Follower kesayangan

Wednesday, December 17, 2014

Jom ler kite ke Klebang

Assalammualaikum,

Kejap je dah nak ujung tahun kan, cuti2 sekolah ni mesti ramai yang nak mendirikan rumahtangga... Untuk mereka, CC doakan semoga ikatan yang dibina diberkati Allah. Rasa dah lama tak update, jadi hari ni CC cuma nak share story pergi survey kat Klebang, Melaka aritu  =).

Sebenarnya, kawan CC yang patut pergi, tapi pagi nak pergi tu ahli kelurga dia meninggal..  jadi terpaksalah jadi bidan terjun gantikan kawan. Walaupun terpaksa tinggalkan banyak kerja, tapi pucuk dicita ulam mendatang, hehe dapat balik Melaka free. Yippie!

Cerita pasal Klebang, sejak kawen suami selalu je promote coconut shake Pantai Klebang.. telan2 air liur je bila dengar. Nasib tak preknen, kalau tak kesian bayi dalam kandungan. Walaupun tak jauh mana pon, tapi tak de kesempatan lagi nak pergi. Jadi kali ni memang tak nak lepaskan peluang. Coconut shake sini memang popular dan harganya pon murah je RM2. ++ dan rasanya pon boleh tahan tapi terlupa pulak nak snap gambar air.. haha =P

Pada sesiapa yang berminat nak rasa coconut shake Klebang, stall coconut shake tu betul2 tepi jalan, depan rumah banglow, berdekatan dengan stesen minyak Caltex. Tapi kalau nak duduk lepak2, kat sebelah stall tu ada simpang, kedai Coconut shake berada di hujung lorong. Masuk je bawa kereta, sebab dekat situ disediakan kawasan parking yang agak luas untuk pelanggan.
Dari jauh dah nampak banner


Pintu gerbang Klebang Original


 Pandangan dalam kedai..

Sambil minum coconut shake boleh layan kuih muih kat sini sebab terdapat banyak pilihan kuih muih dijual. 

Dah layan coconut shake jom kita makan kepok lekor pulak

Stall Lekor KIng ni betul-betul sebelah stall coconut shake.


 Terdapat pilihan 3 pilihan kropok lekor; Lekor ori (sos cili), Lekor Black pepper, dan Lekor Cheesy.


Lekor Cheese RM3.++... apa macam terliur tak?

Apalagi.. jom le kite ke Klebang =)

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, November 4, 2014

Barang lama

Bapaku pulang dari kota
Bapaku beli kan kereta
Kereta kecil warna hijau
Boleh ku bawa jumpa engkau. ;-)

vroom vrooom!

Nilah hasil tangkapan hp kat pasar karat
singgah masa balik dari breakfast sate kat Muar
Come kan?..
antik wooo
Ada gak tergerak hati nak beli
tapi bila tengok cik abang jeling2
Batalkan la hasrat tu
lagipon tak ada tempat nak simpan..
Verangan jela ada rumah sendiri.. huhu

With love,
Ct cucubi

Thursday, October 16, 2014

5 Tip asas beli mesin basuh

Assalammualaikum

Rase lame x update blog.. standard lah tu.. ade angin hari2 nak update.. ade angin xde mood nak update langsung. Sekarang ni CC tengah survey mesin basuh untuk rumah Umi, dah tahap kene pusing pakai bontot sudu.. nampak benor uzurnya.. Untuk orang macam CC yang tak pernah beli mesin basuh.. memang pening kepala nak pilih yang mana... tapi tengah survey2 mesin basuh, terjumpa tip yang bagus untuk share dengan korang cara untuk memilih mesin basuh. 5 tip asas yang perlu tahu :

1. Jenis mesin basuh.
Macam yang korang semua tahu, mesin basuh ada yang jenis sumbat pakaian ikut atas dan ada yang boleh ikut depan. Nak tahu pro dan cons? korang boleh tengok jadual ni.. =)

Sumber: Lazada

Sebenarnya mesin basuh ni ada 2 jenis, Semi auto atau Fully auto. Kalau jenis semi auto kene masukkan baju dari atas dan akan ada 2 bahagian. Satu  bahagian untuk membasuh / bilas dan yang satu bahagian lagi untuk keringkan baju. Tapi kalau Fully auto ada satu bahagian je, kat situ tempat cuci dan kat situ tempat keringkan juga. Kelebihan semi auto ni lebih murah dan boleh buat 2 keje dalam satu masa; boleh cuci dan kering kan baju serentak. Tapi leceh skit sebab kene alihkan baju secara manual ke bahagian keringkan baju. Lagi satu kalau pakai yg Semi auto ni akan makan space skit dan kene alert kalau tengah tadah air.. Nanti tak pasal2 banjir satu rumah pulak.. huhu...

