Follower kesayangan

Wednesday, December 30, 2009

Twinkle Twinkle Little Star

This is baju my Mom's friends...


Auntie ni anta 4 helai, baru 1 yg siap... Design ala2 bintang timur dijahit di bahagian baju dan lengan.....
Hari ni 31 Disember 2009, hari terakhir bagi tahun 2009, rasa sekejap je masa berlalu.. huhuhuhu... Macam2 yg terjadi... Bawakan bersama segala kenangan manis, dan segala yang sedih dan menyakitkan hati ditinggalkan pada hari ni.

Ucapan Selamat Pegantin Baru kepada semua kawan2, tahniah dan semoga ikatan yang di bina akan kekal bahagia (minta maaf kerana tak dpt hadir ke majlis) :
- Aisha
- Nazip
- Lydia
- Shirah

Ucapan Tahniah kepada dpt baby pada tahun ni, semoga anak yg dilahirkan menjadi anak yg soleh/solehah :
- Yati
- Ina
- Acik

Ucapan salam perpisahan buat teman2 sekerja, semoga kalian lebih berjaya di tempat baru :
- Kak sue
- Kak fazu
- Kerry
- Faezah
- Shirah

Saturday, December 19, 2009

Salam Tahun Baru!!

Salam Awal Muharram untuk semua rakan2 ku.....
Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dari tahun yang lepas...

Saturday, December 12, 2009

Ketupat Cinta

Tajuk : Ketupat cinta
Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Ameen Kreatif
Komen : Best sangat

Tarikh beli : 4 Oktober 2009 (Jalan TAR)
Tarikh habis baca: 13 Disember 2009

Hari ni saya berjaya jugak menghabiskan novel FT ni. Seperti selalu novel FT mmg unik dan tersendiri + jenis novel 'berat'.

Novel ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Melaka, namun byk menyelitkan perkara2 zaman moden cth : nama2 tokoh zaman skrg, botox, etc. Novel ni sarat dengan hadis dan ayat quran, resepi dan falsafah melayu dlm makanan menyebabkan setiap kali baca saya rasa lapa!! mmm x sesuai sungguh untuk org yg sedang berdiet.. Bila baca novel ni saya rasa mcm Alice in the Wonderland atau menonton cartoon Shrek!. penuh dengan kejutan, x disangka dan diluar imaginasi. FT memang sgt kreatif dalam mewarnakan novel ni, mengadunkan humor, sejarah, moden, resepi serta falsafah melayu dan islam dlm 1 buku. Clap clap clap..... Kali ni saya x nak bg sinopsis novel ni, tp sy akan kongsikan beberapa part dlm novel ni.

Adapun tuan2 yg meyangka Parameswara itu kacak spt Amithab Bachan, atau mungkin ia tersenyum penuh jelira seakan2 Shah Rukh Khan, melesetlah segala sangkaan itu. Paramewara itu selain bermisai lentok, amatlah gemuk ia. Perutnya shj entah berapa tahil beratnya. Buntutnya lebar mcm kawah dodol. Kepalanya botak ttp memakai rambut palsu dr bulu kambing hitam. Matanya tajam dengan alis yg hitam baginda itu sedikit juling. Ada iras2 ia bintang filem Rajakumari dan Rickshakaran di zaman tuan2, yakni yg bernama ia Marudur Gopalamenon Ramachandran atau nama manjanya, M.G.R. Pun kulitnya tegang mcm disuntik botox, ttp tiada ia mengaku malah dikatakan hanya krn byknya ia mkn protein dr tempe itu .


Tersohor lauk msk asam sampai serata Nusantara, tersebar ia hinggakan bangsa India Merah di bumi yg tiada berpenghuni pun mngetahuinya. Aduh tuan2, isssyyyy, kalau dicicip sekali terasa ingin menangis pun. Kalau disudu sedikit terasa ingin berteriak pun ada. Kalau dihirup byk, maka rasa mcm2 terus. Bangkitlah baginda Parameswara dr tidur. Terbaulah masakan yg amat menusuk. Santaplah baginda sampai berpeluh ketiak, pelipat, dan kelangkang parameswara tatkala menghirup, sluurrrpppp lauk asam pedas itu. sukacitalah Parameswara oleh lauk yg menyebabkan ia terkentut sekali sekala krn adalah diperikan baginda itu susah buang angin.


