia bebahaya tumpah ms pindah2 brg
huhuhu
sudah jatuh ditimpa tangga



Kiteorg disarankan pindah ke pusat pemindahan sementara

Sebenarnya sgtlah mls tahap gaban nak pindah2...
walaupon meja sy sgttttttttlah mcm tongkang pecah
Ye ye mengaku
sebelum banjir pon mmg mcm tu
tp yg ni tongkang pecah terbalek tergolek
tp bak kata org:
Hujan batu dinegeri sendiri
Hujan emas dinegeri org
Lebih bak negeri sendiri
B-)

Tapi kalau betul2 hujan batu..
sure kepala korang benjol2..
the worst that will happen : berlubang2..
Tapi kalau hujan emas syok jugakkan
makcik kayo!!
terus makcik book tiket honeymoon pg umrah
hehehe..

Ni kes lg pelik berlaku kat Australia masa tahun 2010; 
hujan ikan
org putih kata fish.. org arab kata samakun

Source: Mr Google

dorang kata kejadian mcm ni berlaku sbb dibawa oleh angin taufan
tapi ade yg x setuju sbb selalunya hujan 'animal' ni 
hanya satu spesisnya je yg turun dlm satu2 masa
Sepatutnya kalau dr angin taufan mestilah ada mcm2 haiwan kan?
mmm
Itulah kekuasaan tuhan kan..

Bila pkir2 walaupun office kiteorg skrg ni mcm dilanda tsunami
tapi mesti ada hikmah yg tersembunyi
:)

ok, tu je
Daa...

Tuesday, April 16, 2013

Tolong jgn cari

Assalammualaikum

Arini nak post post hot

Korang pernah x ada sedara mara atau kwn yg
x rapat
x pernah contact
x mesra
x susah bersama

dtg cr korang bila hanya
nak jual brg atau
nak suruh jd agen jual brg underline dia (MLM  etc)
atau
Nak minta tolong
tu die ayat manis giler~~~
sampai semut pon lemas manis sgt

Tapi bila korang refuse 
dorang bg statement kat chat / wass app/ status fb etc 
yg annoying GILER
ckp korang mcm x reti rebut peluang sdgkan dorang cuma nak tolong korang je..
atau ungkit2 bende yg dorang pernah tolong korang 
sdgkan dorang yg terhegeh2 nak volunteer

Rasa nak sepak biar berguling masuk longkang lorong Hj Taib ni je.
tolong?

tolong blah boleh?
:P

Org mcm ni bukan nak menolong pon..
Kalau tolong x ikhlas dan nak ungkit2 baik x payah.
Lagi pon korang nak tolong atas sbb kepentingan sendiri
Hrpkan supaya mendpt blsan
atau org beli brg korang atau jd downline korang

Buat baik dibls baik..
Tapi hati mau ikhlas maaaaaaa
Kalau org x nak
jgn d paksa2
Hidup pon kat negara demokrasi
pertolongan yg dah diberi insyaAllah akan dpt pahala berganda2
(tu kalau pernah tolong la)
Dan setiap org ada hak masing2
berdasarkan pertimbangan yg x perlu pon nak explain kat semua org.
betol x?

Klah,
Kalau rajin mlm ni nak update psl
.
.
.
.
Nantilah mlm kang fikir
Daa..

Monday, April 15, 2013

Kene bg bunga telur ke?

Salam readers

Pagi ni tetibe teringat ms kiteorg pergi kenduri
kazen kat Kampung Bharu beberapa tahun lepas
Ms mkn tu kiteorg dpt mug sorang satu
seronok jugak dpt mug
sbb pastu boleh tambah koleksi mug2 dirumah
tgh kiteorg mkn2 sambil belek2 mug tu 
tetibe umi mengomen
x dpt bunga telo
Dia ckp kalau org kawen kenelah bg bunga telur
hmmm..