*nak beli yang Fully auto tapi yang top load aje sebab sesuai dengan budget

2. Saiz mesin basuh
Then, kita kena pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan jumlah pakaian yang nak dicuci supaya boleh menggunakan secara maksima dengan baik.

Sumber : Lazada

*CC pilih yang untuk "large family" ambik yang minimum aje 8 kg. 

3. Spin speed.
Spin speed ni kelajuan bahagian yang nak keringkan baju tu berpusing. Semakin laju berpusing pakaian akan lebih kering tapi kekurangannya pakaian akan jadi lebih renyuk. Dengan kelajuan 1200rpm pon dah ok.

4. Jenis 'drum'.
Kalau nak bagus, pilihlah yang stainless steel drum sebab lebih cekap dan tahan lasak.

5. Brand dan warranty
Yang ni CC tak tahu sangat tapi mungkin boleh rujuk dengan tukang kedai. Oh ye, jangan lupa tengok tempoh waranti sekali tau.

OK, itu je 5 tip asas nak pilih mesin basuh. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dipilih contohnya ada pilihan suhu, aras air, childlock, yang bising dan tak bising dan banyak lagilah. Kalau nak baca lebih  mendalam lagi boleh klik kat sini ye =)

With love,
Ct cucubi



Friday, August 22, 2014

A love story... auwccchhh!

Assalammaualaikum,


sakit woooo~

With love,
Ct cucubi

Monday, August 11, 2014

Simple crumble di pagi raya

Assalammualaikum

Semua orang masih dalam mood raya ke? CC rasa penat giler minggu ni namun syukur sebab majlis pertunangan adik CC berjalan dengan lancar. CC harap semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan Allah. 

simple crumble

Sebenarnya ni first crumble yang CC buat yang puas hati. Sebelum ni puas cari tutorial nak buat crumble memang susah nak jumpa. Jadi dengan terhasilnya simple crumble ni CC cuba buat simple tuto... tapi tutorial ni memang tak detail sebab tak ada orang nak tolong ambilkan gambar.. huhu.. Harap simple tutorial ni dapat bantu dan bagi idea pada yang baru2 nak belajar buat crumble. 

 Buatkan satu garis lurus. CC buat garisan 1 inci dari hujung tangan.

 Jahitkan lurus Peral besar bersaiz 8mm berselang dengan manik / kristal kecil

Jahitkan pearl bersaiz 6mm dikiri dan kanan seperti dalam gambar. Warna manik adalah terpulang ikut kretiviti sendiri,

Jahitkan manik kecil corak daun di sebelah kanan dan kiri.

Kalau ada yg senget benget skit tu tak pe, orang tak perasan pon. ahaks! jom kita jangan putus asa dan terus berusha k!

Itu saja.. Daa..

With love,
Ct cucubi

Sunday, August 3, 2014

Selamat hari raya!!!


Selamat Hari Raya semua!
harap belum terlewat untuk menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala terkasar bahasa atau menyinggung perasaan ye..

Tahun ni CC beraya kat rumah mak mertua, kat Melaka. Jumaat malam Sabtu dah bertolak dari Bangi tumpang adik ipar balik Melaka. alhamdulillah.. jln clear. ade sikit je jem tu pon sebab ada accident. Jadi sampai awal jugak kat Melaka. 