Hari ke2, Permaisuri Kamarul ajaib hanya bodoh2 mrenung tandan pisang raja, ttp tiada tahu apa harus dilakukan. Duduklah ia di jendela istana menyanyi mendayu tanda dukacita seraya is melihat kapal2 dr jauh masuk blabuh di pelabuhan Melaka. Ada bahtera dr timur, ada juga dr barat. Dlm hati baginda tfikir tidakkah hebat Melaka ini mjadi pertemuan timur dan barat. Kalau itu dpt dibw dlm mknnan berasaskan pisang raja ini alangkah moleknya. Nama pun sudah raja, andai pisang raja ini mjd inti kpd 2 bhn luar dr bhn dr timur dan barat alangkah bgsnya.

Maka Permasuri Kamarul Ajaib pun memanggil masuk 2 dyg kepercayaan. Seorg namanya Hang Halia , seorg lg Hang Bibah.
"Dang Bibah apa mknan org timur?"
"Nasi. Datang dr beras, muncul ia dr padi"

Permaisuri Kamarul Ajaib mrenung pula Dang Halia.
"Dang Halia, apa mknan org barat?"

"Roti. Dtg ia dr tepung, muncul ia dr gandum."

Bcahaya wajah permaisuri Kamarul Ajaib. "Dptkn beta tepung beras, dptkn jg beta tepung gandum. Beta ingin mcuba mcipta sajian kuih yg menemukn timur dan barat berintikan pisang raja kita. Crkn jg daun pisang, dan utk mberi rs tinggal di tekak, dptkn beta kapur cair." Skjp shj bhn2 itu dhdpkn kpd Permaisuri Kamarul Ajaib. Jrg2 sekali baginda turun ke dapur. Kali ini jika tiada ia masuk dapur maka hilanglah gelar permaisurinya. Baginda mbelah 5-6 biji pisang raja memnjng2. Maka diperah santan. Bagai didtg ilham entah dr langit mana, Permaisuri Kamarul Ajaib menyatukan tepung beras dan tepung gandum, dicurah air kapur, dimasukkan pula santan, tentu juga dibancuh dgn gula pasir dan garam, digaul hingga sebati.

Timur dan barat haruslah sebati. kemudian nanti dtg pemerintah Melayu, terlambang pd pisang raja menjd tunggak. Begitulah sisah; dtglah apa pun mcm fhm, dasarnya haruslah Melayu.

Di negeri Melayu, maka asasnya lain, asasnya mcm2, maka tiada dpt keadilan tegak utk rakyat biar ia dipakat2 scr palsu. hendaklah melayu itu islam. Agama islam itu hendaklah dikawal ahlulbait sbgai sumber hukum.

Bahan sebati td dikacau diatas api yg perlahan, dikacau sampai pekat. Daun pisang yg ada dilayur dipotong, diambil adunan dlm belanga, disudu sedikit lalu diletak di atas sehelai daun. lekas bagnda meletakkan sepotong pisang dia atas adunan tepung, langsung ditutup dilitup dgn sedikit lg adunan tepung.

Cepat2 sementara panas ia dibungkus kemas dan dibuat begitu beberapa lg, lalu diatur kms dlm loyang. Utk kuih itu msk, baginda pun mengukus kuih muih tsebut. belum lg ia mdpt nama, mula permasiuri menamakan ia kuih timur-barat,ttp lama kemudian barulah Tun Lepat menamakan ia kuih Nagasari.
http://simpledelite.com/product3.html

Mcm mana best tak?... hehehehe.... mmm rasa lapa tak?

ct_cucubi

Sunday, December 6, 2009

Rainbow

Hujung minggu ni saya cume dok kat umah je... Hajat nak balik bangi terpaksa dibatalkan sebab kakiku yg sakit . Jalan pun terhencot2 cam peguin. X dpt ikut member pi zoo.. x dapat pi pc fair.. elok lah gak sebab poket dah kempis. Hasil duduk di rumah saya berjaya menyiapkan beading untuk sutera batek Ateh saya....
Untuk menyiapkan design ni saya menghabiskan masa 2 hari yg full.. lebih kurang 14 jam dan menghabiskan 4 peket manik. Bagi memastikan jahitan kemas, saya telah buka jahit silang pangkah di belakang dan masukkan kertas gam jenis tebal. Dan ini lah hasilnya.