Telur chenta~
Source : Mr Google

Sometimes mmg x fhm sgt knp org2 tua sgt mementingkan semua bende yg mcm tu

Cth: kene bg sirih kat hantaran
Relevan lg ke nak bg sirih?
Bak kata abh x bole ke tukar dgn chewing gam..
Sebab die x mkn sirih..:P
Err boleh x bygkan org2 tua tgh discuss psl kawen sambil mkn chewing gum?
[ingatkan nak lukis katun tp series tgh mls :P]

Sireh junjung made by Abah
TQ Abah

Since bkl mak mertua nak juga bg sireh ms tunnag haritu
Abah telah bertungkus lumus gubah kan sireh junjung ni
OK x?
agak serabut sikit
tapi oklah kan utk first timer
:)

Balik pd topik : telur
Knp org dulu2 kne bg bunga telur?
Umi ckp sbb telur tu melambangkan zuriat
kesuburan
keluarga
Simboliknya semoga pengantin dikurniakan zuriat.
Ada faham?

x sangka org dulu2 sgt berfikiran seni
Cthnya mcm bagi bunga rampai
simbolik : supaya hubungan yg dijalin sentiasa harum

Kalau mcm kite skrg kalau nak bg apa2..
mesti nak
comel
cantik
murah :P
tp kalau org sponsor.. amik yg mahal. haha
Ada ke kesah simbolik2?

Seingat ms adik kawen 2 thn lepas,
kami langsung x bg telur
sbb umi kata leceh

Aiyooo
apa sudah jd?
Ckp x serupa bkin da..
hahaha... 
:P
Pengajaran : terima je apa org bg dgn rs shukur
kalau org x bg pon
shukur juga sbb balik dgn perut kenyang
kankankan?

Since bunga telur ni memepunyai makna yg mendalam
dan ketidaksbranku nak ada anak sendiri..
Rasa semangat nak buat bunga telur bg kat org..
:)
Aja-aja!

Source : Mr Google


Thursday, April 11, 2013

Banjir kilat

Salam semua
hari ni sgt penat
gotong royong mengemas 1 office..
ni semua gara2 tragedi smlm
KL hujan lebat
guruh bendentum2
Saya stuck di office

5.15pm
Tetibe member office bg tahu bhgn depan office air  dah masok
Saya rilek je
sambung memain internet
Dtg  pulak kakak office
"kalau x sibuk boleh x tolong angkat barang, air masok dlm office"
Ha?!
Ok, Sy pon lenggang2 pg bhgn depan office
angkat brg?
Dgn lenggang2 kangkung pg tgk kat bhgn depan office
terkezut, cpt2 pg ambik phone..
org lain sebok angkat brg
Tp ada lah sorang minah senget ni sebok snap
klik klik klik klik klik
x sampai hati nak snap byk2
kang nampak bebebor ngelat
Air menderu2 masok
Mcm air terjun pon ada

See see
nampak x air yg turun dr syiling
menimpa karpet merah
Lantai pon dan mcm kolam ikan
semua org kelam kabut selmatkan brg

Tak lama lepas tu
tetiba letrik terpadam..
wayar dah short
So kiteorg pon meraba2 dlm gelap alih brg
sambil ditemani lampu torchlight kecil
huhu

Penat giler sbb terlalu byk brg
dan org yg tinggal kat office cuma 5 org je.
Bila semua dah setle
Baru dpt balik
on d way jln kaki ke LRT
nampak pokok tumbang betol2 tgh simpang
himpap van putih.. 
Harap tiada sape yg tercedera
:(

Pokok tumbang

Sempat jugak snap yg ni
 Sungai tepi pekeliling..

Agak teruk jugak banjir kilat kali ni..
Jalan jem..
Syukur sbb sy cuma naik lrt
Jadi x de lah tersangkut dlm jem

Esoknya on d way pg kerje..
lalu balik simpang smlm

Van yg kene himpap 
Minah tu pon sebok nak ambil gmbar juga

Pagi2 sampai office
Kami dihidang dgn nasi lemak percuma dan air panas
Bos belanja
Sebab nak kerah kiteorg gotong royong.
Tapi x pe, save $ arini. hehe

Dorang sebok ambil gmbar.
sbb risau segala bhn bukti hilang
Saya diam je
Takut kantoi sebok menyenap ms org berlari2 angkat brg
haha
Tapi x sampai hati pulak
sbb tgk gmbar dorang ambik mcm dah 'past tense'
Yg sy punya 'present tense'
HAHAHA [ketawa berlagak]
Akhirnya gmbar tu jd bukti utk hantar kat Insuran company
so x dpt disangkal lg sy adalah heroin smlm..
muakaka
[sekali sekala perasan x pe]

Byk brg yg rosak kat office
karpet mmg kene tukar baru
kerusi pon ada yg lencun..
tu tak masuk lg cpu dan printer..