Seronok juga dapat rasa suasana hari raya kat tempat lain walaupun macam rasa sesedih jugak tak dapat beraya dengan keluarga sendiri. Perbezaan yang ketara terasa sgt kat rumah mertua ni ialah dorang 3 beradik semua pakat2 buat persediaan raya sama2... masing-masing tahu tugas masing2.. jadi semuanya berjalan lancar je. Macam CC dah cakap, tahun ni mak mertua dah bagi kontrak buat rendang.. tu pon rendang2 nya hampir2 je tak jadi kikiki.. tapi alhamdulillah bolehlah untuk makan2 sendiri~ =P

Raya kedua CC dengan suami balik kat Kampung suami kat Alor Gajah.. Then raya ke tiga shoot ke Pahang tengok Atok dan wan. Kecewa sikit sebab plan nak bawa suami mandi sungai kat belakang rumah terpaksa kansel sebab hujan agak lebat dan air sungai naik dan jadi keroh.. =(

Tahun ni raya CC ada 2 helai baju baru je. Sempat memanik sehelai untuk diri sendiri... Kalau sempat nak buat untuk  umi dan MIL pulak sebelum raya haji, insyaAllah... =)   

  Projek malam raya. Masa gambar ni di snap tak siap sepenuhnya lagi. 

Selamat hari raya semua!

With love,
Ct cucubi


Tuesday, July 15, 2014

Projek raya jimat kedekut


Apa khabar semua? Confirm semua org tengah sebok dengan persiapan raya.. Sure dah berbalang2 biskut raya korang buatkan beli.. Semalam CC baru je siapkan kuih semperit.. alhamdulillah jadi juga biskut kali ni.. =P K, psl biskut kite cerita lain kali.. hari ni nak share psl project raya jimat kdekut ngeee. Bila tengok org buat persiapan raya, CC pon x nak ketinggalan jugak.. tapi org lain hias ruang tamu, CC pulak ngerjakan ruang dapur rumah mak... =P

tolong abaikan sepah2 tu ye.. =P

actually kat dapur rumah ni, kitaorg ada tambah skit kat belakang tu, tapi buat separuh je simen, separuh lagi grill je.. untuk tak nak bagi masuk hujan, adik CC ikatkan banner kat situ... tapi bila dah bertahun banner pon dah jadi buruk... kebetulan tengah kemas2 jumpa cadar masa sekolah asrama dulu... lama kot simpan berbelas tahun.. nak buang sayang tapi tak pakai2 pon.. jadi dengan mesin jahit yang beli kat lazada aritu, jom buat projek melangsir!

 tadaa!!!

Jahit lurus je adik2.. pastu masok tali. Kalau korang mesti tak sanggup nak guna cadar jadi langsir kan? lagi2 cadar asrama! kikiki.. tapi tak pe, korang boleh beli kain kat kedai.. sekarang pon tengah sale giler2 nak raya ni.. K, selamat membuat persiapan raya semua.. sambil2 tu jgn lupe sedekahkan doa untuk saudara2 di GAZA ye...

With love, 
Ct cucubi

Sunday, July 6, 2014

Bantal Brazil


Hi semua,  alhamdulillah CC masih puasa penuh. Harap terus berpuasa penuh lah yek tahun ni 
Ok, sape ingat entry pasal projek FIFA 2014?.. 


Sebenarnya projek ni khas untuk suami sebab dia peminat fanatik Brazil,  Kebetulan birthday dia baru je berlalu, jadi dapat idea nak buatkan sesuatu. ;-)


100% handmade bantal Felt Brazil.. 

Sori comot skit lagi2 part tulisan FIFA 2014 tu dan masa ni lupa nak gunting benang terkeluar kat huruf '0'. ngeeee 

Since, CC memang tgh nak cr side income, jadi member2 suggest jadikan business bantal bola ni. series memang ada terfikir tapi buat masa ni memang tak ada masa nak buat. Untuk bantal ni pon CC ambik masa 3 malam nak siapkan..lagi2 nak jahit tulisan tengah tu.. huhuhuhuhu.. Walaupun dulu memang pernah jugak cuba-cuba jahit felt ( coklat  felt, keychain felt, coklat kek felt, bookmark felt dan donut n karipap ), tapi CC rasa masih belum ckup confident untuk berniaga dan rasa banyak yang perlu belajar lagi tentang felt.

Yang penting, walaupon bantal tu tak cukup sempurna tapi rasa happy sangat sebab suami suke, dan rasa nak gelak pulak bila dia show off masa tengok bola.. hihi...