Agak2 if in the future sy nak komersialkan bende ni berapa agaknya yg saya harus charge ye? mmm....

Thursday, December 3, 2009

Bling bling

Salam untuk semua,


Kali ni saya nak post gambar2 baju yg saya beaded. Kain creepe warna ijau oren ni mempunyai corak bunga orked. Beli dah lama masa ada conference kat Kelate. Saya cuba nak tiru design bunga orked pada kain untuk dibuat manik pada bahagian tangan. Tapi bile pandang ade gak mcm rupe kumbang.. kueng kueng... Last time masa pegi jalan TAR, saya telah terjumpa cristal yang boleh dijahit pada kain.. COMEL! sgt excited!!! Ada pelbagai saiz dan warna. cuma mungkin mahai skittla. Crystal tu sy buh kat tgh2 orkid...



Kebetulan corak ni betol2 kat bintik itam. So bolehlah nak tutup segala kecomotan yang telah saya lakukan pada kain ini. :P (Bintik itam --> bukan t_ _ _ idong tp terkena eye liner)



Dan akhirnya....

Semalam saya ternampak sesuatu kat Times Square!!!! rasa mcm nak beli je... sampai mlm td pun saya masih teringat2. Rege die RM3++. (T..T) Diluar budget saya!!!! Patutka saya beli?... mmmmmm...

Tuesday, December 1, 2009

Berhenti Kelas Menjahit???

Sudah 3 bulan saya ponteng kelas menjahit. Ini adalah kerana terlalu banyak aktiviti lain yang tidak dpt sy ketepikan pada hari ahad menyebabkan sudah 3 bulan sy ponteng kelas!!!!.Saya masih di module 3. Saya rasa sudah tawar ati untuk teruskan belajar. Hmmmm... Apa yang menyebabkan sy rs tawar ati?

1. cikgu terlalu seksi - sakit mata saya tgk cikgu jahit saya berpakaian seksi.. huhuhuhu bukan sy jeles.... tapi sy cam x leh nak konsentrat.


2. cikgu suke berleter - saya rasa pening.



3. sy dah banyak ketinggalan. huhuhu.. mcm kura2.. saya dah lupe ajaran2 yang lepas.



4. x de member- semua dah benti. saya rasa sedih. pegi dan balik kelas sorang2.



5. aktiviti2 lain2. (x leh nak dielakkan... sbb sgt suker.. lalalalala...)




Saya masih berfikir2 patutkah saya berhenti?... Walapun sy terpaksa rugi rm300 yang telah saya bayar advance?.. mmmmmm...

Juri Terakhir

Tajuk : The Last Juror (versi terjemahan melayu)
Penulis : John Grisham
Penterjemah : Rolida
Komen : best...

Salam buat semua… Ini kesekian kalinya saya memilih buku terjemahan untuk mengisi masa2 lapang saya…

Beberapa buku terjemahan english yang pernah saya baca :

1. A Thousand Splendid Suns
2. mmm.. tu je ke?

Buku Juri Terakhir ini saya beli di Giant Nilai dengan harga nak cecah RM32. Awatlah buku terjemahan english salu mahai?... Mula2 baca saya dapati, penterjemahan terikat dengan lenggok bahasa english. Tetapi bila dah lama2, saya rasa serasi pula. Jalan ceriter sgt best dan suspen.. Saya suka kan cerita ala2 penyiasatan begini kerana ia akan membuatkan saya cuba membuat takulan sesedap rasa.

