Follower kesayangan

Wednesday, January 15, 2014

Suami

Rasa dah lama x review buku. Bila cek2 balik, last review Februari 2011.. Mak aih.. patut pon naik bersawang novel2 tu kat rak.. huhuuhu.. baru2 ni dpt semangat semula nak baca novel.. itupon sebab dah start kemas2 skit dlm bilik tu.. kene buat 5s.. mulakan dengan SEIRI : SISIH.. Novel-novel yang dah berabuk ni perlu disisihkan ke rumah umi... kihkihkih.. Jadi sebelum kita sisih... kene habiskan baca dulu mne yang belum terusik. Tapi x sempat nak baca novel Aku Bercerita penulisan RAM tertangkap pulak novel terbitan FIXI ni kat pameran buku.. Jadi kite review  ni dulu yek....  

Tajuk : Suami
Penulis : S Mara GD (terjemahan Nabila Najwa)
Penerbit : FIXI
Genre : Thriller


Novel ni menceritakan pasal Maryati yang berkahwin dengan Supriyadi, duda kaya dan tampan anak kepada Pn. Cokronegoro. Namun pertemuan dengan Ester yang merupakan wanita yang pernah muncul untuk menghalangnya dari berkahwin dulu menimbulkan rasa curiga terhadap Yadi. Ester mengesyaki Yadi telah membunuh  bekas istrinya dahulu. Sikap perahsia Yadi yang tidak mahu membuka kisah lalu membuatkan Maryati dilema untuk percaya atau tidak. Kematian Ester  semasa telah memberi jalan kepada Kosasih yang dibantu oleh Gozali untuk menyiasat perkara ini. Siapakah pembunuhnya?.. jeng jeng jeng..

* * * * * * * * *

Untuk peminat-peminat novel thriller novel ni agak best jugak ... Walaupon terjemahan yang dibuat mcm melepaskan batok di tangga aje.. tapi nasib bahasa Indonesia yang digunakan mudah  nak faham... Cerita memang suspen... penghabisan unexpected.. citer thriller kalau dah bole teka dari awal tu kire mmg kurang pedas. Cuba korang bayangkan kalau semua cerita CSI tu awal-awal dah tahu sape pembunuh.. x suspen la kan.. keseluruhannya novel ni best... ni first time baca novel FIXI.. x sbr nak baca next novel FIXI .  :) 

**Mesti korang dah biasa sangat dengar peribahasa bagai melepaskan 'batuk' di tangga kan.. mesti korang terbayang-bayang kan orang yang terbatuk2 ke tepi tangga. tapi ape pulak kaitannya dengan orang yang buat kerja sambil lewa.. sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukan batuk yang uhuk-uhuk tu.. tapi 'batok' yang dimaksudkan dalam bahasa jawa yang bermaksud tempurung kelapa. orang dulu-dulu kan kalau kat luar rumah tu mesti ada sediakan tempayan berisi air untuk kita cuci kaki sebelum masok rumah... Tempurung kelapa pulak dijadikan sebagai pencedok air. Jadi ibaratnya melepaskan 'batok' di tangga orang tu tak simpan balik kat tempat asal (tergantung / dalam tempayan).. main letak je tepi tangga.. so sebab tu ia dijadikan perumpamaan membuat kerja sambil lewa tak bersungguh-sungguh..  Sekian, itu saja.. da...

sumber : ayah kite orang jawa 

8 comments:

  1. salam singgah. dah lama tak baca novel thriller. rindunyaaaaaaaaaa T___T

    ReplyDelete
  2. sgt menarik...dulu lieya mmg kaki novel mase bujang2...skrang ni mmg tgu novel didramakan jek laaa heheheehehe..yeay! malam ni ariana rose...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cc dah lama x tgk tv.. huhuhu... nampaknya layan novel ariana rose jela.. :)

      Delete
  3. ptt la nama watak2 nye pelik2. guna bhs indonesia rupenye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. novel Indonesia.. sekali sekala berubah angin.. :)

      Delete