Apapun, untuk peminat-peminat felt, Susndfelt sekarang tengah buat promosi mesin pemotong felt Boleh bayar ansur2 tau! Memang best giler, rasa nak beli satu... tapi tak beli kot, sebab banyak duit nak guna untuk raya.. lagipon blom ada masa nak buat business ni betul2 lagi... =(

ok, ni je nak cerita hari ni.. da~...

With love =) , 
Ct cucubi

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 5



There are many good deeds that can be done by righteous Muslims and one of it is to provide meal (iftar) for your fasting family members, friends or other fellow Muslims.. B-)

Nampak gayanya minggu ni berbuka dalam kenderaan aje...=(

Tip nak ganti puasa


Sedar tak sedar dah hari ke 4 kita di bulan ramadhan. Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang sebelumnya.. uops ayat cliche setiap tahun.. ahaks!.. tahun ni first time beraya sebagai isteri.. dalam keterujaan ada juga kesebakan disitu masa tarawikh....poyo lah awak ni =P

OK, rasanya macam dah lama tak share tip.. kali ni tip ganti puasa. Aik, belum habis puasa dah cerita pasal ganti puasa.. bikin spoil mood je kan.. tak kira, nak jugak share tip ni sebab rasanya sangat berguna. Tip ni khusus untuk orang perempuan, maklum sajelah orang perempuan kalau bulan ramadhan kompem tak penuh puasa, ngeee~ 

Dulu-dulu CC selalu je lupa brapa hari dah 'cuti'.. pastu bila nak ganti puasa mulalah berlebih-lebih sebab asyik lupa je dah berapa hari ganti puasa. huhuu... Jadi untuk mengelakkan dari terlupa hari nak ganti, jadi kita boleh buat kalendar berpuasa. Tip ni CC mula praktis bila ada geng office yang buat dan agih kan kat satu office, sangat berguna dan sampai sekarang CC amalkan. tahun ni punya blom print =P 



kalendar 2012, tanda slash tu yang dah ganti. 

Kalau terlebih rajin boleh lekat-lekat stiker macam ni. Tak yah bazir2 beli stiker.. yang ni CC gunakan stick note, pastu punch kat bahagian yang ada gam tu je. Pastu lekat lah. Tak sangka masih simpan lagi kalendar ni, lama sangat simpan kalendar ni, sampai dah tercabut2 sticker. =P 

Kalendar ni bila dah raya jangan pulak terbuang ye.. Simpan sampai habis ganti puasa tau.. OK, selamat berpuasa semua, selamat menanda~ =)


With love, 
Ct cucubi

Wednesday, June 25, 2014

Projek bola FIFA


Tahniah JDT menang untuk Liga Super, Apapon CC tetap penyokong tok gajah
Sempena bola FIFA 2014, CC ada project khas.. ngeee

ha cer teka cer teka.. =)


Tengok bola sambil layan kerepek kentang pedas...memang tervaek~

Sambal kerepek kentang ni best tau.. sebab tahan lama dan boleh juga dimakan sebagai snek atau dengan nasi atau bubur! Bagi yang nak cepat tapi sedap.. sesuai sangat~

Sape2 berminat boleh order kat saya ye..
150gram: RM5
Wassapp : 01133002062 

With love, 
Ct cucubi

Tuesday, June 24, 2014

Tangkapan kucing di Floria 2015



Ok, post kali ni cuma nak share tangkapan2 masa floria haritu.. Kalau sesiapa ingat, aritu CC ada bagi tahu pasal Pameran kucing kat Floria Putrajaya (14 - 22 Jun). Kitaorang pergi hari Sabtu lepas pergi kenduri kawan. Best giler... tapi tahun ni untuk masok kene bayar RM3 dulu2 free ulss. So inilah tangkapan-tangkapan kucing saya, tak banyak sebab bateri dah K.O.