Buku ini berlatarbelakangkan zaman 70an ini mengisahkan tentang Willie Traynor, pemuda berusia 23 tahun yang telah membeli sebuah syarikat akhbar, The Ford County Times yang bankrupt milik majikannya, Spot. Peristiwa pembunuhan Rhonda Kassellaw janda beranak 2 yang dirogol dan dibunuh oleh Danny Padgit menjadi tajuk utama akhbar beliau. Keluarga Padgit sangat kaya dan terkenal dengan perniagaan dadah, arak dan pembalakan haram. Kewujudan saksi palsu tidak dapat melawan bukti yang ada. Danny telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Setiap perkembangan perbicaraan Padgit dilaporkan dengan terperinci sehingga membangkitkan ketidaksenangan keluarga Padgit. Danny telah mengugut untuk membunuh semua juri yang terlibat. Ini menimbulkan kerisauan di kalangan juri2. Akhirnya Danny di dapati bersalah namun juri telah sebulat suara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

9 tahun berlalu, Padgit telah dibebaskan dengan parol dan pulang ke Clanton. Ini meniimbulkan ketidakpuasan hati penduduk Clanton. Kematian seorang demi seorang juri yang terlibat dalam persidangan Padgit mati dibunuh. Nota kecil salah seorang juri yang merupakan rakan Willie Traynor, Pn. Callie Ruffin seorang berkulit hitam telah memberi klue kepada polis. Tetapi mengapa semua juri yang dibunuh merupakan juri yang menentang Danny dihukum bunuh? Siapakah juri terakhir? Adakah juri terakhir akan mati? Jeng.. jeng jeng.. siapakah pembunuhnya? Danny Padgit? Kuang kuang kuang….

Kalau hokme sume nak tau lebih lanjut.. boleh lah beli atau pinjam kat sesapa k… koi dah beli buku english version kat kinokuniya. Rege : plus minus RM30… Dengan harapan koi bolehlah improvekan english skit2.. huhuhuhu…. Sambungan citer ni akan disambung lepas baca yang english version.. saba weh... (koi jeles ngan member koing beli novel John Grisham ngan rege 8 hengget!!!!... panas! panas!!

Sunday, November 15, 2009

What i'm doing now?

Saya sedang baca buku :

1. Ketupat Cinta
- Mmmm.. lambat betul nak habiskan buku ni... baca 1 chapter trus rs nak tido. huhuhu...


2. The Last Jurior (yg terjemahan punyer.. )
- Macam best, beli kat Giant Nilai. Baru beli semlm... Dah baca sampai chapter 7.


Saya sedang beading : x siap lagi, tapi sy buh kat sini gmbar yg suku siap. Tunggu k.....

Wednesday, October 28, 2009

AVON

Penulis : AVON
Komen :

Buku katalog ni dah berapa kali saya khatam.. hehehe.. saje je gatal join jadi member sebab nak beg avon free.... muahahahaha... Macam2 produk ada, dari barang kosmetik, produk kesihatan, perhiasan, pakaian dalam etc.... Walapun saya cuma letak kat atas meja katalog ni, tapi saya dah dapat 2 customer!!! MEMBANGGAKAN untuk org mcm sy x reti berniaga.. Memandangkan dah ada orang yang oder, jadi minggu ni buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke autlet terdekat sebagai AGEN bertauliah AVON.. Jadi sesapa yang rasa2 nak beli apa2 barang2 avon, leh order kat saya k sebelum 31 Oktober.


Harga pengenalan :

Simple Element Perfect Cotton (EDT) : RM19.90

Beberapa WOW offer untuk bulan ini :

Sweet Honesty powder 40g: RM4.90
Sweet Honesty Roll On 75ml: RM4.90

Natural Apricot & Sunflower Shower Gel 200ml : RM8.90...
Natural Apricot & Sunflower Hand & Body lotion : RM8.90
buy 2 dr mana2 shower gel /body lotion : RM16.50

Esok sambung... wa dah nak balik dah..

