Follower kesayangan

Thursday, January 23, 2014

Cabut gg


Morning dear...

Baru balik dari Fakulti pergigian UKM.. buka jahitan benang
utk sape2 yg x baca entry sebelum ni Jumaat lalu akhirnya dapat panggilan dari UKM untuk cabut gg bongsu . xcited lebih sbb semangat nak 'cantik' kan gg. 6 bulan tggu giliran.. lama jugak tu.. 
last time buat xray gg sebab gg bongsu x kluar2.. tapi dah berlubang mcm mulut gua..
makanan masuk kat tempat berlubang tapi susah nak cuci sebab gg tu separuh masih dlm gusi..
actually blom  tahap series sgt.. tapi rasa  x selesa sbb susah nak cuci.. jadi sebelum berjangkit ke gg lain baik buat sesuatu.. 

rupa gg yg mcm mulut gua

kalau ikutkan sebelum ni mmg dah ada experience cabut gg bongsu..buat kat Klinik Pakar Pergigian Zainal, Jalan Raja Laut.. tapi bila ingat balik kenangan ngeri yg x boleh lupa; terpaksa telan air liur berdarah tu sebab x de penyedut air liur tu..bygkan mulut bertakung air liur dan darah sepanjang scaling gg dan cabut gg.. bib pon xde. Dengan bayaran RM210 utk cabut 1 gg dan scaling mmg x suggest sesiapa pergi kat situ..

Kali ni cuma pergi kat UKM je..saja nak try lepas kecewa dengan service pakar lah sgt
Appoinment Isnin lepas. Since kene buat minor surgery.. lepas pendaftaran terus ke klinik bedah mulut..
appoinment pkl 2.. tp terlambat skit sbb curi2 masa  nak solat dulu.. kononnya nak doa banyak2 sbb neves wooo

sampai2 je semua dah ready.. student cina comel yg incharge. dia cek dulu.. pastu explain kat lecturer a.k.a doktor gg. Bila lecturer tu dah puas hati diaorang discuss dgn kita keadaan gg dan juga apa yang perlu dibuat untuk gg tu. doktor suggest cabut gg atas bawah belah kiri dan bawah belah kanan.. 
mak aih 3 gg.. discuss dgn doktor sambil buat muke seposen... akhirnya decide cabut 2 je..dua2 belah kiri. Lepas sign borang persetujuan 'merelakan untuk menjadi ujikaji experimen dan sedia untuk menerima apa-apa kesan dari experimen' huhu Then barulah bermula episod cabut gg..

Sejam ternganga.. lenguh rasanya. mulut pon kebas semacam..
akhirnya mision completed..
rasa sengsaranya cabut gg...
 tapi kene faham jugak sebab yg buat tu adalah student yang belum grad dentist lagi..
at least mmg dpt tgk student tu bersungguh-sungguh nak buat..
walaupun mulut terabak sikit..
cuma byr RM5 je kalau nak compare RM210
untuk 2 gg bongsu + 5 injection + minor surgery..
redho jelah kan..

pesan doktor : x boleh kumur... tak boleh ludah, x boleh guna straw, no air panas dan makanan panas. 
dapat MC 3 hari, ubat tahan sakit dan antibiotik..

petang tu sampai mlm mmg seksa skit.. rasa nak demam....mmg banyak sgt darah...rasa geli nak mkn sebab mulut bertakung darah...  tapi terpaksa juga sebab x boleh mkn ubat dengan perut kosong.. kalau x nanti boleh kene gastrik..nak ludah sgt pon x boleh.. ludah perlahan2 kumur perlahan2... darah merah hitam pekat keluar.. sempat jugak feeling2 mcm pelakon dlm tv mulut berdarah... hihi 
 kebetulan selasa mmg cuti Maulidurrasul.. lusa dtg je kerja.. malas nak mc2.. sebab dah x sakit sgt.. cuma mulut yg rabak ni rasa sedih skit nak mkn dan bercakap.

Untuk sape2 yg berminat nak dptkan perkhidmatan kat fakulti pergigian UKM ni..
lokasi kat HKL je berhadapan dengan bangunan HKL baru
boleh datang naik LRT stesen Titiwangsa.. tukar naik Monorel.
sape naik monorel lagi senang terus berhenti kat stesen Chow Kit.. jalan kaki skit ke HKL
boleh datang ikut office hour.. 
kalau keje goment bawa lah sekali surat dari majikan.. FOC
kalau x de pon cuma byr RM5 utk pendaftaran..
murah sgt kan..  tp berjanggut skitlah nak tunggu rawatan susulan.. tapi kalau datang-datang nak buat on d spot.. doktor yg akan buatkan tapi bayaran lain skit.. tp tak lah semahal tempat lain. :)

k, itu pengalaman cabut gg bongsu..
mungkin org lain rasa yg sama .. atau  lagi teruk..
tp lepas ni nak jaga gg bongsu yg satu lagi tu elok2.. tobat dah lepas ni nak cabut gg.. huhuhu 

* * * * *
Mmmm kejap je dah hari Jumaat.. oh ye post ni sbnrnya dah draft Selasa lepas.. baru hari ni dapat nak post..  hari ni tak masok office sebab ptg ni ada misi yg nak setelkan.. semoga semuanya berjalan  dgn lancar.. korang juga.. daaa...

4 comments:

  1. macam tau2x..je saya nak tanye sempat kak kerol tulis blog..gigi da cantik suami makin syg..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. ala suami x nmpk pon gg blkg sekali.. :-p

      Delete
  2. orang kate bersakit2 dahulu..bersenang2 kemudian k.kerol..nie dah lega la dah cabut gg..nnt turn sy plak nak cabut gg lepas bersalin..seriau gak ..tp demi nak 'cantikkan' gg & fefeling gg sihat kena la buat jugak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabo ye syaz.. klau cabut gg yang biasa tu (bkn minor surgery) plus yg buat tu dr gg betul... insyaAllah rasanya lg x de masalah..

      Delete