Tapi alhamdulillah x de sape yg cedera
Rasa mcm x percaya je kan
Tingkat 4 pon boleh banjir.
:P

- aku yakin setiap perkara yg terjadi ada hikmahnya -



Wednesday, April 10, 2013

Mini - Mini Giveaway By NabilaMedan

Hujan lebat tadi
Ingat nak update entry panas kejadian kat office td
Sesuai dgn susana sejuk2 ni
Tapi bile tertengok kat blog CCI psl 
Terus x jd
Sbb nak post yg lebih panasssss 


Kalau korang nak join sekali segmen ni boleh klik kat banner
dan tgk syarat2 kat situ

K, Saya dah follow dan like page

dan klik 4 link tu




haha terlebih rajin mlm ni
hbs semua nak printscreen
:)

Tuesday, April 9, 2013

Dah bosan~

Asslammualaikum
Selamat pagi

Hari ni bila pagi2 bukak blog
Ada satu komen dari Myra
Selain dr komen penyokong setia Pn Syaz
(kau x komen siap ko syaz!)

Oh dah ada 42 follower
Saya x kesah sgt psl follower
Sbb sy bukan jeni yg salu update blog kot.
cuma bila dtg angin, rajin terlebih
Tapi TQ for the follower yg rajin nak singgah2 sni.
~Really appreciate~

OK, dats not d main point
Dah beberapa hari bukak blog ni
Mcm bosan


Mungkin nak kene tukar rupa dia skit..
tukar warna ceria2 skit..
Fuschia kot..
ekceli x delah beza sgt dgn warna blog ni
tp nak bg yg ceria skit
Barulah semangat nak update
dan org lain nak baca kan

hmmm...
tapi x tahu bila ada ms nak menggodek bende ni.
Kagum dgn org yg rajin giler nak tukar2 rupa blog dia..
atau add mcm2 gadget.

Sory sy rabun IT.
hehe
Daa..

Monday, April 8, 2013

Bunga utk Cik Lisa

Assalammualaikum

Harini nak citer psl bunga utk Cik Lisa.
bukan Lisa Suriani
Tp Qalesha Zain
(sy suke nama ni)
Anak kakak a.k.a. bos kecil kat opis
14 Hb ni birthday die..
so akak ni nak buat party
ade deco2.

Sbnrnya x ingat sgt umur brapa 
Tapi rsnya dlm darjah 1/2 je kot
Sy x nak bagi adiah
sbb mak die salu brg mahal2..
kang mesti adiah murah sy kene kutuk
:P 

Ekceli nak buat bunga tissue/ crepe yg lipat2 tu
Tapi 'korok sungguh' dah baca tutorial pon x jd jugak
failed bab tarik2 kelopak tu
:P

Last sekali buat bunga ni je


Bunga mcm kina buat
Boleh tgk tutorial kat sini
Rasanya buat bunga ni lg senang kot.

Some of them
Pink + white

Happy Birthday Qalesha!
:)



Sunday, April 7, 2013

Ke Gontor apa yg kau cari?

Ini adalah post smbungan 'Rayau-rayau kat Pulau Jawa"

Apa yg kau cari Neng?
Telkung murah? No
kain batik? Nono
Jamu gendong? Nonono
Cowok ganteng?.. uopss 
jgn bg tahu encik tunang tau..

Ingat x hari tu ada ckp kiteorg pergi melawat kat Pondok Moden Darussalam Gontor?


 Pondok Moden Gontor ni ala2 sekolah pondok kat Malaysia
agaknya lah sbb sy x pernah pg melawat sekolah pondok kat sini
yg kiteorg pergi ni yg lelaki semua. 
Yang perempuan 100km dr sini
Dulu2 masa ada permintaan nak buat sekolah untuk perempuan mmg ditetapkan syarat mcm tu.

Asalnya pondok ni dimilik oleh 3 saudara KH Ahmad Sahlal, KH Zainuddin Fananii & KH Imam Zarkasyi 
(K kalau korang nak tahu sejarah korang boleh baca kat wiki ni :P)
pastu dorang wakafkan sekolah ni
Dan yang mentadbir sekolah ni kiranya yg teratas sekali adalah bdn wakaf.
Tapi skrg sekolah ni dorang bukan setakat blajar alif ba ta,
baca quran atau hafiz je.
Subjek math, english semua pon ade bljar
sbb tu dinamakan Pondok moden.