Saturday, October 24, 2009

I LOVE U TOO

Penulis : Badrul Hisham Shari
Genre : Motivasi/keluarga/Islam
Komen :
Minggu ni saya pulang ke Bangi.. nak hantar brooch2 comel yang diorder oleh adek saya. Thrust me!!! betul.. comel. Memandangkan brooch2 yang lepas mendapat sambutan, jadi adek so excited nak jual lagi.

Di rumah, saya sempat menghabiskan sebuah buku motivasi kekeluargaan ditulis oleh Badrul Hisham Shari. Ni first time baca karya penulis buku ni. lebih kurang macam buku Satu Rasa Dua Jiwa penulisan pahrol mat Juoi Pahirol Zaman tapi lebih ringan. tapi saya lebih prefer buku 1 rasa 2 jiwa. Buku ini sangat sesuai dibaca kepada yang ingin mendirikan rumah tangga atau telah berumahtangga. Terdapat byk panduan, kartun dan sketsa yang diselitkan yg dilukis sendiri oleh penulis!. Penulisan gaya santai sahaja, so x de lah sakit2 kepala nak faham. Banyak ilmu yang saya dapat dan dapat saya jdkan panduan pd masa akan datang.
Jadi...............................................................
Ha! Ape lg? Pi lah bace....
Tumpang gambar brooch/pin comel:

Setiap Jumaat

Penulis : Norhayati Berahim
Genre : Cinta
Komen :

Novel ini juga pemberian kpd saya. terima kasih kerana telah menambahkan koleksi novel saya.. sayang awak.. hehehehe. Pengalaman membaca buku2 Norhayati Brahim membuatkan saya dapat meneka jalan cerite novel ni. Penulisan NB selalunya memang akan menyelitkan tentang negara lain...

Kecewa kerana setiap pilihan hatinya ditentang, Jepun, negara matahari terbit itu menjadi tempat melarikan diri bagi Ku Pian dari Tengku Samad. Di situ juga Jasmine membawa hati kecewa dengan sikap ibunya yang berkahwin dengan lelaki muda, Alwi. Pertemuan Ultraman & Masako setiap hari Jumaat bersaksikan masjid dibawah pohon sakura menerbitkan satu perasaan yang indah hadir. Namun kerana serik dengan perasaan itu, keduanya cuba menafikan.

Bertahun2 merajuk hati, akhirnya Jasmine akur untuk pulang ke kampung walaupun hatinya masih terkilan. Namun penjelasan ibunya membuatkan hatinya diterpa seribu penyesalan.

Jasmine : Ayah.. kenapa begitu kejam?....
Ku Pian : Ayah... maafkan Pian ayah... Pian sedar Ayah buat semua ni demi kebaikan Pian.
Ultraman : Masako... kemanakah kau? bencikah pada aku?..
Masako : Ultraman...
Jabar : Maafkan aku Jasmine
Daun : Cintailah aku Jabar...

..................................... mmmm................... sebenornya saya dah takde idea mcm mana nak sambung citer ni. lagipun mesti korang semua dah naik boring baca ayat-ayat novel kat atas kan? Dipendekkan citer, hero akhirnya kawen dengan heroin.
Dari novel ni, perkara yang saya boleh ambil iktibar...

DENDAM
Jangan dendam2... tak baik... setiap perkara yang tak baik tu berlaku pada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Anggaplah sebagai ujian dari ALLAH. ALLAH menguji kite kerana dia tahu kita mampu menghadapinya. Kat sini saya nak buat pengakuan secara ekslusif, saya memang jenis susah nak maafkan orang kalau perkara yang terjadi tu betul2 menyakitkan hati saya... Saya tahu x baik. tapi... Saya harap lepas ni saya dapat mengikis sikit2 sikap saya ni . Semoga saya lebih lapang hati menerima segala ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan untuk saya. Kawan2 tolong doakan saye ye...

Sunday, October 18, 2009

Baju Uniform Putih

Minggu ni boring sangat... Ingat nak balik rumah, tapi dorang sume dok pakat2 balik kampung tgh hari JUMAAT!!! huhuhuhu... Jeles giler, sbb sekarang dah nak musim buah... Saya dok sorang2 kat umah... Misi nak beli handbag pon terpakse dikanselkan kerana adek sms minta duit.. so, x berani nak sopping2 dulu....