 Meauuw 1

 Meaauww 2


 Meauww 3

 Meauuw 4

Comel kan? geram betul tengok kucing2 ni.. Hari yang CC pergi ni kebetulan ada orang jual anak kucing kat pintu keluar tu,, comel GILER. RM800/ sekoq Tapi x de duit nak beli.. huhuhu... tapi CC sangat tak puas hati dengan tempat pameran kucing. Sangat sempit dan berlaga punggung... Harap pihak penganjur dapat improve lagi pada tahun depan ye..

k, nak tukar topik sikit, semalam pergi SOGO. Kebetulan ada promotion Harpic. Diorang buka meja kat jejantas atas dekat LRT ke SOGO tu. Murah giler, dapat semua di bawah dengan harga RM10. memang nak beli, sebab yang lama dah habis. Toilet bowl kat rumah sewa tu dah kotor dengan karat air.. tonyoh2 tak mau jugak bersih. sedih sy tengok kamu wahai toilet bowl~

2 harpic power plus, 2 parfume bilik, 1 sabun detol dan tisu =RM10

Murah tak? tak pasti ada lagi tak promotion ni hari ni.. kalau ada lagi boleh lah korang pi beli.. B-)
Malam tadi dah test dah harpic tu.. sembur2 kat dlm lubang jamban tu.. biarkan sekejap.. Pastu sedar2 habis tanggal segala karat air degil yang melekat. YES!!!

ok, itu je cerita hari ini...da~

With love,
Ct Cucubi

Monday, June 16, 2014

Dah lama tak beading dan cerita donut & karipap.


Rasa macam dah lama sangat tak update apa2 pasal beading2 dan buat kraft. Satu peel CC yg buruk ialah salu buat bermusim.. bila time datang angin rajin tu kus semangat mak mertua lalu pon tak prasan khusyuk sangat.. bila time malas.. ya ampun.. memang gertak macam mana pon tak jalan.. 

Tetiba minggu lepas pada hari yang sama 3 org bertanya ambil tempahan manik lagi ke tak.. actually CC x pandai sangat pon beading ni.. experimen sendiri je.. last menjahit manik sejak projek baju nikah dekat 10bulan lalu sampai mana pergi kotak manik pon dah tak ingat, apapun sempat jugak rembat 1 buku jahitan manik crumble kononnya untuk projek baju raya nanti.. harap2 terjahit lah yek.. huhuhu

Cerita pasal donut dan karipap.. tak tahan tengok mainan budak2 sekarang come sgt.. bila tengok rege..hmm 2-3 kali tekan calculator henpon.. =P So untuk baby sis.. sori dah beli baju raya dah tak mampu nak belikan menan. Jadi nah donut dan karipap dari FELT.. 

Karipap 3 singgit sebab tu kurus semacam.. 



Donut yang dah jadi keychain.. =P

*****
Sebelum terlupa , sape2 yang singgah TBSBTS tu mai lah beli Sambal Goreng Kentang CC, boleh dapati kat kedai Hop In kat tingkat atas tak jauh dari The Baker's cottage
Rasakan kepedasan yang sebenar ;-)

With love,
Ct cucubi

Monday, June 9, 2014

2nd Giveaway Saya Nak: stripped Skirt


Memang dah lama giler tak join GA
hari ni masa menerjah blog kasutkaca
jumpa GA yang

http://eemoticons.net

rasa TERUJA sangat nak join sebab sekarang ni memang tengah nak buat koleksi skirt
sebab semua seluo dah tak muat gara2 penambahan lemak dengan jayanya =P


SAYA NAK STRIPPED SKIRT.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA.



Harap2 ada rezki, boleh lah melawa dengan skirt baru. Sesuai sangat untuk orang yang nak nampak tinggi dan kurus, Aamin.. ;-)

With hope, 

Ct cucubi

Sunday, June 8, 2014

Tahniah Tok Gajah!


Rasanya tak ada lah terlambat sangat nak ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak Pahang sebab jadi juara piala tahun ni :-)

Dalam kekalutan nak siapkan kerja nak tunjuk prof, sempat sambil2 layan bola.. =P

Hogoh tok gajah hogoh! 

With love,
Ct cucubi

Tuesday, June 3, 2014

Kekberi



K Salam Rabu semua, hari ni baru berkesempatan nak update blog. Bz skit bulan ni dgn keroje dan juga master.

