Follower kesayangan

Tuesday, March 12, 2013

Pilih katering

Salam semua

Lamanya x update blog.
Ni semua sebab penyakit malas semakin menjadi2..

Selepas seharian dgn cik ecah pergi buat Survey bidan-bidan kat area Kuala Selangor dan Sabak bernam
Penyakit selsema batuknya pon dah menjangkiti saya.
Demam. 1 hari berkelubung dlm selimut
Ingatkan boleh lah sentuh2 skit projek bunga telur.. 
tp .. haramm...
mmg flat habis...

Alhamdulilah
seharian mkn ubat dan bertapa di rumah  
skrg dah sembuh skit walaupun batok kong kong masih berbunyi2

Ternampak syaz mengupdate blog
tetibe dtg angin rajin nak update blog ni
Since progress terkini adalah psl katering, jd topik kite arini 'katering'

Baru tahu sbnrnya bukan senang nak cr katering
lebih2 yg jenis 'patah kaki' mcm sy
aishh bilalah nak bljar drive ni?
ade yg boleh tgk kat tenet. tp rs blom konfirm
ada yg org kata sedap tp x de online pulak.
Poning den.
Dlm byk2 perbelanjaan kahwin,
Duit mkn nilah yang paling byk kene disediakan
betul x?
Kdg2 kita rasa RM10 tu murah je
tapi kalau dah drab dengan seribu? 
RM10,000.00
banyak wooooo
so paling selamat korang menabunglah dari awal..
melainkan
dr azali korang mmg dah target nak dpt 'ikan besar'. 
hikhik

Salunya kan psl katering ni org2 tua yg akan ambil alih atau membuat decision kan..
tp sebab umi abah jenis sgt x kesah
saya telah diberi mandat tuk uruskan 100% sendri..

Lepas buat survey2, ada beberapa pilihan katering yg bermain2 sbnrnya dlm kepala :

1. Sri Angsana - makcik yg suggest. pakej die yg RM10.50/kepala siap dgn dowry sweet sour. kire ok lah kan? kan? kan? tp... ade kwn yg pernah mkn kata x best. so reject.

2. Langat catering -  yg ni umi beria2 yang suggest tp bila tanya, harga pakej basic tuk dewan RM13.90/kepala. Sgt x sesuai tuk pengantin budget. rejected

3. Laksamana baroqah - kawan yang suggest, die dah tempah awal tuk kenduri ujung thn ni. Yang ni pon terlebih budget RM12/ kepala

4. Rass Deco - xde sesiapa yg suggest. jumpa kat blkg majalah kahwin. pastu tgk website die. pastu kontek pengantin2 yang menggunakan service die. so far mcm ok jek. Oh ya, 16-17hb ni Rass Deco nak open day tau tuk food testing. ade menyediakan pakej2 murah jugak utk bakal pengantin. So korang pergilah ye.. sy x komfirm lagi nak pg.. xde transport la alasan lama

5. Catering X. katering ni kakak opis yg suggest. Nama pakcik ni pakcik Mahsuri. x de kedai mkn, x de blog atau website. hanya kecil2an dr rumah. since di suggestion oleh kakak ni yg mempunyai citarasa tekak yg boleh thn jugak, mmg sy x sangsi dgn rasanya.. tp biaselah pompuan mesti x puas ati kalau x dpt tgk sendiri dgn mata kepala.

Apapun td dah call Kak Ila (Rass Deco)
Dia kata masih ada ruang lg nak masok untuk 31 ogos
Tapi nanti dia call semula tuk confirmation.

Niat mmg nak ambik Rass deco je
mls nak cr lain..
mls pening2 kan kepala
tapi kalau dah penuh nak ambik terus kat pakcik Mahsuri tu.

Oh ya penambahan sarong kerusi RM2.50/kerusi
RM2.50 X 224 = RM560
kalau korang akan amik x?

Sekian saje.

*Semoga umi selamat pulang dan selamat sepanjang berada di Kabul Afghanistan.











4 comments:

  1. hehe..akhirnya up jugak entry die..hati k.kerol mcm berat kearah rass deco..mudah2an dapat la servis rass deco tu..InsyaAllah.. pesal sarung kerusi tu if ada bajet lebih amek la..

    ReplyDelete
  2. TQ Syaz.. no money no talk.. huhu.. jeles tgk syaz dah boleh happy~

    ReplyDelete
  3. boleh bandingkan harga dulu dgn pakej yg memang siap ada kerusi + cover dia. then baru decide. =)

    ReplyDelete
  4. :)
    Saya x jdi ambik dgn RAss deco sbb tetibe die ckp dha penuh. Alhamdulillah dah booked dgn Sri Angsana.. :)

    ReplyDelete