Agenda hari minggu :
1.kemas umah
2.tgk movie
3.baca novel- x sempat nak abehkan.
4.jahit manik

@last, saya berjaya menyiapkan yg simple untuk baju putih ni. Tepuk tangan untuk diri sendiri... claP.. clap.. clap..

Monday, October 12, 2009

Cinta Kau dan Aku

Penulis : Siti Rosmizah
Genre : Cinta
Komen :

Someone telah menghadiahkan saya buku ni… walaupun penulis ini tak termasuk dalam list penulis feveret saya.. tapi pemberi buku ini sungguh bersemangat mempromote buku ini pada sy membuatkan saya berkobar2 nak membaca…

mmm mungkin di sebabkan terlalu selalu / suke mebaca buku2 dengan gaya penulisan yang agak puitis/berat (bukan jiwang tau!), jadi saya kurang berselera dengan novel2 gaya santai…. Lebih2 lagi terdapat plot2 yang saya rasa tidak berapa penting.. stelah 1/3 buku saya khatam, baru saya dapat menghayati buku ini. Jalan ceritanya agak menarik juga..

Nur Farisya Imani gadis comel berperwatakan sempoi dalam diam telah memikat hati majikannya Farish. Walaupun mereka dari darjat yang berbeza, namun perkahwinan mereka meniti bahagia. Kedatangan keluarga suami dari UK bersama dengan bekas tunang suaminya, Suraya menjadi permulalaan titik gelap hubungan mereka. Kepercayaan yang goyah dan sifat cemburu mencalar keharmonian. Kerana rasa dikhianati, Farish meninggalkan Farisya tanpa mendengar sebarang penjelasan. Terlukanya jiwa, tersayatnya hati apabila orang yang disayangi tidak mempercayainya lagi.. malah dia turut difitnah dengan tomahan keji. Kecewa… patah hati… cekal… TIDAK AKAN BERPALING LAGI… "Rayulah semahumu.. jangan kau kacau hidupku dan mereka yang bersama ku.. kerana antara kita tidak pernah mengenali.." Keikhlasan dan ketulusan Cikgu Zulhuzaimi menyentuh perasaan.. "ku akan menikahi insan yang benar2 ikhlas menyayangiku..." Namun jodoh adalah ketentuan Ilahi. Wajarkah diberi peluang ke-2 setelah tiada kepercayaan di dalam hati?

membaca poems ini menjadikan diri saya rasa seperti Farisya... ct_cucubi Farisha..

WHAT KIND OF FOOL AM I?

What kind of fool am I
To think that you loved me
You never even really cared
And now that’s plain to see.
What kind of fool am I
That I ever would believe
That we’d find happiness as one
And that you’d never leave
What kind of fool am I
For trying to hold on
To someone who was never mine
And now wants to be gone
What kind of fool am I
For crying over you
And begging for my love to stay
While you’re saying we are through.

http://www.geocities.com/missemt0022/brokenheart5.html

Kepercayaan?... kadang2 saya keliru siapa yang harus saya percaya… Si A? si B? Selalunya dalam apa2 hal.. saya akan cuba dengar kedua2 pihak.. supaya saya lebih memahami situasi. Kadang-kadang latarbelakang /perangai seseorang boleh juga mempengaruhi sama ada kite nak percaya atau tidak orang tu. Yelah, ada sesetengah orang bila di depan kite layan kita dengan baik, tetapi di belakang kita mengutuk x hengat.. Mmmm…

Memang kecewa kalau ada orang yang mengkhianati kepercayaan yang kite berikan . Lebih2 lagi kalau orang tu orang yang kita paling x sangka . Bila hilang kepercayaan terhadap seseorang, memang susah untuk bagi peluang kali ke-2. Memanglah kite boleh memaafkan tapi kadang2 Luka yang telah sembuh meninggalkan parut… Sebab tu walapun kite telah memaafkan orang tu.. tetapi.. kite masih tidak dapat melupakan dan menjadi lebih berhati2 pada masa akan datang…