Baru2 ni heboh pasal Kekberi yang ada oink oink. Sape peminat cokelet ni sila angkat tangan. mesti korang rasa terkilan sangat kan?.. Tup2 bila dihantar untuk ujian disahkan, tak ada pulak DNA  si bulat pink. lega~ Ape kes sebenarnya? dengar2 sebab ada alatan makmal yang tercemar .. betul ke? So yang mana satu betul KKM vs JAKIM?

Ada orang sok sek suruh samak mulut la itulah inilah. Pelik betul manusia ni suka sangat menyusahkan diri sendiri sedangkan Islam itu memudahkan.


Cumanya kita sekarang macam terlalu mengambil mudah dengan halal dan haram.. huhuhu.. Kalau pergi kedai cokelet tu kadang2 kite sesuka suki je beli walaupun TAK ADA tak ada halal.. termasuk saya juga.. huhu. tapi bila terjadi kes yang mcm ni, selain dari pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan, kita pon kena lebih berwaspada. kekadang kat restoran2 yang tak de tanda halal berduyun2 orang Melayu menjamu makan. Yang itu ok lagi.. restoran yang jelas2 jual minuman keras pon ramai jugak yang menjamu selera. bukan nak jadi racims.. cuma pilihlah yang meyakinkan.  sesuatu yang masuk ke dalam tubuh badan kita x kesahlah makanan ke minuman ke rokok ke.. (huhu) akan diproses menjadi darah daging kite.. bak kata ustaz don, nanti nak tembak jadi baby..nanti kalau keturunan kita susah untuk dibentuk jangan menunding jari.. huhu

Walaupon secara logiknya hanya cokelat, hanya biskut, hanya eskrem, to be safe rasanya better kita pilih yang bertanda halal atau kadang2 yang dari oversea ada tanda 'V' atau 'vegetarian'. tapi memang agak mengelirukan nak pilih tanda tanda halal yang betul sebab ada banyak jenis tanda halal. Jangan pulak nak melatah bila tengok tanda halal pelik skit.. sebab kat seluruh dunia ni ada mcm2 bentuk tanda halal yang dikeluarkan oleh negara masing2. Kat Malaysia pon ada beberapa jenis tanda halal. Logo2  ni boleh cek kat website JAKIM. atau kalau nak senang register terus kat halal directory jadi bila2 pergi kedai boleh cek on d spot. Tapi kalau semua checklist dah ok tapi jadi kes mcm kekberi atau logo tiruan.. tu memang di luar kawalan.

Kadang2 heran kenapa brand makanan2 yang femes2 tu tak nak ambil sijil halal sedangkan mereka mampu dan sijil tu juga pelaburan jangka masa panjang. Mesti lagi orang yang nak datang makan kan? Harap2 pengusha jual makanan dan kedai makan yang memang makanan yg dihidang memang halal dari semua aspek ada usha untuk mendapat sijil halal.

Was2 itu adalah penyakit tapi jangan pulak yakin sesedap rasa je. Kene berwaspada!. Jangan sebab ada tanda 'pork free' dah confident buta2. Jangan tengok ada orang melayu makan terus nak 'on'. Kene tengok juga keadaan / persekitaran, sebab ada sesetengah masakan yang diaorang ditambah alkohol. kalau was2 BETTER tinggalkan.

Kalau kita tak yakin tapi orang lain confident dan kita ada bukti yang benar2 sahih yang buat tak yakin tu elok kita berkongsi dengan orang lain.. tapi jangan main share je.. sebab ada juga isu2 yang hanya dipropagandakan oleh orang2 yg tak bertanggungjawab. kalau tak ada bukti yang kukuh tetapi orang lain tak yakin tapi kite confiden, jangan pulak kutuk2 orang tu cepat melatah lah, kampung, konservatif, fikiran tertutup, )(*&^%$$(&;* blablabla... just respect pilihan mereka. Sekarang ni tahan dulula  ye kawan2 makan kekberi.  Makan lah yang lain dulu, banyak lagi yang brand lain kan.. Nanti bila isu dah setel kita tengok macam mana . hehehe..

Aishh panjang pulak cerita kekberi hari ni.  =P maaf andai pendapat kita tak sama. ni cuma pendapat peribadi bukan nak mengata orang lain tapi juga untuk mengingati diri sendiri..