Since dorang mmg x dpt bantuan dr goment,
dorang ni buat mcm2 business untuk cover expenses
mcm:
buat air RO sendiri
kilang roti
kilang cetak
kilang mee
kilang letrik
kilang selipar
gerai makanan
kedai buku
Kilang percetakan

byk lagilah
semua produk ni menggunakan brand "La Tansa"
yg bermaksud : Tidak lupa
sbagai mengingati tujuan utama buat business ni bukannya tuk dpt keuntungan tetapi unutk mencari duit untuk perbelanjaan pondok.
Moto dorang
"Kamu berbelanja , kamu beramal.."
Jadi sila shopping byk2 ye kat kedai dorang.

Bebudak sekolah ni mmg dilarang mbeli brg/ mknan etc dr luar hatta eskrem
Eskrem mcdonal?
Harommmm
hehe tu saje nak bg effect dramatik
Dilarang keras mbeli brg dr kedai luar kalau x nak kne hukum
Semua mesti dibeli dr kedai Pondok. 
Supaya $ yang dorang beli boleh digunakan untuk pondok dan
memajukan pondok, menmbah baik fasiliti etc.
pendek citer duit mak pak hang bg duit poket akan digunakan untuk kegunaan dorang jugaklah. 

Selain dr tu
Cikgu2 yg ajar dorang ni pon pelajar jugak
fhm? x  fhm? plus minus mcm ni
form 1-3 diajar oleh student degree kat u
form 4-5 oleh student senior degree
student degree diajar oleh student master
dan seterus seterusnya..
So x de lah gaji pon dibyr..
namapon wakafkan diri
sambil beramal sambil prektislah kirenya..

Pak guru yang muda + ganteng
Pembelajaran fully arab ye adik2..

Hanya guna meja kayu lama dan kerusi panjang..
no individual chair kecuali pak  guru
itupon kerusi die tggi smcm mcm referee badminton jerk..
Shukur alhamdulilah utk kita.

Sesi bersama sebahagian dr student malaysia yg belajar kat sini

Skrg sekolah ni dah ada universiti sendiri.
Universiti Darussalam
pon semua lelaki. 
So mcm cuci mata skitlah ms dtg sini..
hahaha
Sejuk mata memandang uols tgk ustaz2..
automatik rs nak labuhkan tudung .. 
Shegan~
Amboi2.. segan dgn tuhan lebih AFDHOL !

Dewan kami diberi taklimat

Cikgu & lecturer kat sini diberikan keperluan asas mengikut keperluan
kereta, rumah, mknan
mengikut budi bicara bdn wakaf.
Gaji?
dorang x de gaji tetap..
x de sapa pon tahu gaji satu sama lain melainkan dorang sendiri
dan gaji hanya dpt kalau ada duit lebih
Bak kata guru kat situ
"kalau diberi, kami bersyukur, kalau x dpt pon x ape"
mmg tabik spring toing toing toing!!
korang hade?
baru lambat dpt gaji beberapa hari dah menggelupur! 
(hehe tunjuk diri sendiri)
balik pd konsep td..
"mewakafkan diri"
 Diri anda adalah milik pondok.

 masjid kat sini.

K, tu je kot
korang ni kalau byk sgt bg input berat byk2 ni sure x sbr2 nak klik pangkah blog ni
kan? kan? kan?
K, nanti smbung lagi. Daa..

Thursday, April 4, 2013

Prektis buat bunga 3D

Salam jum'ah

Ingat x aritu sy ckp nak try buat bunga 3D tuk lekat2 kat bj kat entry ni
So sy dah try buat beberapa bunga

Nak tgk?
tp jgn gelakkan tau
:p

Bunga yg nak  ditiru: 
Source : google

hasil tgn:
 Ye mmg buruk..
x ckup panjang
dan terslh teknik.

Bunga yang nak ditiru:
source: google
tutorial ade kat sini

Hasilnya?
haha lain giler!!

Bunga yang nak ditiru:
Cantikkan bunga ni? suker~~~ sgt
Bunga ni dpt free tutorial dr blog kak An,
Bunga2 die buat semua shantek2
dia pon ade ambil tempahan dan buat kelas tau
InsyaAllah pas ehem2 nanti nak join kelas dia.
K nak tgk yg sy buat?
Tadaa?
buruukkkkkkk!!!!!!!!!!!


Pendek kata semua yg bhgn tgh bunga hancusssssssss
:P

K, cobaan mlm td
ubah suai skit dr bunga pepel kat atas.
Jadilah :

Syaz : batu tgh tu mcm over sgtlah kak kerol.. 
Cuba buat bunga mcm kak An tu tp buat tebal skit.

Ok syaz, akan cuba lagi
:)