With love
Ct cucubi

Thursday, May 29, 2014

Meaauuww~


Salam jumaat semua. hampir sebulan jugak x update blog.. bz sgt dgn keroje dan master. Hari ni nak update skit je spesel untuk peminat2 kucing.. 



PENTING :
SILA AMBIL PERHATIAN LAST DAY TO REGISTER 
ON 05 JUNE 2014 ATAU MUNGKIN AWAL 
KERANA TEMPAT SANGAT TERHAD
HANYA 120 KUCING SAHAJA.

PUTRAJAYA FLORA FESTIVAL 2014
KKM INTERNATIONAL CAT SHOW 2014
VENUE : PROMENADE PRECINCT 4, PUTRAJAYA

DATE : 15 JUNE 2014 , AHAD
MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG

************************************

14 JUNE 2014 - PAMERAN KHAS DI RAJA (sabtu)

15 JUNE 2014 - PERTANDINGAN ANTARABANGSA 2014 (ahad)

16 - 22 JUNE 2014 - PAMERAN KUCING CANTIK (isnin -ahad)

********************************************

Yuran :
Rm100 non fife cat pedigree non member rm 30 household...rm60 non fife cat kkm member...rm40 fife cat rm25 household cat member

PERTANDINGAN SAMPINGAN:
*Pertandingan Fashion Show kucing
*Pertandingan Hiasan Sangkar sahaja.

waktu show :
10.00 pagi - 6.00 petang

Tempat sangat terhad HANYA 120 KUCING SAHAJA 
so sila daftar segera 

SYARAT2 NYA :
* Sila pastikan kucing mesti lah berumur EMPAT (4) BULAN keatas dan telah di Vaksin.
* Terbuka kepada Pedigree dan non Pedigree cats
* Sila pastikan anda menyertakan sekali pedigree paper kucing anda semasa pendaftaran untuk kucing2 pedigree (non pedigree tak perlu)
* Tiada pedigree paper dilampirkan bermakna penyertaan anda akan di tolak
* Sila buat bayaran dengan cara bank in ke account Kelab Kucing Malaysia (Maybank 0141 2340 2469 ) dan email slip pembayaran kepada En Habbil ,di email : kkmshow@gmail.com
*Bayaran juga hendaklah di buat terus ke akaun Kelab Kucing Malaysia dan anda hanya perlu membawa resit sebagai bukti. Cash tidak akan diterima semasa hari show.
*Hanya yang telah membuat bayaran sahaja akan di terima untuk masuk show ini dan kepada kucing pdgree sila serta kan pdgree kucing anda semasa register jika tidak KKM tidak akan melayani.
* Sila buat segala bayaran sebelum hari show. KKM tidak akan menerima bayaran semasa hari pertandingan.
*Hanya yang membuat bayaran sahaja akan dibenarkan join show KKM.
* Segala Pertanyaan sila call En Habbil , 013 698 1978 or
Pak Khalid 012-2200982
*************************
PERHATIAN:
KEPADA SEMUA PESERTA UNTUK SETIAP SHOW. SILA BERADA DI VENUE SHOW JAM 9.30 PAGI DAN JANGAN LUPA BAWA ALAS / PELAPIK SANGAR UNTUK SETIAP KUCING ANDA.
SURAT KHABAR TIDAK DIBENARKAN DI GUNA SEBAGAI PELAPIK
SILA PASTIKAN ANDA FAHAM WAKTU PERTANDINGAN BERMULA DAN TAMAT PADA SETIAP SHOW YANG DIADAKAN.
ANDA TIDAK DIBENARKAN PULANG AWAL SEHINGGA DIBENARKAN OLEH KKM.
JIKA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SILA PASTIKAN ANDA TIDAK JOIN SHOW KKM.
KERJASAMA ANDA SANGAT KAMI HARGAI DAN KKM MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH


meauwww~

Wednesday, May 7, 2014

The Kite runner




Sebenarnya CC dah pernah review buku ni kat sini dan sambungan kat sini... so kat sini x de nak review sgt. Tapi terjumpa buku ni versi graphic masa kat Big Bad wolf, jadi beli lagi untuk koleksi.. seronok bila dpt baca dalam bentuk gambar!!! cuma kalau nak lg feeling better baca novel yg asal k.


" There is a way to be good again.."

With love,
Ct cucubi